MIMPI

88 13 0
                                    


Kami naik ke bilik(yang pada mulanya aku bertegas taknak turun)pada pukul 1 pagi. Oke serius wifi hotel ni memang laju aku tak nafikan walaupun berhantu sikit tempat ni. Masing-masing penat sebab tu sampai je bilik terus rebah. Apa lah tido tak basuh kaki kang ngigau aku tak bertanggungjawab. Aku kemas buku-buku aku yang berselerak. Besok jelah sambung stadi. Dah lewat kang datang pulak bala lain. Lampu bilik aku matikan. Aku berbaring di atas katil. Entah waktu bila aku tertidur tak sedarkan diri. Saat tu jugak aku rasa macam aku berada di satu tempat yang lain. Tiada hotel yang terbina ini. Kolam pun takda lagi. Cuma hutan di kawasan ini. Dengan pokok kelapa sawit lagi. Aku kat mana ni? Bangbangbang!!Bunyi tembakan buat aku takut. Gila kau siapa je tak pucat dah lah tersesat dalam hutan ni sorang-sorang pastu dengar bunyi centu pulak. Walaupun aku boleh agak ni cuma satu mimpi tapi entahlah aku tak boleh kawal perasaan takut dalam diri aku ni. Tiba-tiba tangan aku terasa seperti ditarik seseorang. Aku perhati manusia mana yang berani sentuh aku. Ada sorang budak kecik adalah dalam umur 6 tahun centu,tarik tangan aku supaya ikut dia. Badan aku mengigil ketakutan. Aku bukan takut kena paksa ikut budak ni tetapi yang buat aku takut macam mana budak ni boleh hidup walaupun dahinya berlubang kes kena tembak. Kawasan yang tadi hutan kini bertukar menjadi hotel. Aku kemudian dipaksa masuk ke dalam hotel tersebut. Budak itu membawa aku masuk ke dalam bilik 3328. Eh ni bilik yang aku tidur. Kami masuk ke dalam. Aku nampak sepupu aku yang lain masih tertidur di atas katil. Aku memandang aku yang masih tak sedarkan diri. Aku dah mati ke ni? Memang semuanya sama tetapi di alam mimpi ini aku lihat yang bukan kami sahaja yang berada di dalam bilik ini. Kawasan lantai penuh dengan mayat-mayat yang mati kena tembak. Darah di merata tempat. Dinding yang ditutupi warna biru telah bertukar menjadi warna merah. Aku tak tentu arah. Dia membawa aku ke bilik lain pulak. Satu per satu bilik aku melawat. Sama. Masih dihuni oleh mayat-mayat. Patut ah masa masuk bilik ini mula-mula dulu bau lain macam sikit. Aku tak tahan. Aku tak sanggup lagi tengok semua ini. Aku keluar dari bilik kemudian terus aku tersedar dari mimpi. Badan aku berpeluh. Aku cuba berusaha pejamkan mata semula walaupun aku tahu aku tak mampu selepas melihat budak itu masih leka memerhatikan aku dari bawah katil.

KASH-MIRWhere stories live. Discover now