BISIK

93 8 0
                                    


Aktiviti petang buat aku mengantuk yang teramat. Pukul 11 malam selepas selesai minum malam,kami diminta pulang ke dorm masing-masing. Aku lihat muka semua orang dah tak berseri macam pagi tadi. Sabar lah geng. Aku pun sama juga. Aku pilih katil atas. Entah tiba-tiba nak kelainan tidur di katil atas. Satu dorm ada 10 orang pelajar. Tapi masing-masing tidur di katil bawah. Ada dalam 5 katil yang kosong macam tulah. Aku ambil peluang yang ada,aku gabungkan katil supaya aku ada ruang untuk bergolek. Baru best. Aku berjaya memaksimumkam kepuasan gitu. Bantal ditepuk. Selimut ditarik. Rumet aku pun dah tutup lampu. Keadaan bilik gelap gelita. Aku capai earphone dalam beg. Memang habit aku dengar lagu sebelum tidur. Aku buka lagu Aiman Tino bagi kasi layan sikit disebabkan sini celcom takda line jadi aku takboleh nak on data. Memang menghitung mati sungguh dah lah ni. Tapi takpa bukan selalu kan. Yang penting kena enjoy. Dari satu lagu bertukar ke lagu yang lain. Dari lagu melayu sehingga ke lagu omputeh. Aku layan jaa. Tiba-tiba aku dengar suara orang berbisik. Eh gila aku pakai earphone buka sound paling tinggi ni pahal dengar suara orang lagi. Aku pause lagu. Earphone aku campak tepi. Sunyi. Aku capai semula earphone. Dan waktu tulah...

"Woi buat apa tu?" Aku dengar suara dari katil bawah. Rumet aku takleh tidur agaknya.

"Dengar lagu Aiman Tino haa. Bosan lah geng." Aku cuba jadi peramah walaupun aku tak bersua muka.

"Alah awek tu nanti pun boleh chat. Bukan selalu kan nak kumpul ramai-ramai macam ni." Ahaa betul juga cakap dia.

"Hehe kan. Geng dari sekolah mana?" Untung dapat juga tambah kenalan.

"Smk Arau. Kau?" Oh dekat jelahh

"Smk perlis. Dekat jelah kan sekolah kau." Dia senyap dah tidur kot.

Aku pun mencapai semula earphone. Aku cuba untuk melelapkan mata. Waktu tulah aku teringat satu perkara. Aku cuba ingat satu persatu nama sekolah yang disebut jurulatih tadi. Aku yakin aku tak salah. Mana ada nama sekolah Smk Arau.

"Takyah pening-pening. Ahaa wehh memang takda pun. HAHAHAHAHA" Dorm yang panas tadi tiba-tiba aku rasa sejuk lain macam.

Aku beranikan diri. Aku capai fon. Aku buka flash. Aku suluh pada katil bawah. Kepala aku turunkan sedikit demi sedikit. Aku tengok katil masih elok tidak terusik. Aku pelik tambah curiga.

"Assalammualaikum." Pintu dorm dibuka. Rumet aku membuka lampu.

"Weh kau pahal masuk bilik awal sangat?" Tegur rumet aku. Hanat aku ikut kau lah tadi.

Aku malas ambil kisah. Aku biarkan mereka bersembang. Earphone aku letakkan pada telinga.

Ahaa weh nama sekolah aku memang takda pun...

Entah kenapa bisikan itu aku dengar semula walaupun lagu aku tak play lagi.

KASH-MIRTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang