Ada 15 buah sekolah yang diwakili oleh 10 orang pelajar tingkatan 6. Kami diminta bangun dan duduk semula selepas selesai diberikan kumpulan. Ok rasa janggal sikit sebab duduk sebelah dengan orang yang aku tak kenal. Tujuan jurulatih buat macam ni supaya kami tidak duduk mengikut puak masing-masing. Dia mahu kami bergaul dengan pelajar sekolah lain. Aku rasa ok juga lah idea jurulatih ni."Kita akan menyanyikan 2 buah lagu iaitu lagu Negaraku dan lagu Satu Malaysia. Semua diminta berdiri." Tak guna kena berdiri balik,stress aku macam ni.
Kita satu bangsa,
Kita satu negara,
Kita satu matlamat,ooo
Kita satu bangsa,satu Negara
Kita Satu Malaysia.."Semua diminta duduk." Aku pun tak percaya aku boleh cakap macam ni tapi gempak juga lah bila menyanyi ramai-ramai tadi hahaha.
"Sebelum kita bersurai untuk minum petang,saya ingin memberi peringatan. Seperti yang kamu semua sedia maklum,tempat kem kita ini berdekatan dengan kubur misteri yang ditanam mayat beramai-ramai. Selain itu,di sini juga terdapat tasik berhampiran dengan dorm perempuan. Pernah berlaku satu kes pelajar lemas di tasik tersebut kerana mendengar suara yang memanggilnya. Mayat pelajar perempuan itu masih belum dijumpai sehingga sekarang." Aku melihat ke arah luar. Ya pelajar perempuan itu masih berada di luar. Melihat mukanya yang kelihatan sedih,aku rasa aku dah tahu.
"Bro,kau tengok apa tu? Aku tersedar daripada lamunan. Pelajar perempuan tadi pun hilang serta merta.
"Takda apa lah. Eh dah abis ek." Aku cuba sorokkan hal sebenar.
"Ahaa. Jum pergi kantin." Aku mengikuti rakan baru aku ke kantin. Sambil itu aku cuba memerhati sekeliling dan
AKU TAHU YANG KAU NAMPAK AKU. JAGA-JAGA APABILA MALAM MENJELMA. BILA SUNYI BERSATU KAU MILIKKU. HE HE HE HE
dan aku yakin malam ini aku tak mungkin tidur dengan lena.
