SERIK

77 7 0
                                    


Aku masih ingat lagi hotel dekat tempat tu. Sebelum aku balik dia sudah bagi amaran bahawa jangan pernah datang lagi. Tapi aku dah cuba sedaya yang mampu untuk halang percutian kali ni ke tempat yang sama. Cukuplah tahun lepas menghantui aku apabila berada di sana. Ternyata aku gagal. Ahli keluarga yang lain masih tetap degil mahu pergi ke sana juga. Memang takda tempat lain kot agaknya sampai mahu ke situ juga. Akhirnya aku akur apabila mak ayah pujuk aku untuk bersama adik beradik yang lain pergi ke sana.
"Mengarut,takkan hantu nak tinggal kat hotel ni.."
"Alah kita bukan kacau dia pun.."
"Tula banyak sangat baca novel pasal hantu.."
Aku diamkan diri. Aku tak salahkan mereka sebab mereka tak rasa apa yang aku rasa. Sakit semua aku sendiri yang tanggung. Sedar tak sedar kami sampai juga ke destinasi. Masih sama macam dulu. Tak banyak yang berubah cuma suasana hotel itu diubah sedikit bagi nampak lebih menyerlah. Kolam masih tetap ada. Dan dia masih seperti dulu. Hanya memerhati dari jarak jauh. Aku tersenyum sendirian.

3328..
"Semua geng lelaki tido dalam bilik ni ek." Soal aku selepas meletakkan barang-barang di dalam bilik.
"Haa lelaki tido bilik ini. Geng perempuan bilik sebelah." Kata Hanis. Aku angguk faham.
"Kami nak turun bawah,nak main wifi. Nak ikut tak?" soal adik aku.
"Pergi dulu. Nanti abang turun." Mereka yang lain berebut keluar dari bilik. Wifi tak lari pun lah.

Aku mengeluarkan fail di dalam beg. Minggu depan exam geo tapi boleh pula rancak datang sini huh. Suasana bilik yang terlampau sunyi memaksa aku menghidupkan televisyen (bukan sebab takut jangan memandai) untuk menceriakan sikit suasana yang sepi ini. Buku yang dibawa aku belek satu per satu. Fail aku buka mencari helaian kertas. Fuuuuuuuuuu....angin sejuk menyebabkan bulu roma aku naik secara mengecut. Aku buat tak endah. Niat aku ke sini cuma mahu bercuti bukan untuk mengacau. Aku cuba membuat latihan di dalam buku. Tanpa aku sedar ekor mata aku mengesan kelibat yang baru sahaja melintasi di belakang aku. Pergi lahhh jangan kacau aku!!! Jerit aku di dalam hati. Kemudian aku menarik nafas lega apabila benda itu hilang begitu sahaja. Aku sambung membuat latihan. Walau apa pun yang terjadi,aku tetap dengan pendirian aku.

Aaaarrrrrrrrrrrrrr!!!!

ternyata suara jeritan di tepi telinga aku sudah cukup membuatkan aku lupa tentang exam lalu menyebabkan aku keluar dari bilik untuk bermain wifi bersama mereka.

KASH-MIRWhere stories live. Discover now