Ada Apa Pada Malam itu?

34 2 0
                                    


Ayah sakit teruk. Entah kali ke berapa dia dimasukkan ke dalam hospital tetapi doktor masih tidak dapat mengesahkan penyakit yang dia alami. Ayah mengerang kesakitan kerana kakinya yang semakin bengkak sehingga dia tidak mampu lagi untuk berjalan.
" Kita pergi cuba berubat kampung lah bang." Pujuk mak pada ayah yang menangis siang malam mengenangkan nasib ayah.
" Betul tu. Kita ikhtiar tengok." Sokong kakak. Aku hanya diam memandang ayah yang masih berkira-kira. Ayah setuju akhirnya.

____***____

Rakan ayah membawa kami ke sebuah kawasan kampung. Katanya di situ terdapat seorang ustaz yang dapat merawat penyakit misteri seperti ini.
Dengan izin Allah, kami selamat sampai ke tempat yang dituju.
" Aku cuba yang mana aku mampu. Ini semua ujian. Sembuh atau tidak bukan terletak di tangan aku." Katanya. Dia menyuruh ayah berbaring.

Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Di mulakan dengan selawat nabi kemudian diteruskan pula dengan ayat-ayat suci. Dia bergerak mengiringi ayah aku. Ibu jari kaki ayah ditarik.
" Keluarrrrrr kau!!!!" Tengking dia dengan nada keras. Peluh membasahi mukanya. Segala kudrat tenaga digunakan sepenuhnya. Setelah hampir setengah jam bertarung, akhirnya dia berjaya mengeluarkan benda yang berada dalam badan ayah. Dia memasukkan ke dalam botol lalu dibalut dengan surat khabar.
" Buang benda ni jauh jauh. Tapi ingat lepas buang jangan sesekali toleh ke arah tempat tu." Nasihatnya. Kami semua memandang sesama sendiri. Siapa yang mahu membuang benda ni? Itu yang berada dalam fikiran kami. Aku bangun untuk melihat ayah lebih dekat.
" Ha tudia anak dia nak pi buang." Kata pak teh aku. Aku tergamam.
" Ingat lepas buang botol ni jangan toleh." Nasihat dia sekali lagi pada aku sebelum menyerahkan botol itu. Aku mengambilnya.

Aku dan pak teh menaiki kereta memasuki kawasan hutan jauh dari rumah orang bagi membuang benda ini supaya tidak diusik orang. Sudah larut malam menyebabkan jalan raya sunyi tanpa kenderaan. Lampu jalan yang malap menyukarkan keadaan kami. Kami sampai di kawasan hutan yang sangat jauh.
" Buang kat sini jalah." Kata pak teh aku. Aku akur.

Aku turun dari perut kereta bersama barang itu. Aku memandang kiri dan kanan. Tiba-tiba aku terlihat pokok besar yang berada beberapa langkah dihadapan aku. Aku berjalan jauh dari kereta. Botol yang dibalu itu aku letak dibelakang pokok besar. Aku terus toleh ke arah lain. Aku berjalan semula ke arah kereta. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang memerhati aku dari belakang. Aku tertarik untuk melihatnya.
" Masuk cepat!!" Jerit pak teh. Aku tersedar. Aku bergegas masuk ke dalam kereta semula. Kereta meluncur laju meninggalkan kawasan hutan itu.

Dalam kereta, aku dan pak teh berbual untuk melupakan hal ini seketika. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang berada di tempat duduk belakang. Perjalanan kami terasa panjang kerana melalui jalan yang sama. Pak teh tetap tenang walaupun bermacam-macam bermain di minda. Kami membaca apa yang patut. Akhirnya kami temui jalan pulang. Kami tiba di kawasan rumah ustaz itu semula. Dia menceritakan satu per satu perkara yang berlaku.
" Ada orang berniat jahat. Mereka mahu kamu berhenti dari terus berniaga di situ. Kalau boleh dia mahu kamu tidak boleh berjalan lagi." Katanya sambil meneguk air. Letih agaknya. Menggunakan tenaga batin tadi.
" Jangan risau. Tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa tuhan. In sha allah semuanya akan baik seperti sedia kala." Dia memberi kata-kata semangat sebelum kami beredar. Kami sekeluarga terus salam sebelum beredar. Yaa kami tak boleh mengalah. Kami mesti kuat!!

KASH-MIRWhere stories live. Discover now