KACAU

53 4 0
                                    



Mata Rizal dan Faiz tidak berkelip. Mungkin tidak percaya dengan apa yang aku cerita.
" Serius lah. Kau ni biar betul?" Soal Rizal ketakutan. Faiz hanya diam. Sama ada dia takut dengan cerita aku atau pun dia tak tau nak cakap apa dah.
" Terpulang nak percaya ke tak." Loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan. Aku memasukkan buku ke dalam beg. Rizal dan Faiz hanya memandang aku tanpa berkata apa-apa.

                            ___***___

Aku termenung sendirian. Aku tak tau berapa lama lagi aku perlu menghadap dengan semua ini. Jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Aku memandang adik aku yang sudah lama dibuai mimpi. Bantal ditepuk beberapa kali sebelum aku merebahkan diri. Aku harap malam ini aku dapat tidur dengan lena. Aku memejamkan mata. Aku tidak sedar berapa lama aku tidur tapi ada sesuatu yang membuatkan aku terjaga. Suara orang seperti separuh berbisik membuatkan aku terjaga dari tidur. Mata yang tertutup tadi kini terbuka semula. Aku cuba untuk bangun dari katil tetapi badan aku seperti berat. Aku langsung tidak dapat bergerak. Ada sesuatu yang berada di atas badan aku. Aku cuba menggunakan seluruh tenaga untuk bangun tetapi tetap gagal. Suara berbisik itu semakin lama semakin kuat di tepi telinga aku. Jari kaki aku terasa sakit seolah digigit sesuatu. Aku cuba untuk mengintai tetapi niat aku terbantut kerana fikir macam-macam. Gila nak bayangkan saja muka dia pon aku dah cuak tambah pula kalau betul-betul. Gigitan itu semakin lama semakin longgar. Aku menggerak-gerakkan jari kaki. Muncul keberanian dalam diri untuk aku buka mata. Aku duduk bersimpuh kemudian memandang sekeliling. Ruang tamu kelihatan sunyi. Adik aku masih sama nyenyak dengan tidurnya. Ceh tak sedar langsung. Aku baring semula. Mata aku memandang kipas yang berpusing. Semakin lama semakin aku hanyut lalu aku terlena.

"HAHAHAHAHA. Iman kau lemah." Jerit satu suara. Mata aku tak boleh dibuka. Badan aku keras. Aku tidak dapat bergerak walaupun sedikit. Suara ketawa mengilai silih berganti. Seperti ramai penghuni dalam rumah ni.

"Sembah aku. Aku akan tunaikan apa saja kau mahu HAHAHAHAHA." Suara serak seorang lelaki tua. Aku tidak menjawab. Badan aku dipijak-pijak berulang kali. Aku mengerang kesakitan. Aku tak pasti sama ada ini mimpi atau aku sedang berilusi.

" Ayuhh. Mengaku saja aku sebagai tuhan. Aku akan lepaskan kau." Mereka berhenti menyeksa aku. Mulut aku seperti terkunci. Aku tidak dapat bercakap walaupun sepatah.

" Degil. Kalau macam ini sampai ke mati kau akan terus terseksa oleh mereka. Mengalah saja kali ini." Suara riuh rendah. Walaupun aku tidak dapat melihat tetapi aku dapat dengar dengan baik suara mereka. Ya aku kenal suara ni.

"Kami akan datang lagi. Selagi keluarga kau tak musnah, selagi itu hidup korang takkan tenang. Ini janji kami." Suara itu sayup-sayup kedengaran. Aku mengerang kesakitan. Suasana rumah kembali sunyi. Aku melihat jam di dinding. Pukul 5.30 pagi. Aku cuba untuk bangun tapi tak terdaya. Mak aku melihat sesuatu yang aneh pada aku.

"Ya Allah..Remy!!" Mak aku memanggil. Aku pengsan. Semuanya gelap selepas itu.

KASH-MIRTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang