PELIK

138 11 2
                                    


Hari sabtu,22.7.2016 maka bermulalah kem bina negara di gua kelam. Kami semua yang terlibat berkumpul di depan sekolah. Mustaqim,Ikmal,Aiman dan aku sedang leka berbual sambil menunggu bas. Oh yaa lupa nak bagitahu yang aku dan Ikmal dah menjadi kawan mungkin disebabkan eksiden hari tu dia dah boleh terima aku. Aku tak kesah sangat asalkan mahu berkawan dengan aku,aku ok jaa. Di pihak perempuan pula masing-masing sibuk selfie beramai-ramai tak pon sembang pasal tudung. Ahh tak kesah. Mereka pon ok ja dengan aku. Bas yang ditunggu tiba juga. Masing-masing berebut untuk memilih tempat duduk. Yaa aku pon tak terkecuali berebut bersama rakan-rakan yang lain. Nak panggil aku tak gentleman ke ego ke biadab ke aku peduli apa yang penting aku nak duduk dekat tepi tingkap. Aku dan geng lelaki yang lain duduk di bahagian paling belakang sekali. Tempat yang paling strategik aku rasa untuk tidur.

Dalam bas ni ada juga budak dari sekolah lain. Tengok gaya macam tak bergaul dengan orang. Masing-masing berbual dengan rakan sendiri. Aku cuba bersangka baik mungkin pemalu agaknya. Perjalanan yang mengambil masa selama 40 minit aku tidak sia-siakan peluang ini untuk tidur secukupnya.

"Remy bangun dah sampai." tegur Mustaqim yang berusaha kejutkan aku.

"Dah sampai ke." Aku yang tak berapa sedar cuba bangun dari tempat duduk.

"Jum cepat ambil beg. Kena beratur tu haa." Ikmal mencari beg bajunyaa.

Aduhh ni yang aku tak berapa gemar kena beratur bagai. Mesti ada taklimat punya ahh.

"Semua baris." Arah jurulatih yang memakai baju tshirt hitam itu.

Kan aku dah kata mesti ada taklimat tak pun kena kawad. Aku dengan langkah yang paling malas sekali turun dari bas. Wahh ramainya budak tingkatan 6 yang terlibat kem ni. Ada lah dalam 100 lebih camtu.

"Kita akan bergerak masuk ke dalam gua mengikut barisan. Semua faham?" Jurulatih itu memberi arahan.

"Faham tuan." Serentak kami menyahut.

Kami semua bergerak mengikut barisan. Seorang demi seorang memasuki ke dalam gua. Sampai giliran aku untuk masuk waktu tulahh aku sedar. Yang aku tidak bersendirian. Ada sesuatu yang sedang memerhati aku dari jauh.

"Jangan risau. Aku akan selalu berada dengan kau."

Aku terus masuk ke dalam gua selepas suara itu hilang.

KASH-MIRWhere stories live. Discover now