Fatin's part
Alamak!!! Aku dah lambat!! Macam mana ni!!! Dia orang mesti dah tunggu dekat cafe Uni kan. Aku dah 30 minit lewat ni. Mesti kena bebel nanti. Dahlah kena bebel. Kalau bebel macam kakak-kakak tak pelah.. Ini tak.. Macam mak nenek je.. Pot pet pot pet je lebih.. Ish.. Apa yang aku fikir ni.. Cepat!! Dah lambat!!
Fatin menunggu bas awam di stesen bas dengan keadaan yang kelam kabut.' Mana pula bas ni.. Aku dah lambat ni!!!' ngomel Fatin dalam hati.
Tiba saje bas di depan mata. Fatin terus naik bas dan lihat jam. ' Dah pukul 8.00!!' maigud!!! Lambat betul aku hari ni.' Fatin turun daripada bas dengan cepat sampaikan hampir jatuh mase turun dari bas. Nasib baik tak ada sapa yang nampak.. Kalau tak, tutup mukalah jawabnya sebab jatuh macam kerang busuk.
Fatin berlari ke cafe Uni sambil ngendong beg tangan kesayangan dia yang sederhana itu. Tiba saja di cafe, Fatin berjalan perlahan sebab nak sergah kawan-kawan dia tulah.
"Selamat pagi korang!!" Sergah Fatin dari belakang dengan gembiranya.
"uish.. Kau ni, Fatin. Nasib baik tak goyang jantung aku ni. Kalau tercampak keluar dari badan aku macam mana." Kata Zaahidah ala-ala marah.
"Ambik jantung tu. Tanamlah balik dekat dalam badan kau. Itu pun susah ke." Jawab Fatin dengan loyar buruk dia tu.
"Ewah-ewah. Senang je kau cakap ye. Kau fikir jantung aku ni biji benih ke nak main tanam-tanam. Lepas tu kalau dah tak gerak jantung aku ni walaupun dah tanam. Kau nak buat apa." Zaahidah melawan balik ayat Fatin.
"Alah kau ni. Siram ajelah. Kau sendiri kata jantung kau macam anak benih. Takkan kau tak tahu biji benih kalau nak hidup mestilah kena siram. Jadi, jantung kau tu pun 2x5 lah.." Fatin mula melawak.
"Eee minah ni kan.. Aku curi kekasih tak menjadi kau tu karang.. Ha! Merana tak tentu pasal karang." Kata Zaahidah mengugut.
"Yaahh,Zyda!! Kau jangan nak mengatal eh!! Aku toreh muka kau karang. Satu lagi. Bukan tak menjadi okay! Dia cuma duduk jauh dari aku je." Kata Fatin sendikit marah.
"Aku takkan pernah bayangkan yang kau akan bercinta dengan Mamat kpop tu. " Zaahidah menjeling.
"Suka-suka kau je panggil dia Mamat kpop. Dia ada nama okay! "
"Tapi memang betul kan dia tu orang korea. Lelaki pula tu. Takkan perempuan pula. Dia tu cuma penyanyi je okay! Kau takkan dapat dia lah.. Muka kau pun dia tak nak pandang. "
Sebelum sempat Fatin balas balik, Ain dah menyelit untuk hentikan perang apa kejadah entah.
"Uish.. Sudah-sudahlah. Berapa lama lagilah aku nak tengok korang bergaduh." Tegur Ain lepas tengok mereka gaduh macam nak perang dunia ketiga.
"Entah korang berdua ni. Orang suh datang sini sebab nak pergi beli hadiah dan barang persiapan untuk birthday Hani. Korang boleh nak bergaduh pula." Kata Suraya.
"Em yelah." Jawab Fatin.
" Jadi.. Kita nak pergi mana dulu ni?" Tanya Zaahidah sambil melihat jam.
" Memandangkan baru pukul 8.15 pagi. Kita pergi kedai buku Meliance dululah.. Aku nak beli sesuatu untuk hias rumah." Cadang Ain.
"Okay.." Yang lain menjawab serentak.
Zaahidah's part
Em.. Nak beli apa eh untuk hias rumah tu. Kalau untuk bahagian meja makan tu. Beli reben lah untuk tampal tepi meja tu. Kalau dinding. Stiker yang macam ni boleh kot. Em.. Bolehlah. Asalkan cantik sikit tu sudahlah. Bukan majlis besar-besar pun. Kita orang pun sambut setakat lima orang je.
YOU ARE READING
F.A.N.S.Z. Sahabat Selamanya
FanfictionMengisahkan lima orang sahabat iaitu Farhani,Ain,Fatin,Suraya dan Zaahidah termasuk juga dengan kawan baik mereka yang lain iaitu Nurin dan Adriana. Mereka berkawan sejak berumur 13 tahun lagi. Dan kini mereka kawan paling rapat dan jarang bergaduh...