BAB 6

88 8 1
                                    

"Kau...."

Everyone's part

Semua memandang ke arah Harraz yang ingin bercakap sesuatu kepada Iqbal. Iqbal dan kami berlima tertunggu-tunggu apa yang Harraz ingin katakan. Tapi dia boleh loading pula. Aku pasang wifi karang tak laju juga.

"Kau nak cakap apa dekat aku,Raz. Lambat sangat. Buat aku suspen lagilah." Iqbal mula tak sabar dengan cara Harraz.

"Kau......." Harraz masih lagi buat orang suspen.

"Aku..?" Iqbal mula menunjuk ke arah dirinya.

"Kau...... Abaikan jelah.. Aku dah lupa nak cakap apa tadi." Kata Harraz mula melihat ke arah skrin telefon semula.

"Ha alah.." Semua mula bising.

"Kau ni kan.. Aku punye lah tunggu lama. Kau boleh suruh aku abaikan je. Apa ke teruk kau ni wey." Iqbal menolak sedikit bahu Harraz.

"Ish kau ni.. Kau nampak tak sebelah aku ni perempuan. Kalau aku langgar dia secara tak sengaja macam mana." Harraz mula marah sikit pada Iqbal kerana hampir terkena Nurin apabila ditolak oleh Iqbal .

"Oppsss!! Sorry,sis. I didn't mean to do that." Iqbal mula speaking.

"Kau anak melayu kan. Kenapa tak cakap melayu." Tiba-tiba Adriana menegur.

"Eh Minah ni. Aku cakap Inggeris pun tak boleh ke. Banyak songeh betul minah obor-obor ni." Iqbal seperti mengejek Adriana.

"Asal kau panggil dia minah obor-obor,Bal?" Ain mula pelik dengan nama panggilan itu.

"Entahlah.. Abaikan." Iqbal mula makan yogurt entah siapa punya tu.

Ain,Suraya,Nurin,Adriana dengan Zaahidah tercengang je masa tengok Iqbal makan yogurt tu. Semua orang takut nak tegur Iqbal masa tu. Tak tahulah kenapa. Padahal Iqbal angin baik. Nak kata marah tak. Nak kata sombong pun tak.

"Errr.." Suraya mula tak terkata masa tengok Iqbal makan yogurt hampir tinggal separuh.

"Kenapa,Suraya?" Iqbal mula bertanya dengan pelik.

Adriana mula bangun dari kerusinya. Semua mula memandang ke arah Adriana termasuk Harraz yang melayan telefon tadi. Ain,Suraya,Nurin dan Zaahidah mula senyap dan melayan benda lain. Padahal dalam hati macam nak tenangkan Adriana. Tapi, takut makin teruk jadinya. Jadi, diam jelah perkara yang baik.

"Kau kenapa,Obor-obor?" Iqbal mula pelik apabila melihat Adriana berdiri dan memandang ke arahnya dengan pandangan maut.

Adriana's part

Eh! EH! Beruk hitam ni. Dia boleh tanya kenapa. Tak pe kau. Adelah yang aku nak buat dengan kau nanti sampai kau minta maaf melutut depan aku. Tak guna punya beruk hitam.

"Kau boleh tanya kenapa.. Wey.. Kau dahlah makan yogurt aku. Makan tak minta izin. Lepas tu kau abiskan pula tu!" Adriana mula angin.

"Lah... Kau punye yogurt ke ni,obor-obor. Minta maaf.." Iqbal dengan selambanya memohon maaf sambil mengangkat satu tangan.

"Kau!!!" Adriana mengenggam tangannya dengan kuat untuk menghilangkan rasa geram.

Eh! Dia ni minta maaf ikhlas ke tidak ni. Aku karate karang patah lapan belas pula tulang kau. Ish!! Sabo jelah. Tak pe Adriana. Kau kena sabo. Lelaki memang macam ni. Pentingkan diri. Baik kau layan kawan kau yang dekat sini.

"Nurin,Suraya,Zaahidah,Ain. Jom kita pergi tempat lain.. Aku tak nak layanlah beruk-beruk hitam dekat sini. Nak meletup je kalau aku layan nanti." Adriana mula beredar dengan laju.

F.A.N.S.Z. Sahabat SelamanyaWhere stories live. Discover now