BAB 16

48 1 0
                                    

Hani yang tadi tertanya-tanya dengan apa yang ingin Nizam sampaikan terus terbantut apabila ada bunyi tembakan yang tidak tahu dari arah mana datangnya. Hani sudah mula gelabah kenapa keadaan di sini semakin merancakkan keadaan.

"Semua diam!!! Aku tak nak sorang pun bersuara!! Berkumpul dekat hujung kedai ni sekarang!" Semua orang tidak berani membantah apabila terpandangkan senjata yang dibawa oleh sekumpulan perompak.

Hani dan Nizam juga terus berlalu ke penjuru hotel. Nizam sudah mengetap gigi apabila melihat perompak tersebut mula mengambil segala harta benda milik pelanggan yang bertandang di hotel miliknya. Hani yang perasan hanya mampu menepuk sedikit lengan Nizam supaya bersabar.

Dua orang perompak mula menghunuskan senjata dekat setiap sasaran yang dirasakan dapat menjadikan dirinya seorang yang kaya. Kemudian, tidak lama selepas itu. Muncung pistol tersebut berada tepat ke arah Hani. Hani sudah gelabah.

"Hoi perempuan!! Kau ke sini sekarang!!" Kata lelaki yang pegang senjata itu.

Muka mereka tidak begitu jelas untuk kami mengenali semuanya. Maklumlah muka mereka terselindung di sebalik topeng yang mungkin dibuat khas untuk menutup identiti mereka.

"Aku nak kau ikut aku!" Katanya meletakkan pistol tersebut di belakang badan Hani.

Hani hanya mengangguk. Nizam yang tadinya diam sudah hilang sabar apabila Hani diperlakukan begitu. Nizam menerpa untuk mendekati Hani dan hampir kesemua perompak yang berada di situ ditumbuk oleh Nizam sampai tidak sedarkan diri. Namun, belum sempat Nizam tiba ke tempat Hani, Nizam ditembak tepat terkena pada bahu kanannya. Nizam meraung kesakitan.

Perompak yang ditumbuk oleh Nizam tadi terus menerpa ke arah Nizam dan membalas segala kemarahan yang tersimpan di dalam hatinya. Habis jatuh terjelepuk Nizam di atas lantai. Hani yang melihat sudah bergetar jantung. Hani meluru ke arah Nizam dan membantu Nizam untuk bangun. Nasib baik perompak tersebut tidak mencederakan Hani.

"Nizam. Awak okay tak?" Hani berbisik perlahan.

"Saya okay."

"Memang padu seh kau punya penumbuk! Aku tak pernah rasa lagi tumbukan kau yang padu selama aku kenal kau,Nizam!" Kata lelaki yang menembak bahu Nizam tadi.

"Kau siapa hah!! Kau nak apa dengan aku!!" Kata Nizam marah dengan sakit yang ditahan.

"Kau tanya aku siapa? Wey Nizam! Takkan kau lupa dengan kawan sehidup semati kau ni! Takkanlah kau dah lupa kawan yang kau khianat!!" Katanya lagi dengan suara yang ditahan.

Nizam yang mendengar apa yang disampaikan sudah membesarkan mata. Hani yang tidak tahu apa yang sudah berlaku dapat mendiamkan dirinya sahaja. Tidak dapat Hani tahu apa yang telah berlaku.

"Jangan cakap yang kau ni.."

"Ye! Itu aku,Nizam! Oh! Aku lupa pula. Nama kau bukan Nizam masa aku kenal kau. Betul tak, N.I.C.K." lelaki tersebut mencabut topeng yang dipakai.

Hani yang tidak faham apa-apa sudah ternganga dengan nama panggilan Nizam. Tidak silap Hani, semasa mereka belajar dulu, ada orang menyebut nama Nizam sebagai Nick. Jadi, memang Hani tak silap dengarlah pada masa itu. Hani cuma dapat memandang muka Nizam saja walaupun banyak soalan yang ingin ditanya.

"Hai sayang.. takkan awak tak ingat dekat saya?" Lelaki tersebut memandang Hani pula.

"Siapa kau?" Hani sudah bersuara kasar.

"Siapa? Ini sayalah. Orang yang selalu mesej awak siang malam. Tak ingat ke?"

"Awak?" Hani berasa seperti tidak percaya dengan apa yang baru didengari.

F.A.N.S.Z. Sahabat SelamanyaWhere stories live. Discover now