BAB 10

71 3 0
                                    

"Suraya?" Katanya memanggil nama suraya.

"Iye. Itu nama saya." Suraya menjawab takut-takut.

"Suraya Aneesa?" Dia tetap memanggil nama Suraya.

"Iye?." Suraya makin pelik.

"Awak dulu ada belajar dekat UiTM ke?" Tanyanya.

"Iye." Suraya hanya menjawab tanpa banyak soal.

"Awak tak ingat saya ke?" Katanya.

Ingat dia? Dia ni siapa? Aku kenal pun tidak? Muka macam pernah nampak? Tapi, siapa? Aku ada kenal dengan dia ke dulu? Sama macam aku cakap dalam hati tadi, muka bos memang hensem dan pekerjanya mengedik.

"Ma-maaf. Saya tak kenal awak." Kata Suraya sambil menggelengkan kepalanya.

"Ini sayalah. Firash! Firash Azhar. Anak angkat kepada Aunty Lia. Takkan awak tak ingat?" Kata bos yang bernama Firash ini.

"Tak." Suraya tetap tak ingat.

"Suraya! Awak tak perlulah nak bermain-main dengan saya! Ini sayalah, Firash. Kawan awak semasa dekat U dulu. Saya selalu lepak dengan awak dulu. Betul ke awak tak ingat?" Firash mula bangun dari kerusinya dan datang mendekati Suraya.

"Tak. Saya betul-betul tak ingat. Kawan saya tak pernah cerita pasal awak pun sejak saya hilang ingatan. Saya minta maaf kalau saya tak ingat awak." Kata Suraya sambil tangannya berada di atas kepala seperti menahan diri daripada dipukul orang.

"Hilang ingatan?!" Firash terkejut.

"Iye. Kawan saya kata saya hilang ingatan masa accident dekat British dulu." Kata Suraya lagi dalam keadaan takut untuk memandang Firash.

"Betul ke awak tak ingat saya ni Suraya?" Kata Firash dengan nada sayu.

"Betul! Saya tak ingat apa-apa lepas insiden tu berlaku dan saya tak ingat langsung nama betul saya selama ni." Kata Suraya lagi.

"Habis tu! Kenapa awak boleh ingat yang awak belajar dekat UiTM dulu. Kenapa awak boleh ingat kawan awak!" Firash tidak dapat menerima kenyataan.

"Tak! Saya tak ingat semua tu! Masa saya sedar dari insiden tu. Kawan saya je yang ada depan mata saya. Dan, dia yang cerita semua benda ni dekat saya. Tapi, dia tak ceritakan siapa awak." Kata Suraya lagi.

"Siapa kawan awak tu?" Firash mula bertanya ingin tahu.

"A-ain. Dia yang ada dengan saya sejak saya hilang ingatan sampailah saya balik Malaysia. Dia kata saya kawan dengan dia dah lama dan saya ada lagi tiga orang kawan yang belajar dekat luar negara. Nama dia Hani,Zaahidah dan Fatin. Ain kata saya dan mereka berempat kawan sejak saya baru masuk sekolah menenggah. Dia juga ada ceritakan tentang keluarga saya." Kata Suraya panjang lebar.

"Dah berapa lama awak hilang ingatan?" Firash masih tidak puas hati.

"Dua minggu selepas habis bekerja." Kata Suraya.

"Ain ada dekat mana?" Firash bertanya.

"Ain dekat tempat kerja dia." Suraya menjawab sambil perlahan-lahan menurunkan tangannya apabila tiada sebarang benda pelik yang berlaku.

"Dia kerja dekat mana?" Firash masuh ingin tahu.

"Syarikat Enerlik sdn bhd" kata Suraya memandang muka Firash.

Dengan cepatnya, Firash mengeluarkan telefon bimbitnya dari seluar dan mendail nombor seseorang sebelum meneruskan panggilan.

"Ye. Dekat hotel tu nanti aku datang dengan Suraya." Katanya sebelum mematikan panggilan.

F.A.N.S.Z. Sahabat SelamanyaWhere stories live. Discover now