BAB 11

65 4 0
                                    

Ring! Ring!

Uwa.. nasib aku baik hari ni... Kenapa dia boleh tanya dekat aku macam tu... Mana aku nak sorok muka.. fuah.. Aku kena berlagak macam tak de pape lah jawabnya.

"Hei!" Tegurnya.

"Err...ya." Zaahidah terkejut.

"Jomlah. Papa dah tunggu." Kata Zikri berlalu pergi.

"Ba-Baik." Zaahidah menurut.

Fuh.. pandai betul uncle ni. Nasib baik telefon pada masa yang betul. Kalau telefon lambat tadi mahu pitam aku layan dia. Tak pe Zyda. Kau seorang wanita bekerjaya. Kau akan berjaya mengatasi masalah remeh temeh ni. Cheh, macamlah remeh sangat.

Zaahidah dan Zikri segera ke cafe dan menuju ke meja makan yang menempatkan Uncle Mustaffa dengan beberapa orang doktor yang lain. Termasuk jururawat lelaki dan perempuan.

Mak aii! Bukan main popular juga Uncle. Sampai aku sendiri tak nampak mana satu Uncle. Tapi yang peliknya, jururawat perempuan pun ada juga. Uwah. Kalau Aunty Lia ade ni. Mau kena hempuk dengan beg tangan Uncle dibuatnya. Kalau aku jadi Aunty Lia pun aku akan buat benda yang sama. Tapi, tak delah kejam sangat nak hempuk guna beh tangan. Diam sudah.

"Ha! Zikri! Zaahidah! Lambat kamu berdua nak sampai. Lepaskan rindu ke?" Uncle Mustaffa mengusik.

Zaahidah dan Zikri buat bodoh je dengan soalan mengusik Uncle Mustaffa. Zaahidah mana boleh kena usik. Malu menyerbu muka lo.

"Doktor! Doktor kenal dengan mereka berdua ke?" Tanya seorang jururawat lelaki.

Dari cara macam tak pernah nampak pun muka. Mungkin blok belakang kot dia bertugas. Biarlah. Bukan aku nak tahu pun. Lainlah kalau aku kenal dia.

"Memanglah saya kenal. Kamu pernah dengar tak ada seorang tu memang handsome betul. Tapi, dia tak suka layan perempuan." Uncle Mustaffa menjeling Zikri.

"Ya. Saya kenallah yang itu dia." Kata jururawat itu.

"Ini anak lelaki sayalah." Kata Uncle Mustaffa lagi.

Yang lain semua hampir ternganga dengar pengakuan Uncle Mustaffa. Agaknya tak percaya kot anak sendiri lagi hebat dari abahnya.

"Ahha.. kamu semua tak perlulah terkejut sangat. Sudah.. bagi ruang.. Zikri dan Zaahidah. Mari duduk depan papa." Kata Uncle Mustaffa menunjukkan dua tempat duduk kosong bertetangan dengannya.

Zikri hanya menurut sahaja. Zaahidah yang tadinya tak faham sepatah haram pun apa yang Uncle Mustaffa cakapkan terus ambil tempat duduk bersebelahan Zikri. Maklumlah tempat tu je yang kosong. Takkan nak duduk sebelah Uncle Mustaffa pula.

"Doktor. Ini pula siapa?" Tanya salah seorang doktor perempuan dalam lingkungan 30-an itu.

"Ooh.. Inilah doktor yang baru habis belajar dari luar negara tu." Kata Uncle Mustaffa.

Zikri hanya memekakkan telinganya sambil memandang ke tempat lain. Zikri ni bukan suka suasana orang yang duduk keliling dekat meja macam sekarang ni. Panas katanya. Tak tahulah betul ke tidak.

"Biar betul,Dok!" Terkejut seseorang.

"Betullah apa yang saya cakap ni. Kalau kamu tak percaya, kamu tanyalah dia sendiri." Kata Uncle Mustaffa lagi.

Zaahidah yang dari tadinya membisu hanya memandang ke arah lantai sahaja. Maklumlah, orang ramai kot. Dan sekarang ni semua orang tengah bercerita tentang diri dia. Takkan nak pandang pula.

"Dia malulah,doktor." Kata jururawat.

"Ahaha.. jangan risaulah. Dia okey." Uncle Mustaffa ketawa.

F.A.N.S.Z. Sahabat SelamanyaWhere stories live. Discover now