F.A.N.S.Z's part
Kami semua bangun seperti yang telah dijanjikan pada pukul 4 pagi. Kami semua mandi dan membersihkan diri. Kemudian, mengemas beg dan masukkan ke dalam kereta.
"Wey. Perut aku laparlah.. Tak de pape ke yang boleh kita makan." Suraya mula mengadu lapar.
"Samalah dengan aku, Suraya. Perut lapar. Jomlah pergi Seven Eleven. Aku nak pergi beli roti sikit untuk kita makan sebelum pergi dan untuk dalam perjalanan nanti." Kata Ain yang mula memegang perutnya yang pedih.
"Kalau korang pergi Seven E. Tolong belikan aku maggi cup dua." Kata Hani.
"Aku pun nak maggi cup tapi satu jelah." Fatin pun mula memesan.
"Okay."
"Zaahidah pula?" Suraya bertanya.
"Aku ikut kirang berdua pergi kedailah." Kata Zaahidah mula mengikut.
"Okay."
Hani's part
"Takkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah. Harapanku hancur. Sayapku patah." Hani mula menyanyi dengan perlahan ketika bermain dengan telefonnya.
Fatin berada di dapur sedang memasak air. Maklumlah nak makan maggi. Tak ada air panas karang susah pula.
Tiba-tiba, Hani mendapat satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Hani membaca mesej tersebut.
'Tolong hati-hati'
Lah.. Itu je... Siapa yang hantar mesej ni.. Dahlah tak de nama. Nama pun tak bagitau. Manalah aku nak kenal ni siapa.
"Fatin. Kau kenal tak nombor 01*-******* ni" Tanya Hani pada Fatin.
"Tak tahu. Tengok sini nombornya." Fatin mengambil telefon Hani untuk mencari nombor kepunyaan siapa tapi tak dijumpai.
"Tak tahu. Nombornya tak de dalam telefon aku." Kata Fatin bagi balik telefon kepada Hani.
"Siapa eh?"
"Tanyalah dia." Fatin mula menyambung kerja di dapur.
Hani membalas balik mesej tersebut dan tak lama lepas Hani menghantar mesej itu, Hani dapat semula balasan.
'N.I.'
N.I.? Siapa dia ni!! Aduhai.. Janganlah main-main dengan aku. Ada juga yang aku tak layan nanti. Hani membalas lagi kepadanya.
Tiba-tiba, Hani terdengar deruan bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah.
Akhirnya, sampai juga diaorang tiga. Aku dah lapar gile-gile ni. Lepas tu aku layan lagi budak yang gile nak kena makan ni. Memang tak patut langsung.
F.A.N.S.Z's part
"Wey. Makan cepat. Nanti kite gerak lepas solat subuh. Tadi aku dah dengar azan." Kata Ain.
"Okay" semua menjawab serentak.
Selesai sahaja mengalas perut pada pamgi yang nyaman ni, kami semua mendirikan solat dan bersiap untuk bergerak.
Kami mengambil masa 20 minit untuk keluar daripada kawasan Kuala Lumpur untuk ke lebuh raya.
Ain dan Fatin yang memandu kereta sebab diaorang dua yang punya kereta. Hani,Suraya dan Zaahidah ada kereta tapi dekat Johor. Saja tinggalkan sebab dekat rumah sewa tu maksimum tempat letak kereta dua je.
Zaahidah dan Suraya naik kereta Ain manakala Hani dengan Fatin. Kami berhenti di perhenti R&R Seremban untuk bersarapn pagi. Maklumlah pagi tadi makan untuk alas perut sikit samgat. Tak cukup untuk tampung sampai ke Johor.
YOU ARE READING
F.A.N.S.Z. Sahabat Selamanya
FanfictionMengisahkan lima orang sahabat iaitu Farhani,Ain,Fatin,Suraya dan Zaahidah termasuk juga dengan kawan baik mereka yang lain iaitu Nurin dan Adriana. Mereka berkawan sejak berumur 13 tahun lagi. Dan kini mereka kawan paling rapat dan jarang bergaduh...