BAB 4

107 10 7
                                    

F.A.N.S.Z' part

Wah!! Nyamannya pagi ni.. Eh? Hari ni berapa hari bulan ye? Emm...Omaigudd... Yeay!! Akhirnya.. Cuti dah nak tiba. Tinggal lagi dua hari sebelum cuti. Boleh balik rumah parents. Tak sabarnya!!

Fatin mengeliat sedikit selepas bangun pagi untuk solat Subuh. Fatin mula bangun daripada katil dan segera ke bilik air untuk membersihkan badan. Sudah tiba masanya untuk kami semua keluar membeli-belah untuk bawa balik sebagai buah tangan nanti. 'Nak beli apa ye?'

Suraya,Ain,Zaahidah dan Hani pun melakukan perkara yang lebih kurang sama dan mendirikan solat Subuh. Selesai sahaja solat subuh, Ain dan Zaahidah turun ke bawah untuk menyediakan sarapan. Maklumlah kalau nak masak dekat rumah ni kena gilir-gilir. Tak boleh nak harapkan orang nanti jadi pemalas.

"Ain.. Nak masak apa pagi ni?" Tanya Zaahidah sambil mengeluarkan beberapa bahan dari peti sejuk.

"Em.. Santan ada tk?" Ain mula berfikir.

"Ada.. Tapi kelapa parutlah.." Kata Zaahidah sambil menghulurkan kelapa parut yang berada di dalam peti sejuk itu.

"Ha! Masak nasi lemak lah. Lepas tu, aku nak masak ayam sambal dan telur goreng." Kata Ain sambil mengambil bahan-bahan yang diperlukan.

"okay juga tu. Dah lama tk makan nasi lemak dekat rumah. Selalunya beli je." Sokong Zaahidah sambil mula memotong bawang.

Ketika Ain dan Zaahidah di dapur, si Fatin,Suraya dan Hani sedang bermain telefon mereka sambil ketawa pada masa yang sama. 'Tengah main whatsapp lah tu. Padahal kawan depan mata pun nak ketawa-ketawa dengan telefon tu. Kawan sapalah tu.' kata Ain dalam hati sambil menjengukkan kepalanya sedikit untuk memandang kawan-kawannya yang tengah duduk di sofa ruang tamu itu.

"Zaahidah~~ dah siap masak ke belum~~ perut aku lapar ni." Kata Suraya yang mula mengadu lapar.

"Sekejaplah.. Tengah masak ayam ni. Tunggu lagi 15 minit. Baru boleh makan." Kata Zaahidah sambil melihat jam di dinding.

"Lamanya.. Aku dah lapar betul ni."Suraya makin tak sabar.

"Hey-hey.. Sabo Suraya. Tengok Fatin dengan Hani. Rilek je." Kata Ain sambil mengaul nasi di dalam periuk itu.

"Itu diaorang.. Bukan aku.." Suraya masih mengadu lapar.

"Ish.. Pergilah baca cite fanfiction yang Fatin buat tu. Cerita Our pinky doctor tu." Kata Zaahidah menekan sikit nama Fatin.

"Ewah.. kau.. Suka-suka je tekan nama aku gitu eh." Kata Fatin yang terkejut mendengar namanya disebut.

"Aku mana ade tekan nama kau. Butang untuk tekan pun tak ade." Zaahidah mula loyar buruk.

"Adelah butang untuk nama aku.." Fatin pun layan.

"Mana ada butang aku kata. Aku tak nampak." Zaahidah mula menidakkannya pula.

"Eh! Memanglah tak nampak sebab butang tu untuk aku je." Fatin masih tak puas hati.

"Sudah-sudah. Teruklah korang berdua ni. Benda yang tak penting pun nak gaduh." Hani menghentikan pergaduhan yang tak seberapa tu sambil matanya tidak lepas dari pandang skrin telefonnya.

"Tak penting kau kata. Zaahidah sebut nama aku okay." Kata Fatin sambil memandang Hani dengan pandangan yang tajam tapi ingin ketawa.

"Kalau kau tak berhenti bergaduh aku ambil Jin kau. Maklumlah Jin tu comel, baik..Memang patut pun aku amik Jin" Kata Hani mengugut.

"Kau jangan nak mengada okay. Aku tampo hang sat gi. Suga terus tak suka kau. Sebab kau dah teleng." Kata Fatin membatu apikan perasaan Hani.

"Eh-eh! Dengar sini. Nama suga dah terpahat dekat hati aku selamanya. Kau tak boleh padam. Dan Suga takkan suka kaulah. Dahlah banyak mulut." Hani ingin memulakan pergaduhan pula.

F.A.N.S.Z. Sahabat SelamanyaWhere stories live. Discover now