Ain's part
Ain tak dapat menahan air matanya daripada gugur. Hampir hilang nafas Ain apabila ternampak Suraya dilanggar oleh kereta dua hari lepas. Tidak dapat lagi Ain melihat sahabat karibnya terlantar dalam hospital yang asing bagi dirinya mahupun diri Suraya.
'Kalau tidak disebabkan aku yang suruh kita berhenti dekat cafe tu, benda buruk macam ni takkan berlaku. Dah lama aku tengok Suraya terseksa macam ni. Apa lagi yang dapat aku tolong Suraya untuk pulih. Dah dua kali aku nampak dia terlantar atas katil ni. Dua kali!!'
'apa yang aku nak bagitahu dekat keluarga Suraya nanti kalau tiba-tiba dia call tanya khabar? Takkan aku nak cakap anak dia dekat hospital dah dua hari tak sedarkan diri. Takkan aku nak cakap yang Suraya dah eksiden kali kedua dan aku puncanya. Takkan aku nak bagitahu semua tu dekat mak dia. Takkan aku nak cakap semua yang berlaku ni atas kecuaian Suraya. Tak akan sekali aku akan cakap macam tu dekat mak dia walaupun aku tahu masa tu bukan kesalahan sesiapa punca benda ni berlaku.'
Ain keluar dari bilik rawatan Suraya untuk pulang ke rumah sebentar untuk menghadap yang maha esa. Dalam perjalanan ke rumah. Tidak terdetik dekat hati Ain untuk memberitahu perkara ini pada sesiapa. Tidak terdetik walau sekali untuk Ain meminta tolong pada sesiapa. Ain tahu ini semua salah dirinya sendiri dan perlu Ain tanggung sendiri.
Sudah beberapa kali Ain larikan diri dari bertembung dengan Firash mahupun Izzat. Ain tahu, kalau perkara ini sampai ke telinga mereka. Sudah tentu takkan ada perkara yang dapat mereka tolong.
Tiba di rumah, Ain membuka kunci rumah untuk masuk ke dalam. Dalam keadaan yang termenung, Ain masih dapat merasakan ada yang memerhati. Ain mula melihat keliling untuk memastikan tiada perkara buruk akan berlaku.
Tidak lama selepas Ain usai mendirikan solat, Ain mendapat mesej daripada Izzat. Ain yang baca mesej Izzat pun tak dapat nak balas.
'Ain, awak dengan Suraya ada dekat mana? Puas saya dan Firash cari. Tolonglah balas mesej ni.'
~Izzat
Ain hanya dapat memandang sepi sahaja mesej itu. Tidak dapat Ain tahan lagi air matanya yang mula bergenang apabila mengenangkan nasib Suraya yang dilaluinya. Mahupun Suraya masih tidak ingat akan dirinya, tapi rasa sayang nya pada kawan baik nya masih tidak pudar walau sedikit.
'Takkan aku nak bagitahu Suraya eksiden lagi dekat kawan-kawan aku yang lain. Aku tak nak mereka risau pasal ni. Mereka ada kehidupan sendiri. Aku tak nak musnahkan kerjaya mereka hanya sebab benda ni.'
'ahahah.. aku tahu benda yang aku buat ni bodoh bagi orang lain. Tapi, mereka takkan faham apa yang aku rasa. Apa yang aku lalui. Takkan aku nak biarkan benda ni berlaku lagi. Aku tak nak minta simpati mereka hanya sebab untuk menutup rasa bersalah. Aku takkan buat lagi.'
Ain bergerak meninggalkan rumah sewa dan menyinggah sebentar di satu kedai makan untuk mengisi perut yang kosong setelah dua hari tidak makan.
"Ain?" Tegur seseorang.
"....."
"Ain!" Tegurnya lagi.
Ain memandang ke arah empunya suara. Mahu ternganga Ain apabila melihat Raja. Kawan satu uni nya dulu berada di kedai makan ini.
"King!? U buat apa dekat sini?"
"Lah.. inikan kedai I.. sepatutnya I yang tanya U buat apa dekat sini?" Raja mula mengambil tempat bertentangan dengan Ain.
YOU ARE READING
F.A.N.S.Z. Sahabat Selamanya
FanfictionMengisahkan lima orang sahabat iaitu Farhani,Ain,Fatin,Suraya dan Zaahidah termasuk juga dengan kawan baik mereka yang lain iaitu Nurin dan Adriana. Mereka berkawan sejak berumur 13 tahun lagi. Dan kini mereka kawan paling rapat dan jarang bergaduh...