Farhani's part
"Hani!!! Cepatlah.. Kata nak tumpang sekali kereta aku!!" Laung Ain dari tingkat bawah.
"Ya!! Kejap!!" Hani laung semula sambil membetulkan tudung selendang yang berwarna biru gelap ni.
Selesai bersiap, Hani turun ke ruang tamu. Sempat lagi tu amik roti yang bersapukan jem strawberi yang Zaahidah sediakan untuk sarapan pagi itu. Sebelum tu kena teguk dua atau tiga kali air susu panas tu. Barulah segar.
"Em.. Sempat lagi tu.. Dah cepat. Suraya dah ada dalam kereta tu." Kata Ain berlalu pergi ke kereta.
Hani segera menyarung kasut sarung kegemarannya itu dan terus masuk ke dalam kereta. Alamak! Suraya buat muka. Lama sangat ke aku dekat bilik tadi? Hani melihat jam. Eh!!! 30 minit aku dekat dalam bilik. Lamanya!! Dah Hani. Baik kau masuk kereta sebelum Suraya buat muka berkerut lagi.
"Maaf lambat." Kata Hani setelah masuk kereta.
"Kau tau tak yang aku nak sampai U awal hari ni?" Tanya Suraya menahan rasa marah.
"err.. Tahu.." Kata Hani sambil mengangguk.
"Dah tu kenapa lambat.. Eee.. Aku cekik kang baru tau.." Kata Suraya geram dengan perangai Hani ni.
"ahaha.. Sorrylah. Aku bukan sengaja lambat. Tadi aku terlelap dalam bilik sekejap.. Hehehe.. Itu pun nasib baik Fatin ketuk pintu aku masa dia lalu." Kata Hani sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"ish.. Teruklah kau ni.." Suraya mula tersenyum. Hilang muka berkerut seribu itu.
"Biasalah tu,Suraya. Macam kau tak tahu. Si Hani kan ambil bahagian bidang muzik. Jadi, selalu penat. Sebab tu kalau dia tidur dah tak tahu apa yang berlaku dekat sekeliling. Kalau BTS ke, harimau ke, atau perkara yang mengejutkan lalu pun dia takkan sedar dah." Ain mula mengata Hani.
"Eh kau.. Jangan nak libatkan sesiapa eh dalam ni.. Aku tumbuk kau karang.." Kata Hani seraya mengugut.
"Ada aku kesah.."
Hani membuat muka apabila Ain dan Suraya ketawa.Ain mula berhentikan kereta tidak jauh dari pintu masuk biar senang untuk balik nanti. Mereka bertiga keluar daripada kereta dan mula bergerak ke jelas masing-masing.
"Okay lah korang. Jumpa dekat cafe pukul 4.00 ptg nanti. Aku gerak lu. Dah lambat ni." Kata Hani mula berlalu pergi.
Hani berlari untuk masuk ke kelas. Maklumlah pagi ni latihan. Jadi, tak boleh lambat datang ke kelas. Nanti Mrs. Kate marah pula. Lagi satu hal pula kena bebel. Ketika Hani berlari untuk ke kelasnya, Hani terpandang sekumpulan lelaki yang sedang bermain skateboard berdekatan U ini. Maklumlah dekat U memang ade tempat main skateboard. Kalaulah aku reti main. Mesti seronokkan.
Hani segera ke kelasnya semula apabila puas melihat sekumpulan lelaki tersebut bermain. Belum sempat Hani berlari ke kelas, Hani terlanggar seseorang. Aduh! Malang sungguh nasib Hani. Nasib baik tak jatuh mase aku langgar orang ni. Aduh! Sakitnya badan aku. Dahlah badan besar. Aku tahulah badan aku kecik. Tapi, tak perlulah nak langgar aku yang comel molek ni. Ceh.. Puji diri sendiri pula.
Dahlah langgar aku, lepas tu main pergi je. Taknak minta maaf pula tu. Apa punya perangai lah budak zaman sekarang ni. Eh? Budak? Em.. Biarlah. Ade aku kisah ke dia budak ke dewasa ke. Yang penting tetap salah dia.
Hani tiba tepat pada masanya. Nasib baiklah mrs. Kate tak masuk lagi. Okaylah!! Aku akan buat warm up kejap. Kalau tak buat karang kejang kaki aku ni.
"Hai everybody!! Are you ready for practice!!" Tegur mrs. Kate setelah sampai.
"yes!!" itulah jawapan yang akan diberi oleh kami semua.
YOU ARE READING
F.A.N.S.Z. Sahabat Selamanya
FanfictionMengisahkan lima orang sahabat iaitu Farhani,Ain,Fatin,Suraya dan Zaahidah termasuk juga dengan kawan baik mereka yang lain iaitu Nurin dan Adriana. Mereka berkawan sejak berumur 13 tahun lagi. Dan kini mereka kawan paling rapat dan jarang bergaduh...