BAB 15

76 5 3
                                    

Ain dan Suraya sudah mengulum senyuman apabila isyarat lampu keselamatan dimatikan. Ain dan Suraya membuka tali pinggang keselamatan.

Selepas mengambil beg bagasi, Ain dan Suraya bergerak menuju ke pintu utama. Ain dan Suraya melihat sekeliling untuk menantikan seseorang.

"Wey!" Ain menegur pada Suraya.

"Apa?" Suraya berkerut dahi.

"Itu.." Ain menunjuk ke arah sesuatu.

Suraya memandang ke arah sekumpulan anak-anak kapal yang berjalan keluar dari pintu utama airport.

"Uish! Pilot dan pramugara dia handsome eh." Suraya menegur.

"Kan.. boleh tackle." Ain sudah tersenyum memandang Suraya.

Tiba-tiba Ain dan Suraya dapat meneka ada orang yang berdiri di belakang mereka berdua. Ain dan Suraya sudah menyengih antara satu sama lain. Kemudian menoleh ke belakang. Terpandangkan Izzat dan Firash membuatkan Ain dan Suraya sudah senyum meleret.

"Tak pergi tackle pun." Firash memerli sambil senyum senget.

"Tak nak berkenalan ke?" Izzat pula menyambung.

"Ish.. tak perlulah nak tackle mereka. Yang ada sekarang ni pun susah nak jaga. Betul tak?" Ain mengelak matanya dari bertembung dengan Izzat.

"Ha-ha'ah. Tak perlulah. Buat penat je." Suraya juga mengelak dari memandang Firash.

Izzat dan Firash sudah mengelengkan kepala apabila melihat gelagat girlfriend mereka. Izzat dan Firash mengambil beg bagasi Ain dan Suraya sebelum berlalu pergi ke kereta masing-masing.

Ain dan Suraya sudah berpisah setelah memasuki kereta. Maklumlah Izzat dan Firash naik kereta lain-lain. Firash dan Izzat sudah lama pulang ke Malaysia kerana menguruskan syarikat. Manakala Ain dan Suraya masih ingin meluangkan masa di negara orang untuk kali terakhir sebelum berangkat pulang. Jadi, terpaksalah Izzat dan Firash meninggalkan mereka.

Suraya yang sibuk memandang ke luar tingkap tersenyum teruja untuk pulang ke rumah. Firash yang memandang dari ekor matanya sudah tersenyum sedikit dengan gelagat Suraya.

"Suraya. Jom kita...." Belum sempat Firash habiskan soalannya, Suraya memotong.

"Tak nak." Suraya menjawab selamba.

Firash sudah memandang ke arah Suraya dengan pandangan pelik. Belum habis soalannya ditanya, Suraya sudah menjawab dahulu. Berkerut dahi Firash pada ketika itu. Suraya yang perasan dengan muka Firash memulakan kata-kata.

"Awak nak ajak saya keluar makan kan?"

Firash hanya menganggukkan kepala sambil memandang ke arah jalan raya.

"Saya dah janji dengan Ain tak kan keluar makan dengan awak sebab nak makan dekat rumah. Saya rindu dengan kawan-kawan saya."

"Habis tu? Saya macam mana?"

"Awak keluar makan dengan Izzat lah. Mesti Ain pun tolak pelawaan dia tu."

" Saya baru nak bawa awak dekat kedai makan yang saya suka tu."

"Hari lain masih ada. Awak boleh bawa saya hari lain."

Firash memandang lama ke arah Suraya sebelum mengeluh panjang. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu.

"Hmm.. yelah.. kali ni je saya kasi."

"Yeah! Ini yang buat saya sayang sangat ni!" Suraya terus terdiam apabila mengingatkan kata-kata sendiri.

"Apa? Saya tak dengar lah?" Firash mendekatkan telinga ke mulut Suraya.

"Ma-mana ada saya cakap apa-apa. Awak sa-salah dengar kot." Suraya mengelakkan mata dari bertembung dengan mata Firash.

F.A.N.S.Z. Sahabat SelamanyaWhere stories live. Discover now