"Harraz?" Nurin terkejut.
"Yeah.. it's me.. Nurin.. apa yang awak buat dekat sini?" Harraz tersenyum apabila terpandang Nurin.
"Saya beli kasut.Awak pula?" Nurin pula bertanya.
"Saya pun beli kasut." Jawab Harraz.
"Cik, Encik? Apa masalah yang Cik dan Encik hadapi?" Tanya pekerja di kaunter itu.
"Oh! Saya nak tuko saiz. Awak bagi saiz kasut yang salah pada saya." Kata Harraz kepada pekerja perempuan itu.
"S-saya pun sama juga. Awak salah bagi saiz kasut pada saya." Kata Nurin juga.
Pekerja itu mula membuka kotak kasut Harraz dan Nurin.
"Ha! inilah saiz kasut saya!!" Kata Harraz dan Nurin serentak.
"Eh! Maknanya? Cik dan Encik tersilap ambil kotak kasutlah ni?" Pekerja di kaunter itu mula keliru.
"Mungkin!" Kata Harraz selamba.
"Maybe!" Kata Nurin berserentak dengan Harraz.
"Err.. Ini encik punya kasut dan ini cik punya kasut." Kata pekerja di kaunter itu sambil menukar semula pemilik kotak kasut itu.
"Terima kasih." Harraz mula berlalu pergi.
"Terima kasih."Ucap Nurin juga.
Harraz dan Nurin mula keluar daripada kedai kasut itu pada masa yang sama.
Malunya!! Aku ingatkan salah pekerja tu yang bagi aku saiz kasut yang besar! Rupanya aku salah amik kasut!! Aduh!! malunya!! mana aku nak letak muka ni!!
"Nurin?" Harraz menegur apabila Nurin mengeluh.
"Iye!" Nurin terkejut.
"Err.... ma-maaf ye sebab tersalah ambil kasut." Kata Harraz.
"Eh! Sepatutnya saya yang kena minta maaf dengan awak sebab saya yang salah ambil. Mula-mula atas kaunter tu ada dua kotak kasut. Saya pula tak tengok kasut saya yang mana satu. Jadi, ini salah sayalah." Kata Nurin jujur.
"Oh yeke! Maksudnya saya tak salahlah ni." Kata Harraz gembira.
"Eh-eh. Awak dikira bersalah juga sebab tak tengok saiz kasut tu juga." Kata Nurin tak puas hati.
"Hahahaha.. Iyelah." Kata Harraz ketawa.
"Oklah. saya kena gerak. Nanti Adriana marah pula bila saya lambat." kata Nurin.
"Hmm.. yelah.. hati-hati ye! Jangan silap lagi! ahahahah.." Harraz sempat memerli Nurin.
Nurin yang berlalu pergi meninggalkan Harraz membuat muka geram.
Setibanya di meja makan, Adriana sudah hilang entah ke mana!
"Hoi!" Tegur seseorang dari belakang.
"Kau ni.. aku ingat kau dah tinggalkan aku!" Marah Nurin pada Adriana.
"Aku pergi tandas sekejaplah. Jadi, macam mana dengan kasut tu? Saiz makin menjadi-jadi atau makin kecik." Adriana mula mengusik.
"Perli aku nampak!" Kata Nurin sambil menjeling Adriana.
"Ahaha. Rileks.." Adriana memujuk Nurin.
"Kau dah kenapa? aku tengok kau macan tak senang duduk je?" Nurin bertanya apabila melihat perubahan muka Adriana.
"Sebenarnya...."
"Kenapa?" Nurin tidak sabar ingin tahu.
"Suraya ada benda penting nak bincang dengan kita semua." Kata Adriana seperti sayu.
YOU ARE READING
F.A.N.S.Z. Sahabat Selamanya
FanfictionMengisahkan lima orang sahabat iaitu Farhani,Ain,Fatin,Suraya dan Zaahidah termasuk juga dengan kawan baik mereka yang lain iaitu Nurin dan Adriana. Mereka berkawan sejak berumur 13 tahun lagi. Dan kini mereka kawan paling rapat dan jarang bergaduh...