BAB 8

67 7 6
                                    

Kami bertiga memandang ke arah Zikri apabila dia ingin berkata sesuatu.

"Hari ni awak semua kena tidur rumah mama. Mama tak kasi awak balik malam ni sebab hujan lebat ni. Jadi, sekarang kita balik rumah dulu." Kata Zikri mula mengerakkan keretanya dan berjalan balik ke rumah.

Kami bertiga hanya diamkan diri je sepanjang perjalanan. Tak tahulah sebab apa diam. Diam sebab tak biasa atau diam sebab ngantuk.

Kami bertiga mula memberitahu kepada mak dan ayah kami yang kami akan tidur di rumah Aunty Lia untuk satu malam. Nasib baik dapat kebenaran. Kalau tak, memang susahlah nak balik hujan lebat macam ni.

Tiba sahaja di rumah Aunty Lia, kami terus masuk ke dalam dan duduk di sofa panjang. Kami berlima langsung tak bercakap. Apa sebab pun tak tahulah. Penat ke?

"Fatin, Hani, Suraya, Zaahidah, Ain... mari ikut Aunty naik atas. Aunty tunjukkan bilik untuk kamu berlima." Ajak Aunty Lia.

Kami berlima hanya menurut je kata-kata Aunty Lia tanpa banyak rungut. Aunty Lia mengagihkan kami berlima di setiap bilik dan setiap bilik ada dua orang. Tapi di sebabkan Zaahidah, Suraya dan Ain bertiga.. Aunty Lia memberikan kami bilik yang lebih besar sikit daripada bilik yang intuk dua orang.

Setibanya di depan pintu bilik, kami diberi peluang untuk merehatkan badan atau membersihkan badan. Baju dah tak perlu risau sebab dalam almari ada baju lama Aunty Lia yang masih elok lagi.

"Wey... asal korang senyap je dari tadi?" Ain mula bertanya apabila kami sudah baring di atas tilam.

"Aku berdebarlah.. Maklumlah aku mana pernah tinggal serumah dengan lelaki yang kita kenal selain family ." Kata Suraya.

"Samalah.. aku pun rasa berdebar sebenarnya. sebab tu aku diam je dari tadi sebab takit nanti ada orang dapat tahu yang aku tengah berdebar." Kata Zaahidah pula.

"Aku lagilah tak boleh nak bercakap nanti suara aku mengigil lagilah dapat orang lain tangkap. Jadi, aku amik keputusan untuk diam je." Kata Ain.

"Nak buat macam manakan.. Dah nasib kita malang sikit hari ni.." Kata Zaahidah.

"Aku rasa yang paling malang hari ni kau lah,Zaahidah." Kata Ain.

"Apa pasal pula?" Zaahidah pelik.

"Sebab.. kau asyik buat silap je.. petang tadi kau kotorkan baju Zikri.. tadi balik dari dinner, kereta rosak kau yang pandu dan yang akhir sekali kita kena stay dekat sini untuk one night." Terang Suraya pula.

"Ha'ah ek.." Zaahidah hanya mengiakan saja.

"Nak buat macam mana. yang sekarang ni bukan Zaahidah je yang malang. Yang lain pun sama juga." Kata Ain.

"Apalah yang akan jadi nanti." Zaahidah mula berfikir.

"Entahlah.  berserah jelah..."  Kata Suraya.

Fatin & Farhani's part

Selesai sahaja membersihkan badan daripada hujan, Fatin dan Hani mula duduk di kepala katil sambil melayan telefon.

"Hani.. kau haus tak?" Fatin bertanya.

"Haus.. kenapa?" Hani menjawab.

"Jom pergi dapur amik air. Aku seganlah nak turun sorang-sorang." Kata Fatin.

"Hmm.. yelah.." Hani menurut.

Fatin dan Hani mula keluar daripada bilik dan mula pergi ke dapur untuk mengambil air. Tiba saja di dapur, Hani meminta tolong daripada pembantu rumah Aunty Lia untuk ambilkan air. Bukan sebab berlagak untuk jadi kaya dekat rumah Aunty Lia. Tapi sebab kami berdua tak tahu dekat mana air masak dan dekat mana letaknya cawan. Maklumlah rumah sendiri lain dan rumah orang lain.

F.A.N.S.Z. Sahabat SelamanyaWhere stories live. Discover now