BAB 2

121 7 2
                                    

Eh!! Kenapa asyik same je ni!! Aq amik tepung gandum tadi dia amik. Aku nak amik susu pun dia amik susu. Dia ni saje ke ape ni!! Dahlah aku rebut amik biskut chipsmore dengan dia tadi.. Aduh!! Dia tak nak lepas pula tu chipsmore tu. Aq baru teringin nak makan biskut tu.. Tak apelh.. Rezeki kau tak de untuk makan biskut tu hari ni Hani. Hari lain nanti kau akan dapat..

Hani ke kaunter pembayaran selepas selesai membeli barang-barang yang ingin digunakan untuk minum petang ini. Dua kaunter pembayaran ni penuh dengan oranglah pula.. Kena tunggu sekejap. Eh! Aku baru ingat nak beli buah jambu batu. Boleh buat jus malam nanti.

Hani ke tempat buah-buahan segar dijual. Dengan mata yang bersinar-sinar. Hani ke tempat jual buah jambu batu itu. Tiba saje di situ, ada orang yang lebih pantas darinya sudah mengambil buah tersebut. Hani tercengang *0*. Orang tersebut segera berlalu pergi selepas mengambil buah tersebut.

"Hei! Awak tak nampak ke saya nak ambil tadi buah tu." Kata Hani pada orang tersebut.

Orang tersebut masih lagi berlalu pergi tanpa memandang ke belakang. Hani mula rase hilang sabar. Hani ke lelaki tersebut dan menarik baju lelaki itu supaya berhenti. Lelaki tersebut memaling memandang Hani dengan pelik.

"Awak tak nampak ke saya nak ambil buah jambu batu tu." Kata Hani apabila lelaki itu memandangnya.

"Huh?.." lelaki tersebut membuka hood yang dipakainya dan mencabut earphone di telinganya.

Alamak! Dia ni.... Dia ni..... Ini salah aku juga.. Dahlah tak tengok dulu dia ni sapa. Lepas tu, tak perhatikan betul-betul kenapa dia ni tak jawab soalan aku. Aduh!! Malunya aku.. Macam mana aku nak cover muka ni. Tak apelah. Berlagak tenang sekejap selagi boleh.

"Ye saya. Kenapa cik tahan saya?" Tegur lelaki itu sambil tangannya di baju hoodienya itu.

"Err¤_¤... Kenapa awak amik buah jambu batu tu sedangakan saya baru nak amik tau tak.." Kata Hani masih berlagak tenang.

"Ouwh yeke.. Maaflah ye.. Saya tak perasan. Tapi saya tak nak bagi buah ni dekat cik. Sebab buah ni saya dah amik. Lagipun cik tak perlu tahan saya sebab dekat tempat buah tu ada banyak lagi buah yang cik boleh amik." Kata lelaki tersebut selamba namun tidak dapat melihat mulutnya kerana ditutup oleh baju hoodienya.

Selesai sahaja berkata sedemikian, lelaki tersebut segera menghilangkan diri ke kaunter pembayaran. Lelaki tersebut keluar tanpa sebarang rasa bersalah pun. Ee!! Malunya...>\\\\\< kenapalah lelaki ni pandai menjawab. Kalau tak dah lama aku menang lawan mulut tadi. Ini tak. Aku yang makin terkena adalah.

Farhani membuat pembayaran di kaunter apabila selesai mengambil buah jambu batu itu. Ketika,keluar daripada kedai, barangnya telah dirampas oleh seseorang dan orang tersebut terus berlalu pergi.. Hani begitu terkejut dengan kejadian yang berlaku itu o-o. Hani degera mengejar orang tersebut dengan agak takut-takut kerana cara pemakaiannya seperti perompak je. Pakai mask,cermin mata hitam dan hoodie.

Hani mengikut orang tersebut sehingga tiba di suatu kereta mercedes hitam yang sangat cantik. Hani tergamam seketika
(0-0).

Orang tersebut segera menekup mulut Hani dengan sehelai kain tanpa Hani sedari kehadirannya dripada belakang sebelum memasukkannya di dalam kereta dan mengunci pintu di dalam kereta.

"Apa yang awak nak buat dengan saya ni!" Jerit Hani gelabah.

"Awak tak perlulah jerit. Saya hanya nak hantar awak balik ke rumah je." Kata lelaki tersebut.

"eh?"

"Saya Nizam. Kawan kepada Zikri. Saya buat macam tu dekat awak tadi sebab tak nak awak menjerit dekat luar tu. Nanti orang fikir saya ni apa pula karang." Kata Nizam dengan jujur.

F.A.N.S.Z. Sahabat SelamanyaWhere stories live. Discover now