'Mahu menjerit je rasa bila teringat benda yang jadi tadi. Dia pun dah tak nak pandang aku. Dia marah ke.. err.. macam mana ni.. tolonglah jangan marah dan jangan benci aku hanya sebab tadi. aku tahu aku cuai. Itu pun sebab aku gelabah bukan sebab apa pun.' Kata salah seorang dari kami berlima di dalam hati.
Flashback
Zaahidah's part
Alamak!! Tidak!! Macam mana aku boleh langgar dia.. Eh sekejap. Dia yang langgar aku tadi jadi bukan salah akulah kan. Tapi, aku dah buat baju dia kotor.
Zikri memandang baju berwarna hitamnya yang penuh dengan keju leleh. Zikri memandang muka Zaahidah dengan pandangan yang biasa-biasa. Dia hanya memberi isyarat dengan menggunakan tangan sahaja. Tangannya tunjuk ke arah bajunya manakala mata tetap tidak lepas memandang muka Zaahidah yang pucat lesi tak berdarah tu.
"Ma-Maafkan saya.. Sa-Saya tak sengaja terlanggar awak tadi." Zaahidah mula meletakkan dulang di atas meja berhampiran dan berlalu ke dapur untuk mengambil kain dan air.
Zaahidah tiba semula ke arah Ain dan Hani dengan membawa semangkuk air dan sehelai kain putih yang bersih.Zaahidah berjalan ke arah Ain dan Hani dalam keadaan gelabah dan tanpa mengesan apa-apa. Zaahidah tidak sengaja tersungkur dan menyebabkan air yang berada di dalam mangkuk itu terkena pada Zikri.
Habis basah lecun Zikri. Dah dua kali pula tu malang menimpa. Kesian kau Zikri. Harap tabah ye.
Ain dan Hani hampir ternganga melihat kejadian yang tak di agak itu. Zaahidah yang selamat daripada tersungkur tu mula gelabah lagi.
Aduh!! Mampus aku macam ni. Dahlah aku buat baju dia kotor. Sekarang ni aku tambah lagi dengan air dekat muka dan baju dia. Mahu dia hilang sabar dengan aku ni.
Zaahidah melihat segala pergerakkan Zikri tanpa banyak bunyi dan mula merasa kurang senang dengan keadaan yang terjadi. Zikri menyapu mukanya yang basah menggunakan kain yang diambil oleh Zaahidah. Muka Zikri seperti tadi masih dalam keadaan biasa-biasa.
"A-Awak.. S-saya betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja tadi. Saya hanya berjalan je tadi tapi tadi saya tersepak kaki sendiri jadi tersungkur dan saya.." Belum sempat Zaahidah menghabiskan ayatnya, zikri sudah mengangkat tangan menandakan yang dia tidak ingin dengar apa-apa penjelasan.
Zikri mula mengangkat kaki untuk beredar daripada dapur. Zaahidah cepat-cepat menangkap lengan baju Zikri supaya berhenti berjalan.
"Saya minta maaf." Zaahidah sempat mengucapkan maaf sebelum Zikri mengangguk dan berlalu pergi ke atas.
"Zaahidah. kau okay tak?" Hani mula bertanya akan keadaan Zaahidah selepas hilangnya bayangan Zikri.
"Aku okay tapi..." Zaahidah kasih risau dengan apa yang terjadi.
"Bersabarlah,Zaahidah. Nanti kau cuba minta maaf untuk kali ke-3 dengan dia." Kata Ain untuk menenangkan sikit perasaan risau yang bertandang di hati Zaahidah.
"Tapi .. kalau dia tak nak maafkan aku??" Zaahidah masih risau.
"Dahlah,Zaahidah. Jangan fikir lagi. Jom pergi potong kek lagi dan ke taman." Ajak Hani.
Zaahidah hanya mengikut sahaja apa yang Hani suruh. Kami tiba ke taman setelah 10 minit di dapur tadi. Setibanya kaki di situ, Zikri pun muncul semula dengan berbaju t-shirt merah
YOU ARE READING
F.A.N.S.Z. Sahabat Selamanya
FanfictionMengisahkan lima orang sahabat iaitu Farhani,Ain,Fatin,Suraya dan Zaahidah termasuk juga dengan kawan baik mereka yang lain iaitu Nurin dan Adriana. Mereka berkawan sejak berumur 13 tahun lagi. Dan kini mereka kawan paling rapat dan jarang bergaduh...