Suraya's part
Chirp! Chirp!
Suraya terjaga daripada tidurnya apabila terdengar bunyi kicauan burung. Suraya mula bangun dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Maklumlah nak bangun solat subuh tak boleh. Tengah bendera merah katakan.
Selesai membersihkan diri, Suraya menuju ke dapur untuk menjenguk Ain yang tengah sibuk menyediakan sarapan pagi. Suraya tersengih sedikit apabila Ain tidak perasan akan kehadirannya di dapur. Lalu, Suraya datang dekat ke arah Ain untuk menyergahnya.
"Selamat pagi,Ain!" Sergah Suraya.
"Mak kau pagi!" Ain melatah.
"Mak aku pagi?? Ahahahah.." Suraya ketawa apabila terdengar Ain melatah.
"Ish! Jahatlah kau ni. Karang aki tak masak untuk sarapan baru kau tau." Ain mengugut.
"Aku minta maaf ya sahabat karib ku.. Aku saja je nak kacau kau pagi-pagi macam ni. Biar meriah sikit. Tak adalah sepi sangat macam tak ada orang dekat rumah ni." Suraya berkata sambil mengambil tempat duduk di meja makan.
"Hmm.. Yelah.." Ain menyambung kerjanya semula.
"Ain.. Err.. Aku nak tanya sesuatu boleh tak?" Suraya bertanya.
"Tanyalah,Suraya. Aku tak halang pun."
"Em.. Sebelum ni aku ada terjatuh ke?" Suraya bertanya soalan yang tidak dijangka.
"Asal tiba-tiba je kau tanya soalan macam tu?" Ain pelik.
"Ish.. Jawab jelah.. Aku ada jatuh ke tidak sebelum aku hilang ingatan dulu."
"Emm.. Kalau tak silap aku.. Masa sekolah menenggah dulu aku tak pernah nampak lagi kau jatuh macam kerang busuk.."
"Ain! Aku tengah serius ni. Kau boleh main-main pula."
"Ok-ok.. Aku serius.."
Ain diam sejenak. Lama Ain mendiamkan diri sambil membasuh pinggan mangkuk. Tiba-tiba...
"Ha! Aku teringat satu kejadian ni!" Ain teruja.
"Apa dia?"
"Aku ingat lagi...Masa tu Uni kita ada buat camping dekat satu tempat ni. Aku tak ingat tempat apa. Jadi, kita ada pergi satu hiking dengan bahagian perusahawanan. Masa tu kau gaduh dengan Firash sebab apa entah.. Aku dengan kau paling atas sekali masa pergi hiking dan kita dua tinggalkan yang lain dekat belakang."
"And....?" Suraya teringin tahu.
"And.. That time when you feel exhausted you still want to hiking even more and you sprine your ankle. Masa tulah kau jatuh macam budak kecik. Jatuh terduduk. Nasib baik tak de benda buruk berlaku." Kata Ain menghabiskan ceritanya.
"Ohh... Patutlah aku macam teringat ada hutan." Kata Suraya.
"Kau ada ingat apa-apa ke?!" Ain terkejut.
"Itu jelah yang aku ingat sikit. Tapi, yang lain masih aku tak ingat.."
"Oh.. Tak pe.. Aku tak paksa kau ingat semua benda sekali gus pun. Karang terseksa kau dibuatnya." Ain meletakkan mi goreng yang disiap masak di atas meja.
"Em.. Lepas aku terseliuh tu kan.. Siapa yang tolong aku? Kau?" Suraya masih ingin tahu lebih lanjut.
"Aku nak angkat kau.. Hum.. Memang jawabnya satu hari nanti aku terlantar dekat hospital lah jawabnya sebab pinggang aku ada masalah sebab angkat balak." Ain bergurau.
"Cheh! Tak guna."
"Ahaha.. Tak adalah.. Sebenarnya yang angkat kau masa tu Firash. Dia ada dekat-dekat dengan kita masa kau jatuh tu. Dia dukung kau wey! How sweet!" Ain menjeling Suraya sedikit.
YOU ARE READING
F.A.N.S.Z. Sahabat Selamanya
أدب الهواةMengisahkan lima orang sahabat iaitu Farhani,Ain,Fatin,Suraya dan Zaahidah termasuk juga dengan kawan baik mereka yang lain iaitu Nurin dan Adriana. Mereka berkawan sejak berumur 13 tahun lagi. Dan kini mereka kawan paling rapat dan jarang bergaduh...