Setelah selesai majlis bertunang siang tadi,kini status Isya bertukar menjadi 'tunang Faiq'.Dia redha.Kalau dia jodoh Isya datanglah berapa banyak rintangan,pasti mereka akan bersatu jua suatu hari nanti.Tapi jika dia bukan jodohnya dia juga akan redha.
"Happy lah kau kan jadi tunang orang?"Perli Alia dengan tiba-tiba selepas kakinya melangkah masuk kedalam bilik Isya.Isya buat-buat tidak dengar.Cincin tunang dijari dipandang lama dengan harapan Cincin itu akan kekal dijarinya hingga majlis perkahwinan yang ditetapkan.
"Nasib kau dapat Abang dia.Kalau adik dia,matilah kau kena cincang dengan aku."Isya menelan air liurnya apabila mendengar kata-kata Aliya.Aliya kalau bercakap memang dia buat.Begitulah perangai Aliya.
"Tapi kalau nak fikir logik,takkanlah Firash punya test macam kau kan?Murah!"Kata Aliya sambil tersenyum sinis.Sudah bernanah dia mendengar kata-kata hinaan yang keluar daripada mulut kakaknya tetapi dia tetap bersabar.Itulah yang diajar oleh ayahnya daripada kecil.
"Aku murah? Kau?Mahal sangat ke harga diri kau tu sampaikan hanya lelaki kaya je yang boleh beli harga diri kau tu?"Kata Isya sambil tersenyum sinis.Air muka Aliya terus berubah.Malu dengan dirinya sendiri.Nak sahaja dia menampar mulut adiknya,tetapi jika difikirkan dia mungkin akan kena lagi dia terus beredar daripada bilik Isya.
Iphone di atas meja dengan tiba-tiba berbunyi diminta untuk diangkat.Isya terus melangkah mendekati Iphone nya lalu menjawab panggilan daripada Faiq itu.
"Hai fiancee."Tanpa salam,Faiq terus menyapa tunangnya itu.Dengan riak suara Faiq,Isya tahu tunangnya itu sedang gembira.Gila tak gembira kalau tunang.Itu belum lagi kahwin,jika kahwin entah bagaimana reaksi Faiq agaknya.
"Waalaikumusalam."Faiq malu sendiri apabila diperli sebegitu oleh Isya.Masing-masing senyap sehinggalah Faiq memulakan kembali perbualan mereka.
"Terima kasih Isya."
"Terima kasih?Untuk?"
"Terima kasih Sebab sudi terima saya.Saya tahu awak terpaksa."Kata Faiq penuh makna dan diakhiri dengan suara yang pasrah.Dia tahu Isya,masih lagi tidak boleh menerimanya.Tetapi dia berjanji dengan dirinya sendiri untuk memastikan Isya jatuh cinta dengannya.
"Mana ada saya terpaksa.Saya ikhlas lah.Lagipun mungkin dah sampai jodoh saya.Nak buat macam Mana.Ya lah,orang tu pun macam tak sabar-sabar je."Perli Isya sambil tergelak kecil.Faiq juga tersenyum mendengar usikkan daripada bakal isterinya itu.
"Awak dah bersedia nak jadi isteri saya?"
"Insyaallah.Faiq,saya nak Awak janji dengan saya boleh?"
"Janji apa sayang?"Bagai nak tercabut jantung Isya dibuatnya apabila mendengar Faiq memanggilnya 'sayang'.
"Janji yang cincin tunang ni akan kekal sampai tarikh kahwin kita.Boleh?"Faiq tersenyum bahagia.Sekarang ini dia pasti,Isya betul-betul sudah sedia untuk menjadi permaisuru didalam hatinya.
"Saya janji."
"Dah pukul 10 lah.Esok saya ada kelas.Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam.Isya!"Nyaris-Nyaris sahaja Isya ingin menutup panggilan daripada tunangnya itu.Selepas mendengar Faiq memanggilnya,dia terus membiarkan Faiq meneruskan ayatnya.
"I love you."Sekali lagi,Isya tersenyum apabila lafaz penuh makna Faiq didengarnya.Dia terus menutup panggilan itu lalu terbaring sambil tersenyum.
"I love you too."
Tinggal 2 minggu lagi masa Isya sebagai tunang Faiq.Selepas ini statusnya terus bertukar menjadi 'Hak Milik Faiq'.Mulanya,memang semua terkejut mendengar berita tentang Isya yang hendak bernikah 2 minggu lagi.Termasuklah dengan Hana.Memang tak percaya.Tetapi jodoh.Nak elak?
![](https://img.wattpad.com/cover/71122071-288-k332397.jpg)
YOU ARE READING
Encik Playboy
RomanceHanya kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia ialah Playboy Malaya yang sejati,dia menerima cabaran seorang rakannya untuk mempermainkan salah seorang gadis yang dipilih. Semuanya telah diatur semata-mata ingin membuktikan yang dia...