Hari berganti hari membuatkan Firash mula berminat dengan budi pekerti Isya yang suci itu.Makin dikejar,makin Isya melarikan diri.Isya juga sudah janji pada dirinya yang dia tidak akan jatuh cinta sama sekali dengan lelaki yang playboy seperti Firash.Playboy?Banyak cara untuk dapatkan perempuan yang mereka mahu.Tetapi bagi yang senang tergoda,petik jari sahaja sudah muncul dihadapan mata.Tetapi Isya lain.Selepas Faiq meninggalkannya,dia semakin tidak mempercayai lelaki.
"Isya,jom kahwin."Dengan tidak semena-mena Firash mengajak Isya mendirikan rumahtangga.Isya membulatkan mata tidak percaya dengan kata-kata Firash.Senang sungguh Mamat Playboy ni.
"Tak kelakarlah."Jawab Isya hambar cuba untuk menutup segala keresahan dihatinya.Entah kenapa,jantungnya berdegup kencang apabila mendengar perkataan 'kahwin'.Mungkin kerana dia takut ataupun mungkin juga dia teringat akan janji-janji Faiq kepadanya.
"Saya tak buat kelakar.I'm serious Isya."Muka Firash betul-betul serius saat ini.Isya perasaan itu.Tetapi baginya,Playboy pandai berlakon.
"Saya tak nak dan TAK AKAN kahwin dengan awak. "Kata Isya sambil menekankan perkataan 'tak akan' itu.Muka Irfan dan Muaz sudahpun mahu tergelak apabila lamaran Firash ditolak sekeras-kerasnya.First time kot perempuan tolak lamaran Firash Aideen ni.Siapa sahaja yang tidak mahu dengan Firash?Muka ada rupa,sudah itu kaya pula.
"Okay.Kalau macamtu sampai tua lah awak macamni.Nak jadi anak dara tua agaknya awak ni."Kata Firash sambil tersenyum mengejek Isya.
"Kenapa pulak?"
"Sebab awak jodoh yang ditetapkan untuk saya.Saya yakin awak jodoh saya."
"Hana.Jom lah balik.Malas aku melayan dia ni.Gila."Kata Isya sambil menjeling mata Firash.Hana hanya mengikut sahaja tangannya yang ditarik Isya.
"Kau betul ke nak jadikan Isya tu isteri kau?"Tanya Muaz apabila Isya dan Hana jauh meninggalkan mereka bertiga.Irfan juga menunjukkan muka ingin tahu.Inilah kali pertama dia melihat Firash beria-ia.
"Kau rasa?"Balas Firash sambil menunjukkan senyum sinisnya itu.Mengancam!Langkah kakinya juga turut meninggalkan Muaz dan Irfan berdua.
Bermacam-macam cara yang sudah dilakukan oleh Firash untuk memenangi hati gadis itu tetapi semuanya gagal.Walaupun ayat yang diucapkannya itu boleh mencairkan ramai gadis tetapi bukan Isya.
"Weh,dekat dunia ni tak ada ke ubat untuk buat Isya tu terima aku?Dia tu kan....Erghhh!!"Kata Firash dengan emo nya.Muaz dan Irfan memandang satu sama lain.Serius betul Mamat playboy ni.
"Kau gila ke Firash?Mana wujud bodoh!"
"Suka hatilah.Selagi aku tak dapat apa yang aku nak,aku tak akan mengalah.Isya milik aku."Kata Firash sambil menghirup air tin yang diatas meja biliknya itu.
Memang selalu setiap kali hujung minggu ataupun tiada kelas,tempat mereka melepak ialah dibilik Firash.Memandangkan ibu bapa Firash juga sibuk dengan kerjaya masing-masing jadi siapa lagi yang dia mahu berhubung?
"Tapikan aku peliklah dengan dia tu,kenapa dia tolak keras-keras lamaran kau?"Tanya Irfan sambil meletakkan jari didagunya.
"Sebab abang aku.Dia masih tak boleh lupakan Faiq.Entah apalah yang Bagus sangat Faiq tu.Kalau nak dibandingkan,aku 2 kali ganda lagi handsome."
"Bukan sebab handsome doe tapi sebab Faiq tu ibarat malaikat tapi kau?Ibarat syaitan tau tak?HAHAHAHA"Akhirnya meletus juga tawa Irfan mengenakan sahabatnya itu.
Memang tidak dinafikan,Irfan sendiri melihat Faiq menjadi tenang dan merasa ingin insaf.Tetapi itu hanyalah sekejap sebelum dia ber'sama' dengan Firash.Bagaikan Faiq membawa aura positif.
YOU ARE READING
Encik Playboy
Roman d'amourHanya kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia ialah Playboy Malaya yang sejati,dia menerima cabaran seorang rakannya untuk mempermainkan salah seorang gadis yang dipilih. Semuanya telah diatur semata-mata ingin membuktikan yang dia...