Isya mula berasa bosan apabila cuti sebegini Firash masih lagi membuta.Dia mula tidak tahu hendak buat apa.Mahu mengacau Firash,kesian pula melihat suaminya yang seperti keletihan itu.Tiba-tiba dia terpandang pokok bunga diluar rumahnya.Baik siram pokok bunga.Fikirnya sendiri.
Getah paip itu ditekan supaya air yang mengalir sedikit laju.Sedang 'mood'nya baik datang pula Yani mengacau ketenteraman hidupnya.Tidak tahulah mengapa sejak pertama kali dia melihat Yani,dia seperti tidak puas hati dengan gadis itu.Mungkin wajah Yani seperti perempuan gatal dan dia juga takut Yani akan merampas Firash daripadanya.
"Kau nak apa?"Tanya Isya mengawal dingin didalam dirinya.Wajah Yani tidak dipandangnya malah dia meneruskan aktiviti menyiram pokok bunganya.
Aduh!Boleh pula aku lupa kunci pintu pagar.Desisnya sendiri apabila melihat pagar rumahnya yang tidak dikunci itu.Patutlah selamba sahaja Yani masuk tampa salam pula tu.
"Erm,aku nak cakap ni pun rasa serba salah.Tapi tak salah rasanya kalau aku jujur dengan kau."Kata Yani sambil mendekatkan sedikit dirinya dengan Isya.Isya hanya senyap supaya Yani meneruskan kata-katanya.
"Aku sebenarnya dah jatuh cinta dengan suami kau lepas dia tolong aku haritu.Jadi... Kau boleh tak izinkan aku kahwin dengan Firash dan sekaligus aku jadi madu kau?"Jelas Yani.Hati Isya remuk mendengar penjelasan Yani tentang perasaanya.Dalam banyak-banyak lelaki kenapa Firash juga yang menjadi pilihan hati Yani ini.
Dengan automatik tangannya menampar pipi gebu Yani.Tidak sampai beberapa saat pipi Yani merona merah akibat tamparan daripada Isya tadi.Isya juga tidak sangka mengapa tangannya dengan laju menampar Yani ,mungkin dia takut kehilangan Firash dan itu adalah amaran pertama dan terakhir buat Yani.
"Aku tak fahamlah dengan perempuan zaman sekarang ni.Macam tak ada lelaki lain sahaja,sampaikan suami orang pun nak kebas."Kata Isya keras sambil memandang tajam kedalam mata Yani yang masih lagi memegang pipinya yang merah ditampar oleh Isya sebentar tadi.
"Apa bising-bising ni sayang?Abang nak tidur pun tak lena."Dua-dua menoleh kearah datangnya suara itu.Firash yang baru sahaja bangun apabila mendengar bising-bising diluar terus keluar mencari isterinya.Dia mengenyeh-ngeyehkan matanya untuk melihat dengan jelas.Biasalah baru bangun daripada tidur memanglah pandangan samar-samar sahaja.
"Isteri you ni main tampar je I.Sakit pipi I."Ngadu Yani.Kakinya terus mendekati Firash lalu memegang badan Firash daripada belakang.Makin sakit hatilah Isya dibuatnya apabila suaminya juga tidak mengelak daripada gadis gatal itu.
"Kenapa sayang tampar dia?"Tanya Firash tegas tetapi ada senyuman yang hadir pada bibir Firash.Dia tahu pasti Yani ada membuat Isya tidak senang dengan kata-katanya.Boleh tahan juga marah Isya.
"Ishh!"Dengus Isya geram.Getah paip ditangan digunakan sebaik-baiknya.Dia terus menyembur Firash dan juga Yani dengan air itu.Firash lah yang basah kuyup kerana dia dihadapan sekali.
Getah paip itu dihempas ke tanah lalu dia melangkah masuk kedalam rumah.Ikutkan hati mahu sahaja dia kerat 14 Si Yani itu.Tampar sikit dah main peluk-peluk dengan Firash!Desisnya sendiri.
"You buat apa dengan Isya sampai Isya boleh tampar you?"Tanya Firash ingin mengetahui kisah sebenar.Bajunya yang melekap dibadannya ditarik apabila mata Yani tidak habis-habis memandang kesan sixpack dibajunya.Dia sedikit tidak selesa apabila gadis dihadapannya itu memandangnya tidak berkelip.
"I tak buat apa pun.I cuma minta izin dengan dia je."
"Izin apa?"
"Izin untuk kahwin dengan you."Jawab Yani selamba.Firash terkejut mendengar penjelasan daripada Yani.
"Gila berani minah ni.Memang patut pun kena dengan Isya."Bisiknya sendiri.
![](https://img.wattpad.com/cover/71122071-288-k332397.jpg)
YOU ARE READING
Encik Playboy
RomansaHanya kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia ialah Playboy Malaya yang sejati,dia menerima cabaran seorang rakannya untuk mempermainkan salah seorang gadis yang dipilih. Semuanya telah diatur semata-mata ingin membuktikan yang dia...