Buat pertama kalinya Firash dan Isya berangkat ke kelas bersama-sama sebagai suami isteri.Bagi Firash,tiada apa yang perlu dirisaukan untuk kembali ke kelas sebagai gelaran suami kepada Auffa Aliesya,tetapi bagi Isya dia sangatlah risau kerana dia sedar suaminya adalah pelajar yang hot dan juga popular berbanding dengan dirinya.Pasti ada sahaja yang iri hati dengannya nanti.
"Don't worry.Tak ada siapa yang dapat curi hati saya lagi lepasni.Trust me."Kata Firash sambil memegang tangan Isya.Isya masih lagi mempamerkan riak wajah risau apabila dia melihat 'fans' Firash sudahpun menanti tidak jauh daripada tempat parking keretanya.
"Hati saya ni,hanya untuk Auffa Aliesya.Tak ada siapa dah yang dapat masuk dalam ni,sebab saya dah kunci awak dalam hati saya."Kata Firash.Tangan Isya yang berada didalam peganggan tangannya dibawa kedadanya.
Isya melepaskan tangannya daripada dada Firash apabila dia dapat merasakan degupan jantung Firash dan degupan jantungnya serentak berdegup.Isya hanya tersenyum sahaja lalu melemparkan pandangannya keluar.
Kakinya terus melangkah keluar daripada kereta lalu perlahan-lahan dia mara kehadapan.'Fans' Firash terus datang menyerang Isya dengan tiba-tiba.Isya sudahpun agak dengan apa yang akan terjadi.Suami hot mestilah isteri kena tabah sedikit.
Perempuan-perempuan itu terus melulu kearah Isya dengan riak wajah yang menyeramkan.Perlahan-lahan Isya kebelakang apabila mereka makin mendekati Isya.Takut juga Isya dibuatnya.Kalau ada antara mereka yang pegang pisau sebab terlampau cintakan Firash macam mana?Tak mati Isya!
"Ehem."Firash berdehem sedikit lalu kakinya melangkah ke arah isterinya lalu tangan Isya digenggam erat.Masing-masing protes tidak puas hati dengan tindakan Firash yang memegang tangan Isya.
"I bagi amaran,jangan sesekali sentuh dia.Walaupun sikit,korang tahulah apa yang jadi."Kata Firash memberi amaran kepada perempuan-perempuan dihadapannya itu.Masing-masing menjeling mata Isya tajam apabila Firash beria hendak melindungi Isya.
"Ishh!Apa yang lebihnya perempuan ni you?Kitorang lagi cantik and sexy daripada perempuan ni!"Protes salah seorang perempuan diantara mereka.Kata-kata perempuan itu dipersetujui oleh yang lain.Isya hanya senyap dan membiarkan suaminya membela dirinya.
"Tak ada apa-apa pun yang istimewa pada diri dia.Tapi hati dia yang membuatkan dia istimewa dimata I."Kata Firash lalu mengucup lembut tangan isterinya.Isya dan Firash masing-masing membalas pandangan. Semua sudah tercenggang melihat Firash mencium tangan Isya.
Tangan gadis itu ditarik lalu dibawa jauh daripada kumpulan 'fans' Firash tadi.Setelah yakin dirinya jauh daripada perempuan-perempuan itu,Isya terus melepaskan tangannya daripada tangan Firash.
"Ramainya."Kata Isya sepatah sambil tersenyum sinis dan terus berlalu meninggalkan Firash seorang diri disitu.Kakinya terus melangkah ke kelas terlebih dahulu sebelum Firash.Dia tidak mahulah,sebab dia sudah jadi isteri kepada Firash dia harus berkepik dengan suaminya 24 jam.
Selangkah sahaja dia melangkah masuk kedalam bilik kuliahnya,semua mata-mata memandang dirinya atas bawah seperti dia ada buat silap yang besar.Baru dia teringat sekarang ini berita tentang perkahwinannya dengan Firash sudahpun tersebar luas.Tidak peliklah dimana sahaja dia berada orang memandangnya.Siapa tidak cemburu dengan Isya,sudahlah kahwin dengan Firash, anak kepada Datuk Amier.Pasti ada sahaja yang iri hati.
Firash masuk kedalam bilik kuliah itu lalu melihat keadaan yang berlaku sekarang,dia terus menarik tangan isterinya lalu melangkah ke mejanya.Isya hanya mengikut sahaja memandangkan dia juga tidak selesa melihat pandangan kawan-kawannya.
"Pelik sangat ke dia jadi isteri aku?"Tanya Firash perlahan kepada Irfan disebelahnya.Mata Irfan masih lagi tepat memandang wajah manis Isya.
"Sudahlah tu.Isteri aku tu weh.Tak akan nak jugak."Marah Firash lalu tangannya automatik memukul bahu Irfan.
YOU ARE READING
Encik Playboy
RomanceHanya kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia ialah Playboy Malaya yang sejati,dia menerima cabaran seorang rakannya untuk mempermainkan salah seorang gadis yang dipilih. Semuanya telah diatur semata-mata ingin membuktikan yang dia...