Entah buat kali ke berapa jam ditangan dilihatnya.Sudah lebih 10 minit dia menunggu seseorang di sini.Batang hidung lelaki itu pun belum kelihatan.Dia mula berputus asa menunggu lelaki itu.
"Wehh sorry sangat-sangat.Kereta aku rosak tadi.Sorry sangat-sangat."Tercungap-cungap lelaki itu mendapatkan Isya yang sudah mula bosan menunggu.
"Kereta rosak ke kau yang rosak?Nasib aku tak balik lagi kau tau!"Marah Isya merenung tajam mata Muaz dihadapannya.
"Duduklah."Pelawa Isya memandang ruang disebelahnya yang kosong.
"Sebelah kau?"
"Dah tu kau nak duduk bawah?"Perli Isya.Dia ingat dekat restoran ke apa?Ni tamanlah weh!
Muaz tersengih lalu dia terus duduk disebelah Isya.Dia tahu Isya pasti ada masalah melihatkan wajahnya yang pucat lesu sahaja.
"Aku nak minta tolong dengan kau.Kau duduk serumah dengan Irfan kan?Kau tau apa-apa tak pasal dia?"
"Yang aku tahulah Irfan dengan madu kau tu kawan lama.Tapi aku tak pastilah kawan lama atau 'barang lama'."Jawab Muaz memberitahu Isya.Kawan lama?Isya lansung tidak percaya semua itu.Pasti ada benda tidak kena dengan mereka berdua.
"Lagi?"
"Hermm lagi satu ada satu haritu dia balik dengan lebam teruk kat muka kau tau?Serius ar bukan lebam kena tumbuk biasa.Aku rasa dia kena belasah."
"Apa kaitan Irfan dengan Yani?Aku tak faham betul lah.Aku syak Yani ni perempuan simpanan Irfan ah.Kalau kau tau apa-apa please bagitahu aku."
**
Yani sedikit cemburu dengan layanan mesra Datin Hanim kepada Isya.Apa yang Isya lakukan pasti mendapat pujian daripada Datin Hanim.Entah apalah yang Datin Hanim tidak suka dengannya.
Hari ini dia mahu membuktikan kepada Datin Hanim dia juga seperti Isya yang boleh diharapkan.Tanpa dibantu oleh seorang pun pembantu rumah,Yani memulakan masakannya.Harap-haraplah kali ini dia berhasil mengambil hati ibu mertuanya itu.
Isya dan Faiq serentak keluar daripada bilik masing-masing apabila bau wangian masakan Yani mula memenuhi ruang rumah ituu.Isya tergelak kecil melihat Faiq mengenyeh matanya yang termasuk habuk.Macam budak kecik pun ada.
"Awak ni lain kali bilik tu kemas.Kan mata tu dah masuk habuk."Bebel Isya sambil kakinya melangkah ke arah Faiq yang masih lagi mengenyeh matanya.
Isya menjengket kakinya untuk menyamai tinggi Faiq.Tangan Faiq diturunkan sementara mulutnya meniup mata Faiq yang cantik itu.Degupan jantung kedua-duanya berdegup laju.Apakah perasaan lama Isya terhadap Faiq kian mekar kembali?Bagaimana pula perasaannya kepada suaminya yang sah itu?Adakah masih ada lagi cinta itu setelah dia dituduh mencuri oleh suaminya sendiri?
"Ehermm."Faiq dan Isya masing-masing menjarakkan kedudukannya apabila mendengar suara seseorang berdehem.
"Abang nak cakap sikit dengan Sya."Kata Firash sambil memandang tepat ke arah mata Faiq seperti menyuruh Faiq meninggalkan mereka berdua.
"Perlu ke?"Sinis Isya menjawab.Matanya menjeling tajam mata suaminya lalu langkah kakinya turun menuruni anak tangga yang membawanya turun.
"Apa yang kau dah hasut isteri aku sampai dia kurang ajar dengan aku?"Tanya Firash dengan suara yang sedikit meninggi.Faiq tergelak kecil mendengar pertanyaan daripada adiknya itu.Kenapa dia yang perlu jawab soalan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya.?
"Sepatutnya kau yang patut tanya diri kau apa yang kau dah buat sampaikan dia dah hilang rasa hormat dekat kau."
"Ouh lagi satu.Jangan lupa tanya diri kau sekali lagi macam mana kau layan dia sebelum ni."Sambung Faiq lagi memerli Firash yang senyap memikirkan kata-kata abangnya itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Encik Playboy
Roman d'amourHanya kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia ialah Playboy Malaya yang sejati,dia menerima cabaran seorang rakannya untuk mempermainkan salah seorang gadis yang dipilih. Semuanya telah diatur semata-mata ingin membuktikan yang dia...
