Yang ni chapter 25 yang saye publish balik sebab yg hari tu publish separuh je.. Geram gilee bilee watpadd buat hal macamni!!!So,ni ade sambungan yg bawah keyh..Saye pun baru tahu.. Sorry...Tp saye tahu ade yg wp die bab 25 sampai abes tp ade setengah xsampai habes..Jadi yg sekerat tu bleyh bace semula.
.
.
.
Apabila berada dihadapan Isya,Firash terus mencempung tubuh Yani untuk memantapkan lagi lakonan mesra antara mereka.Yani tidak pula memberontak malah dia senang bila dapat cemburukan Isya seperti ini.Mereka bergelak tawa sambil tangan Yani kemas memeluk tubuh suaminya.Isya melarikan pandangannya daripada melihat kemesraan antara mereka.Kalaulah dia berada ditempat Yani sekarang ini,mungkin dialah insan yang paling bahagia kerana sentiasa berada disamping yang tersayang.
"Abang,malam ni malam jumaat.Boleh tak Yani nak...…"Ujar Yani dengam suara meleret sambil matanya menjeling memandang reaksi wajah Isya yang tiba-tiba berubah.
"Nakal sayang ni."Kata Firash sambil meletakkan Yani berdiri.Yani hanya tersenyum sahaja.
"Kau nak pergi mana?Tak kanlah dah tak kuat nak tengok kitorang mesra macamni kot.Jealous ke?"Perli Firash sengaja mahu menyakiti hati Isya apabila Isya cuba untuk melarikan diri daripada melihat kemesraan itu.
"Jealous?Buat apa Sya jealous?Abang dengan Yani kan dah HALAL.Lainlah kalau HARAM."Jawab Isya cuba untuk menyembunyikan perasaan itu.Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan seorang isteri bila melihat suaminya bermesra dengan perempuan lain.
"Lagipun Sya rasa Faiq dah bagi cukup kasih sayang dia dekat Sya.Sya bahagia dengan dia."Sambung Isya lagi.Sudah tentulah apa yang dikatakan Isya itu cukup mengguris hati Firash sendiri.Yani cuma senyap dan hanya tersenyum apabila mungkin 'perang' seperti mahu bermula saja antara mereka berdua.
"Perlu ke kau tumpang kasih sayang daripada lelaki lain?"Mata Isya dipandang tajam.Kalau boleh mahu sahaja dia bunuh Faiq supaya isteri pertamanya itu tidak akan cakap tentang lelaki itu lagi.Dia sendiri tidak tahu mengapa dia betul 'alah' dengan nama 'Faiq'.
"Itu yang abang nak kan?Abang nak tengok Sya dengan Faiq macam dulu tapi kenapa sampai sekarang abang tak lepaskan Sya pergi?Kenapa Abang kunci Sya dekat sisi abang tapi Sya tak ada guna pun dekat sisi abang?"
Firash senyap apabila topik 'dilepaskan' mula dibahaskan oleh Isya.Topik inilah yang paling tidak digemarinya dalam rumahtangga.Topik inilah yang akan membuat dua hati akan terluka selamanya.
Mata mereka saling berpaut dan merasakan jika masih lagi ada rasa cinta dihati masing-masing.Ya masing-masing masih lagi ada tersimpan perasaan yang sama tetapi kenapa kali ini mereka susah untuk luahkan apa yang sebenarnya tersarang dihati.
"Supriseee!!"Suara itu tiba-tiba menghalang mata mereka daripada terus berpaut.Masing-masing memandang kearah suara itu.Siapa pula perempuan dihadapan mereka bertiga sekarang ini?Tiada salam tapi hanya 'supriseee'.
"Ouh tak suprise ae?"Tanya wanita yang berusia dalam 30 an itu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Tahu dah Mak Su nak datang."Kata Firash kepada wanita dihadapannya itu yang dikenali sebagai 'Mak Su'.Mak Su itu adalah adik bongsu kepada Datuk Amier yang sudah menetap lama di Hong Kong kerana mengikut suaminya bekerja disana.
YOU ARE READING
Encik Playboy
RomantizmHanya kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia ialah Playboy Malaya yang sejati,dia menerima cabaran seorang rakannya untuk mempermainkan salah seorang gadis yang dipilih. Semuanya telah diatur semata-mata ingin membuktikan yang dia...