◆Chapter 35◆

6.9K 174 53
                                        

2 tahun kemudian...

Pen ditangan dipusing-pusing sambil matanya tepat memandang ke arah jam yang melekat di dinding.Setiap saat jarum jam itu berdetik Firash mengira daripada angka 1 sehinggalah angka 10.Seperti biasa bila angka 10 disebut pasti Muaz sudah terpacak dihadapannya.

"Sorry aku lambat.Sorry aku ada hal tadi.Sorry kereta aku buat hal. Sorry nenek aku terberanak.Apa lagi alasan kau kali ni?"Kata Firash terlebih dahulu memerli sahabatnya sebelum sahabatnya itu memberi alasan lain.

"Tak ada alasan."Balas Muaz tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Okay cun!Jom lunch."Ajak Firash.Tangannya pantas mengemas dokumen-dokumen penting syarikat.Pen tadi pula diletakkan disebelah dokumen-dokumen tadi.

"Baik.Saya menurut perintah Encik CEO."Kata Muaz dan membukakan Firash pintu biliknya seperti Firash orang kehormat.

CEO?Yess!Firash Aideen yang sekarang sudahpun berjaya mengendalikan syarikat Pristin yang dulunya dikendalikan oleh Faiq tapi sekarang Faiq sudahpun mengendalikan syarikat lain di Ipoh.Nak tak nak terpaksa jugalah Firash mengikut sahaja kemahuan bapanya dan lihatlah sekarang dia sudahpun menjadi CEO yang berjaya.

Setelah enjin kereta dimatikan,Muaz dan Firash sama-sama keluar daripada kereta milik Firash itu.Mereka berjalan sedikit kehadapan dimana terletak satu cafe yang selalu menjadi tempat lepak mereka berdua sejak setahun lalu kerana 'Cafe Firsyad' itu pun baru bukak setahun lalu.

"Wehhh sekejap!Aku ada tertinggal dompet dalam kereta.Kau pergi dululah."Kata Firash tiba-tiba apabila dia merasakan poket seluarnya kosong sahaja.Muaz mengeluh sedikit tetapi selepas itu dia mengangguk faham.

"Macam biasa kan?"

"Yesss."Langkah kaki terus diatur menuju ke tempat dimana keretanya berada.

Firash tersenyum melihat foto Isya didalam dompetnya apabila dia mencapai dompetnya didalam laci keretanya.Ya dia betul-betul rindukan perempuan itu.Sudah 2 tahun berlalu dan Isya masih lagi tidak boleh maafkan dirinya?2 tahun bukan jangka masa yang pendek.Selama 2 tahun itu dia menahan derita merindui isterinya tetapi dia perlu teruskan hidup juga. Ya jika Isya masih lagi mencintainya pasti Isya akan kembali juga kepadanya.Bagaimanalah rupa anaknya?Anak itu iras wajah siapa?Isya?Ataupun Firash?Dia juga tidak tahu.

Dompet itu dimasukkan kedalam poket seluarnya dan dia terus menutup kembali pintu keretanya.Langkah kaki diatur ke cafe tetapi dia berhenti memberikan laluan kepada seorang perempuan yang hendak keluar daripada situ.

"Yea abang.Sekejap lagi sayang balik."Kata perempuan itu kepada suara yang berada dihujung panggilannya.Perempuan itu cuba menolak pintu itu lebih luas kerana kotak yang diangkatnya sedikit berat kerana isinya buku-buku lama.

Firash menolong membuka pintu itu untuk perempuan itu.Dia tergamam sebentar.Lidahnya rasa kelu untuk berkata apa-apa melihat senyuman perempuan itu kepadanya.

"Opsss."

Kotak yang diangkatnya tiba-tiba jatuh kebawah apabila dia terlanggar Firash.Firash cepat-cepat menolong mengutip semua isi kotak itu,begitu juga dengan perempuan tadi.

"Ha apa?Okay macamni,Abang tinggalkan Fayyan dekat rumah ibu.Nanti sayang datang."Sambung perempuan itu masih lagi bercakap dengan suara yang mungkin suaminya

Kotak itu diberikan semula kepada perempuan itu apabila Firash dan dia selesai mengutip isi didalam kotak itu.Perempuan itu sekali lagi tersenyum sambil menunjukkan kotak kepada Firash sebagai isyarat terima kasih.

Encik PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang