Isya senyap mendengar perbualan Yani dengan seorang lelaki didalam talian.Isya cuba untuk menangkap maksud yang dikatakan oleh Yani dan juga lelaki itu tetapi gagal.Tiada apa pun yang penting,mungkin masalah biasa sahaja.Fikirnya sendiri.
Selangkah Isya ingin meninggalkan Yani yang rancak berbual didalam telefon,telinganya menangkap nama 'Irfan' disebut oleh Yani.Dia kembali mengintai Yani yang berada didalam bilik.Dia lansung tidak perasaan dengan kehadiran Isya didepan pintu biliknya kerana pintu itu tidak ditutup dengan kemas.
"Yea.Nanti I mintak duit tu dekat Irfan.You jangan risau.I tahu apa yang I buat."Kata Yani dengan nada malas apabila lelaki yang menghubunginya sebentar tadi mula membebel tentang duit.
Hidung Isya tiba-tiba sahaja terasa gatal.Dia menekan-nekan hidungnya menahan bersin untuk mengetahui apa lagi rahsia yang disorok Yani.Tidak sampai beberapa saat dia mula bersin sehingga Yani memutuskan panggilan tadi lalu melangkah ke arah pintu.
"Kau buat apa dekat sini?"Tanya Yani mengawal reaksi mukanya.Pada mulanya dia terkejut tetapi dia perlu untuk membuat muka biasa sahaja.
"Tak buat apa-apa.Ingatkan Firash ada dalam ni.Tapi tak ada pulak.Tak apalah,bye."Bohong Isya sambil tersengih.
"Kau ada dengar apa-apa tak?"
"Tak ada.Kecuali nama 'Irfan' "Kata Isya lalu langkah kakinya terus meninggalkan Yani untuk ke bawah.
Otaknya mula mentafsir apa yang dibualkan oleh Yani dan juga kawannya itu.Duit?Irfan?Apa kaitan semua itu?
**
Tiba-tiba sahaja hati lembut Isya mula merindui Puan Aisyah.Terbayang-bayang masa gembira bersama dengan wanita tu itu.Sudah lama rasanya dia tidak pulang menjenguk orang tua itu.Makin rindu rasanya apabila melihat Faiq dan Datin Hanim sedang bergurau senda.Isya menoleh ke belakang apabila pinggangnya dicuit manja oleh Firash.Dia tersenyum manis lalu melemparkan pandangannya ke arah Faiq dan juga Datin Hanim semula.Firash lansung tidak cemburu melihat Faiq dan juga Datin Hanim.Biarlah Faiq dengan wanita tua itu bukannya wanita tua itu ibu kandungnya.Datin Hanim sekadar ibu tirinya sahaja.
"Seronok kan jadi Faiq?Macam tak ada masalah yang datang dekat dia."Kata Isya memecahkan kesunyian antara mereka berdua.Firash hanya senyap sambil matanya menoleh ke arah Isya disebelah.Dia mula tidak berminat dengan topik ini.Tidak habis-habis nama Faiq disebutnya.
"Lagi seronok jadi abang."
"Jadi abang?Tak seronok lansung."
"Seronoklah sebab dapat miliki Auffa Aliesya sebagai isteri abang."Kata Firash dengan senyuman manis dibibirnya.
"Tapi sekarang hati abang lebih banyak untuk Yani."Walaupun Firash tidak katakan itu tetapi Isya tetap percaya bahawa suaminya itu lebih cintakan Yani berbanding dirinya.Apa yang Yani mahukan selalu dituruti Firash.Sampaikan Yani curang pun dapat disorokkan dengan sempurna.
Firash hanya senyap.Tidak tahu hendak menafikan kata-kata Isya ataupun tidak.Jika dia bersama dengan Isya,hatinya terasa tenang dan nyaman tetapi bila bersama dengan Yani hatinya mula ingin untuk selalu ada bersama dengannya.Dia juga keliru dengan perasaannya sendiri.Isya ataupun Yani?Masing-masing sudahpun menjadi miliknya!
"Sya ingat Sya nak balik rumah Ibu malam ni.Abang boleh hantarkan Sya?"Tanya Isya setelah lama mereka berdua senyap.
"Boleh.Abang pun dah lama tak jumpa ibu dengan ayah."
"Jadi abang ikut Sya tidur sana?"Tanya Isya teruja.Kalau Firash ikut Isya kerumah Puan Aisyah,jadi inilah masa untuk Isya mendapatkan tempatnya dihati Firash.
"Yea sayangg."Kata Firash sambil tangannya menarik lembut hidung Isya.
Kerana teruja Isya terus memeluk tubuh Firash dengan eratnya.Pada mulanya Firash terkejut tetapi dia mula tersenyum apabila Isya mula menerimanya seperti biasa.Dia juga membalas pelukan mesra Isya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Encik Playboy
RomanceHanya kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia ialah Playboy Malaya yang sejati,dia menerima cabaran seorang rakannya untuk mempermainkan salah seorang gadis yang dipilih. Semuanya telah diatur semata-mata ingin membuktikan yang dia...