◆Chapter 12◆

4.9K 159 8
                                    

Baru sehari Isya menjadi isteri kepada Firash Aideen,dia sudah cukup mengenali Firash kerana tidak sampai seminggu mereka berkahwin,Firash sudahpun menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.

Orang makan bersama-sama tetapi Firash harus ada orang gaji yang hantarkan setiap kali dia lapar.Isya pun tidak tahu seperti mana hendak mengubah suaminya.Pada mulanya dia juga terkejut Firash makan didalam bilik,ditanya kenapa Firash hanya tersenyum sahaja.Nasiblah dirumah ayah mertuanya ini ada orang gaji.Jika tidak,pasti dirinya lah yang menjadi mangsa untuk menghantar makanan kepada Firash setiap kali lapar.

"Erm Mak Mah,untuk Firash kan?"Tanya Isya apabila dia terserempak dengan pembantu rumah Datuk Amier ketika dia sedang mendaki tangga untuk kebiliknya.Mak Mah hanya mengangguk sahaja.

"Ha tak apa.Biar Isya yang hantarkan.Mak Mah pergilah buat kerja Mak Mah dulu."Sambung Isya sambil mengambil dulang yang berisi makanan Firash daripada tangan Mak Mah.

Orang tua itu hanya menurut sahaja lalu mengatur langkah turun dan menyambung kerjanya yang lain.Isya melihat makanan dihadapannya itu dengan rasa tidak puas hati terhadap suaminya.Suka menyusahkan orang.Entah kenapalah Firash tidak suka makan bersama dengan Datuk Amier dan juga Datin Hanim

Isya mengetuk pintu bilik sebelum masuk kedalam,dia berhenti sambil memerhatikan sekeliling bilik itu untuk mencari kelibat suaminya tetapi gagal.

"Awak!Awak!"Panggil Isya sambil meletakkan dulang tadi diatas meja.

"Ya sayang."Terkejut dibuatnya Isya apabila tiba-tiba Firash muncul dibelakangnya.Naik gugur jantungnya,fikirkan Firash kemana.Risau juga si Isya.

"Awak pergi mana?Risau saya."Kata Isya sambil memandang tepat kedalam mata Firash.Firash tersenyum apabila Isya mengatakan 'risau'.

"Ha?Risau?Ermm,nampaknya saya dah berjaya buat isteri saya jatuh cinta dengan saya dalam masa sehari."Kata Firash sambil mengigit ibu jarinya.Isya menutup mulutnya apabila dia mula sedar dia sudah tersalah cakap.Bukan boleh cakap benda-benda pasal perasaan dengan Firash,pasti ada sahaja ayat-ayat manis yang menggoda Isya kembali.

"Perasan!Tu makan makanan tu putera raja."Balas Isya sambil memerli Firash yang hendak dilayan seperti putera raja setiap hari.

"Kalau saya putera raja,can you be my princess?"

"Tak payah nak sweet talker sangat."Marah Isya sambil menolak tubuh Firash apabila Firash makin mendekatinya dengan pandangan menggoda.

Firash mengambil makanan yang dibawa isterinya tadi dan menyuap kedalam mulutnya perlahan-lahan supaya tidak tercekik.Lalu Isya terus melabuhkan punggungnya disebelah suaminya yang sedang makan disisi katilnya.Wajah Firash dipandang dengan penuh rasa pelik,orang suka makan ramai-ramai tapi Firash?Suka bersendiri.

"Kenapa awak suka makan sorang-sorang?Tak sunyi ke?"Tanya Isya untuk mendapatkan jawapan sekali lagi dan dia berharap kali ini Firash menjawab soalan nya.

"Tak.Saya lebih suka macamni daripada menghadap orang-orang dekat bawah tu."Balas Firash lalu menyuap sesudu nasi kedalam mulutnya.Isya makin pelik dengan suaminya,pasti ada yang tidak kena dengan Firash!

"Orang-orang dekat bawah tu?Tapi bukan ke diorang tu..."Belum sempat Isya menghabiskan kata-katanya,Firash lebih pantas menyuap masuk nasi kedalam mulut Isya.Isya menahan geram,ada sahaja idea Firash untuk lari daripada topik!

"Tanyalah lagi.Dengan pinggan-pinggan ni saya suap."Firash memberi amaran apabila dia dapat menghidu yang isterinya ingin menyiasat apa yang terjadi kepadanya sebelum ini.

"Sya kita pindah esok nak?"Tanya Firash apabila dia sudah menghabiskan sepinggan nasi yang dihantar Isya tadi.

"Pindah?Bukan ke papa suruh kita duduk dengan dia je?"

Encik PlayboyWhere stories live. Discover now