Hari ini aku dah mula masuk kelas.Aduyai!Malas giloss.Bukan aku malas nak belajar or apa.Aku just malas nak dengar lecturer tu membebel je.Membebel or mengajar?Benda sama je.Ahhh whatever.I don't care.
Selepas aku melilitkan shawl hitam bercorakkan bunga merah di kepala ku,aku terus turun kebawah untuk bersarapan.Memandangkan hari ni hari first aku masuk untuk semestar yang ketiga.So,kenalah aku sarapan sikit bagi semangat.
Aku lihat,ibu dan ayah sudah siap menunggu dimeja makan.Waaa!Sedapnya bau.Mi goreng favourite aku ni!Macam tahu-tahu je ibu ni aku tengah lapar.
"Hmmmm!Sedapnya bau.Pandai ibu masak.Dari atas dah berbau masakan ibu."Aku terus melangkah menghampiri meja makan lalu menarik kerusi dihadapan ibu dan ayah.
"Pandailah dia membodek ibu.Dia malas masak memanglah kata masakkan ibu sedap."Ayahku mengusikku.Ha!Memang fakta apa yang ayah aku kata tu.Memang aku malas masak walaupun aku pandai.Kalau aku masak,air tangan aku tak sama dengan air tangan ibu.
"Bukan malaslah.Cuma,kalau Isya masak nanti tak ada orang nak makan pulak."Nafi ku sambil menghulurkan pinggan ku kepada ibu untuk diletakkan mi goreng favourite aku tu.
"Memanglah tak ada orang nak makan kalau kau letak racun!"Kami semua serentak memandang ke arah suara itu.Apa masalah dia pun aku tak tahu sampaikan nak kacau mood aku pagi-pagi ni!
"Alieya!Jaga sikit mulut kamu tu!!"Marah ayahku.Ya allah!Janganlah bagi mereka mulakan.Aku dah penat tengok ayah dengan Alieya bergaduh.
"Ayah,biarkanlah dia.Isya tak kesah pun dia cakap macam tu."Kataku sambil memandang ayahku.Ayahku hanya senyap sahaja lalu menyambung suapan nya yang terhenti sebentar tadi.
"Huh!Bajet bagus je."Keluh Alieya kasar lalu menarik kerusi disebelahku dan menjarakkan kedudukan aku dan dia.Aku hanya melihat sahaja kelakuan Alieya.Lantaklah dia.
"Isya pergi dulu tau bu.Assalamualaikum."Kata ku selepas aku menghabiskan suapan terakhir ku lalu menyalam tangan ibu dan ayah.Alieya menjeling mata ku tajam.Aku membuat muka biasa sahaja walaupun realitinya aku rasa macam nak humban je dia dalam gaung!
"Waalaikumusalam."
"Pergilah!Tak payah balik pun tak apa.Menyemak je kau dalam rumah ni."Kata-kata Alieya dibiar sepi oleh ibu dan ayah.Sedikit sebanyak kata-kata yang keluar dari mulut Alieya telah mengguris hatiku.
Sampai sahaja di uni,aku terus memarkir kan keretaku diparking pelajar.Pelajar-pelajar yang lain kelihatan teruja.Tapi ada jugak dari segi muka nampak 'terlebih' teruja.Macamtulah jugak aku.Nak tak nak redha je lah.
"Isya!!Rindunya aku dekat kau."Dengan tiba-tiba badanku dipeluk oleh seseorang dari belakang.Dah lah pelukkan dia tu erat gila!
"Weh weh.Lepaslah.Apa kau ni?Malulah orang tengok."Marahku sambil mencuba melepaskan diriku dari pelukkannya.Mata-mata yang lalu disitu memandang kami pelik.
"Hahaha!Rileklah.Diorang jealous lah tu tak dapat peluk kau."Dia bantai gelak pulak?Gila punya kawan.Nasib kawan,kalau tidak dah lama arwah budak ni aku kerjakan!
"Kepala otak kau!Kau ni kalau ya pun rindu aku,tak payahlah peluk-peluk."
"Okeyh Okeyh.Kau apa khabar?Sihat?"
"Alhamdulillah sihat.Kau?"
"Sihat jugak.Jom lah masuk kelas.Aku dah tak sabar nak jumpa yang lain ni."Kata Hana sambil menarik tanganku masuk.Aku hanya mengikut sahaja.
Masuk sahaja didalam kelas,aku melihat muka-muka yang lama sahaja.Eh sekejap!Ada budak barulah.Handsomenya!Isya!!Apa kau merepek ni?Gatal benor kau ni!
YOU ARE READING
Encik Playboy
RomanceHanya kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia ialah Playboy Malaya yang sejati,dia menerima cabaran seorang rakannya untuk mempermainkan salah seorang gadis yang dipilih. Semuanya telah diatur semata-mata ingin membuktikan yang dia...