Pagi-pagi lagi Firash sudah bangun memandangkan hari ini mereka tiada kelas.Jadi hari ini adalah masanya untuk dia makin rapat dengan Isya.Disebabkan dia dibesarkan dengan kemewahan,dia lansung tidak reti untuk mengenyangkan perutnya sendiri.Tetapi hari ini dia sudah bertekad untuk masak sarapan pagi untuk isterinya yang masih lagi membuta.
Ipad diatas meja diambilnya lalu langkah kakinya masuk semula kedapur.Jari-jarinya menaip sesuatu untuk mencari resepi sarapan yang sedikit senang tapi tip top.
Jari-jarinya laju men'scroll' resepi-resepi yang dicarinya tetapi last-last dia memilih untuk membuat nasi goreng ala ala restoran.Cukuplah untuk kenyangkan perut isterinya itu.
Firash mengeluarkan bahan-bahan didalam peti ais seperti ayam,telur,sotong dan juga udang yang sudah siap dibersihkan.Dia mula memanaskan minyak untuk menumis bawang dan juga cili.
Apabila sudah mula naik bau,dia memasukkan sotong dan juga bahan yang lain supaya masak.Bila sudah yakin bahan-bahan tadi sudah siap,Firash masukkan pula nasi putih yang dimasaknya tadi.
Tidak tahulah apa rasanya nasi goreng ala ala restoran Firash itu.Bau dan rupa dah kena tapi rasanya tidak tahulah.Firash meletakkan nasi goreng itu kedalam pinggan lalu dihidangkan diatas meja makan.
'Harap-haraplah kali ni jadi.'Bisik hati Firash sendiri sambil meletakkan sudu dan garfu di sebelah pinggan tadi.
Sekarang ini masanya untuk mengejutkan Isya yang masih lagi membuta.Lena sungguh Isya tidur sampaikan Firash yang biasanya bangun lambat daripadanya lebih awal bangun.
Firash menarik lembut hidung mancung isterinya lalu jari-jemari isterinya dipatah-patahkan.Tak jahat keyh benda tu.Normal!Firash tersenyum melihat comelnya Isya merengek supaya Firash berhenti mengacaunya.
"Sayangg bangunlah.Dah pagilah.Kalau macamnilah,baik Ash cari perempuan lain.Tak adalah diorang biarkan Ash lapar pagi-pagi macam ni."Usik Firash.Dengar sahaja Firash hendak mencari perempuan lain,Isya terus membuka matanya luas lalu duduk menghadap Firash.
"Pergilah.Ash kan banyak stok.Ash petik jari je beratur perempuan nak jadi isteri Ash."Kata Isya sambil mengikat rambut ikal mayangnya.
Firash tiba-tiba memetik jarinya dihadapan muka Isya lalu dia tersenyum manis dihadapan isterinya itu.
"Tak adapun perempuan yang beratur nak jadi isteri Ash.Yang adanya sekarang hanya Sya,dan faktanya Sya dah jadi isteri Ash.Tak akan ada lagi perempuan yang beratur kejarkan Ash, sebab Ash dah ada Sya."Kata Firash sambil mengusap lembut pipi Isya.Firash tersenyum lagi tetapi Isya tetap tidak tersenyum.
"Kenapa ni?Ash dah katakan yang hanya Sya boleh jadi isteri Ash.Ash tak nak perempuan lain dah."
"Okay.Dengar sini sayangg.Ash betul-betul sayangkan Sya sebagai isteri Ash.Tapi semua tu tak ada makna kalau Sya tak... "Belum sempat Firash meneruskan ayatnya,Isya terus menyampuk memotong kata-kata suaminyan itu.
"Apa? Tak sayangkan Ash?"
"Manalah tahukan.Orang tu pun tak pernah cakap."Perli Firash sambil melemparkan pandangannya ketepi.
Tangan suaminya diraih lalu dia mengenggam erat tangan lelaki itu.Wajah lelaki itu ditoleh supaya Firash memandang tepat kedalam matanya.
"Tak semestinya Sya tak pernah cakap yang Sya sayangkan Ash bermakna Sya tak sayangkan Ash.Kadang-kadang kita boleh nampak melalui cara dia layan kita."Kata Sya sambil cuba bertahan memandang kedalam mata Firash walaupun sekarang ini jantungnya seperti hendak meletop sahaja.
"So Sya sayangkan Ash lah ni?"Bibir Firash mula mengukir senyuman apabila kata-kata Isya sampai kepadanya dengan sempurna.Hatinya berbunga-bunga,buat pertama kalinya Isya mengaku tentang perasaanya.
"Ikut mood jugaklah sayang ni."Kata Isya bergurau.
"Jom.Ash lapar."kata Firash sambil tangan isterinya ditarik supaya turun daripada katil.Isya hanya mengikut malas sahaja.
"Ash ada masakkan nasi goreng special untuk isteri Ash sorang ni tapi rasa tak tahulah jadi ke tidak."Bahu Isya dipegangnya sepanjang menuruni tangga ke meja makan.Sebenarnya daripada atas lagi Isya sudah membau masakkan Firas
YOU ARE READING
Encik Playboy
RomanceHanya kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia ialah Playboy Malaya yang sejati,dia menerima cabaran seorang rakannya untuk mempermainkan salah seorang gadis yang dipilih. Semuanya telah diatur semata-mata ingin membuktikan yang dia...