◆Chapter 39◆

8.6K 177 107
                                    

Jam sudahpun menunjukkan pukul 3 pagi tetapi mata Firash masih lagi terbuka,masih lagi memerhati wajah isterinya yang sedang nyenyak dibuai mimpi indah mungkin.Entah kenapa malam ini dia susah untuk melelapkan matanya sedangkan dia betul-betul penat hari ini kerana seharian di pejabat.Dan entah kenapa juga hatinya rasa tidak sedap.Seperti ada benda yang bakal berlaku kepada keluarganya dalam masa terdekat ini.

Firash bangun daripada katil lalu kakinya terus menuju ke arah pintu bilik air yang tertutup itu.Air wudhuk di ambil sebelum dia membentangkan sejadah mengikut kiblat.Daripada dia duduk termenung tidak tahu hendak buat apa,lebih baiknya kalau dia mendekatkan diri kepada Allah dengan solat tahajjud dan sebagainya.

"Ya Allah yang Maha Esa,aku sedar aku hanyalah sekadar hambaMu yang lemah dan tiada apa-apa.Aku mohon padaMu Ya Allah,Kau lindungilah isteri dan anakku,Kau lindungilah kedua ibu bapaku dan mertuaku.Ya Allah,Kau lindungilah rumahtangga yang aku bina ini daripada orang-orang yang dengki akan kami.Aamiin."

Dia hanya duduk termenung di atas sejadah.Dia mengimbas kembali dosa-dosanya dahulu.Arak,perempuan sudah menjadi peneman kehidupannya dahulu.Tetapi itu hanyalah dahulu,sekarang dia sudah mulakan hidup baru.Bak kata pepatah 'Buang yang keruh,ambil yang jernih'.

"Abang?"Firash menoleh ke arah Isya yang sedang duduk di atas katil sambil tangannya laju mengikat rambut ikal mayangnya.

"Tak tidur lagi?"Firash menggeleng.

"Dah nak dekat pukul 4 pagi dah.Esok Abang tak kerja ke?"Tanya Isya.

"Sepatutnya Abang cuti esok,tapi Abang nak siapkan projek penting tu esok."

Isya hanya mengangguk faham.Dia tidak banyak Tanya,dan dia sudah faham sibuknya Firash sekarang ini.

"Sya,mulai esok kalau Sya nak keluar pergi mana-mana or whatever lah,biar Abang temankan.Kalau Abang busy,Sya ajaklah Hana ke Aliya ke keyh?"Kata Firash.Dia bangkit daripada duduk dan melipat sejadah tadi dan terus mendekati isterinya.

Isya yang masih mamai tadi jadi segar terus mendengar apa yang diperkatakan oleh suaminya.Takkanlah!'aku kena control ke hapee nihh?'Bisik hati kecil Isya.

"Kenapa pula?Abang Tak percayakan Sya?"

"Bukan macamtu."

"Dah tu?"

"Dua tiga hari ni,Abang rasa macam tak sedap hati.Entahlah,tapi Abang betul-betul rasa yang ada benda yang bakal berlaku dengan keluarga kita."

"Sya,Abang minta maaf untuk kali terakhir,untuk setiap kesalahan abang dekat Sya tak kira kecil zarah atau sebesar mana pun.Abang betul-betul minta maaf."Bebel Firash meminta maaf kepada isterinya.Tidak tahu mengapa dia seperti perlu meminta maaf kepada semua orang sebelum terlambat.

Tangan Firash di genggam erat oleh isterinya sendiri.Pagi-pagi seperti ini saja sudah sebak dibuatnya.

"Abang,nak pergi mana sampai minta maaf bagai nih?"Isya cuba menduga.

Firash hanya tersenyum dan menjawab pertanyaan Isya dengan wajah yang lebih relaks.

"Abang nak pergi berehat.Berehat untuk selamanya."Firash tersenyum nipis.Air liur di kerongkong Isya bagaikan pahit untuk ditelan.Lidahnya juga kelu untuk mengatakan apa-apa.Apa semua ini?Dia baru sahaja ingin bahagia dengan Firash.But now...

"Abang..."

"Dahlah.Jom tidur balik.Abang mengantuk."Potong Firash.Buat masa ini dia tidak mahu untuk mendengar apa-apa daripada mulut Isya.

Isya hanya menurut sahaja.Dia hanya mangambil kata-kata suaminya tadi hanya sebagai gurauan,tetapi jauh di sudut hatinya dia juga takut dengan kata-kata Firash sebentar tadi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 11, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Encik PlayboyWhere stories live. Discover now