◆Chapter 15◆

4.8K 146 5
                                    

Sudah seharian Firash dan Isya tidak bertegur.Muka Firash lagilah tidak dipandangnya.Masing-masing dengan hal masing-masing.Tetapi semuanya berubah apabila berada dihadapan Puan Aisyah dan juga Encik Arieff.Semuanya adalah lakonan semata-mata.

Sedang semua makan malam,Firash masih lagi didalam bilik bermain dengan iphone nya.Main apa pun tidak tahulah sampaikan tidak keluar daripada bilik itu.Terpaksalah Isya menipu Puan Aisyah mengatakan Firash demam untuk menjaga hati ibunya itu.

Pintu bilik itu diketuk dahulu sebelum masuk kedalam.Firash masi lagi dengan iphone ditangan.Wajah Isya lansung tidak dipandangnya.Langkah kaki Isya diatur mendekati Firash diatas katil dengan membawa segelas susU untuk Firash.Sudah seharian tidak makan,jadi susu lah yang bagus untuk mengembalikan tenaga suaminya.

"Nah,ibu suruh Ash minum."Kata Isya sambil menghulurkan susu itu kepada suaminya.

Huluran itu tidak disambut malah dia menepis susu yang masih lagi ditangan Isya.Susu panas itu tertumpah ditangan Isya dan segera Isya melepaskan gelas susu itu kerana tidak tahan dengan panas susu itu.

"Ya allah kuatkanlah hatiku."

Tisu yang ada di sebelah lampu mejanya diambil lalu mengelap tangannya yang merah terkena susu itu dan kemudian mengelap sisa susu yang tumpah itu.Kaca gelas itu pula dikutip dengan tangan sendiri.Firash hanya membuat tidak tahu sahaja walaupun dia tahu isterinya terluka dengan tindakkannya itu.

"Aduh."Adu Isya apabila serpihan kaca itu terkena pada jari telunjuknya.Firash memandang isterinya sekilas lalu sambung bermain dengan iphone nya.

Isya terus keluar daripada bilik itu untuk membuang serpihan-serpihan kaca itu tadi.Nak sahaja dia menangis dihadapan Firash,tetapi dia harus kuat dihadapan Firash.Dia tidak mahu orang lain tahu dia sebenarnya tidak kuat seperti yang disangka.

Tidak lama selepas itu,Isya masuk kedalam biliknya semula lalu mencari kelibat suaminya.Bunyi air didalam bilik air nya melegakan hatinya.Sangkanya Firash keluar pada malam-malam sebegini.

Tanpa menunggu Firash keluar,dia terus merebahkan badannya lalu melelapkan matanya dan tertidur.

Sebelum tidur,memang sudah menjadi kebiasaan Firash membasuh mukanya.Selepas selesai membasuh mukanya,dia terus keluar lalu melihat Isya yang sudahpun terbaring.Perlahan-lahan dia mendekati Isya lalu duduk disisinya.

"Ash tahu Ash salah buat Sya macamni.Ash dah cuba buang perangai lama Ash tapi..... Susah sangat Sya.Ash pun manusia biasa,Ash tak boleh nak ubah perangai Ash dengan sekelip mata.Tapi Ash akan cuba untuk bahagiakan Sya.Maafkan Ash buat Sya terseksa,Ash tak ada niat.Ash cuma tak suka Sya sebut nama Faiq depan Ash.Ash cemburu."

Kata-kata itu hanya terluah didalam hatinya dan tidak mampu untuk luahkannya.Tangan Isya yang merah terkena susu panas tadi dipandangnya lama.Salah dia menepis susu itu dan membuat isterinya terluka.Dia tahu niat Isya baik tapi ada satu suara seperti menyuruhnya untuk menepis susu itu.

Dia mengambil plaster yang berada di dalam laci lalu membalut jari Isya yang terkena serpihan kaca tadi.Disebabkan dia,tangan kecil Isya merah dan disebabkan dia air mata Isya menitis.

Encik PlayboyWhere stories live. Discover now