◆Chapter 9◆

4.7K 155 4
                                    

Akhirnya semua sudah setuju untuk Puan Aisyah dibedah walaupun kos pembedahannya bukanlah semurah yang disangka.Dengan gaji yang diberikan kepada Encik Arieff sebagai pegawai keselamatan,tidak cukup untuk membayar kos pembedahan itu. Alieya?Hanya bergantung kepada duit simpanannya didalam bank.Begitu jugalah dengan Isya.Itupun masih tidak mencukupi.Tetapi Puan Aisyah harus dibedah dengan segera.Isya telah mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah restoran sebagai pelayan.Dan Alhamdulillah dia diterima bekerja.Mungkin Allah SWT mengerti niat baik gadis kecil  itu.

Isya mengatur langkah kakinya dengan berhati-hati sambil memegang dulang yang berisi makanan yang diorder oleh pelanggan.Dia meletakkan dulang itu dengan perlahan-lahan apabila sampai dimeja yang dipesan tanpa mendongak sedikit pun kearah pelanggan itu.

"Isya."Panggil lelaki itu.Isya memandang wajah lelaki yang memangilnya itu dengan muka terkejut.Firash?Kenapa harus dia makan dekat sini?Dalam banyak-banyak restoran dekat kawasan ini,kenapa dia harus pilih restoran ni!

"Kenapa?Saya nak kerja lah.Kalau awak nak saya dengar cakap awak yang merepek tu,saya tak ada masa."

"Tak.Duduklah dulu."Kata Firash lalu menarik pergelangan tangan Isya yang berlapik supaya duduk.Nak tak nak,Isya duduk sahaja.Mungkin sekejap sahaja.

"Awak,tahukan saya tengah kerja?Awak tahukan?Tolonglah jangan kacau saya,saya ada banyak lagi kerja.Buat ini bu..."Membebel Isya dibuatnya apabila Firash hanya merenungnya daripada tadi.Tiada patah perkataan pun yang keluar daripada mulutnya.

"Makan."Kata Firash memotong percakapan Isya yang tidak berhenti daripada tadi.Firash terus meletakkan nasi yang dipesannya dihadapan Isya.Isya senyap dan tidak faham maksud Firash sebenarnya.

"Makan,awak tak makan lagi kan?Daripada pagi tadi awak kerja tak berhenti "

"Awak stalk saya ke apa?!Saya ada sebablah buat macamni."

"Okeyh.Apa pun sebab awak,awak kena makan dulu "

"Tapi saya tengah kerjalah.Kalau boss saya nampak,saya boleh kena buang kerja tahu tak?"Kata Isya lalu memandang sekeliling ingin melihat mana tahu ada spy boss ke hapeee.

"Makan je lah.Saya dah minta kebenaran boss awak dah."Balas Firash sambil menunjukkan sesuatu dengan bibirnya.Isya memandang kebelakang,lalu boss nya hanya tersenyum melihat Firash dan Isya.Isya menarik nafas lega apabila dia yakin yang Firash memang dah minta kebenaran.

"Erm thanks.Awak makanlah jugak."Ucap Isya iklas sambil tersenyum.Malunya tak payah ceritalah.Hanya Allah sahaja yang tahu.Dah lah marah-marah dia haritu!Adeh!!

Firash hanya tersenyum lalu menyuapkan sesudu nasi kedalam mulutnya.Sesekali matanya tidak terlepas melihat wajah cantik Isya yang sedang mengunyah itu.Memang tidak dinafikan,Isya memang gadis yang cantik.Buat apa sahaja,dia tetap gadis paling cantik dimata Firash.

"Tanya sikit boleh tak?"Soal Firash apabila masing-masing sudah habis sepinggan nasi.Isya hanya mengangguk sahaja.

"Kenapa awak buat semua kerja ni?"

"Untuk bayar pembedahan ibu."Balas Isya sedikit sambil memikirkan keadaan ibunya yang semakin teruk.Jadi,dia harus mencari duit dengan cepat supaya Puan Aisyah dapat membuat pembedahan secepat mungkin.

"Kenapa awak tanya?"Sambung Isya lagi.

"Tak ada apa-apa.Saja."

***
Isya berjalan-jalan di taman yang berdekatan dengan hospital dimana ibunya dirawat seorang diri untuk menghilangkan segala penat bekerjanya sebagai seorang pelayan.Sudah beberapa kali dia memusing tempat yang sama.Sudahlah malam,seorang diri pulak tu. Takut?Adalah jugak tapi buat-buat berani je lah.

Dengan tidak sengaja dia memandang susuk tubuh seorang lelaki yang sedang mabuk berjalan terhuyung-hayang ditengah jalan.Didalam hati, Isya berdoa susuk tubuh itu bukanlah makhluk halus.Seram sejuk pula rasanya.

Isya berlari sepantas yang mungkin apabila melihat ada satu kereta laju sahaja ingin melanggar susuk tubuh itu.Nasib sahaja, dia sempat menolak lelaki itu ke tepi.Jika tidak, sudah pasti lelaki itu dikejarkan ke hospital.

"Kau... Kau....hahahaha.... Kau selamatkan aku?"Kata lelaki itu dengan bau arak yang keluar daripada mulutnya.Wajah cantik Isya di tunjuk-tunjuk dengan tawanya yang seperti orang gila.

"Awak ni kenapa? Gila ke apa? Nak mati awal ke? "Marah Isya sambil berdiri lalu menepuk pasir-pasir ditanganya.Entah kenapa dia harus marah beria seperti ini apabila melihat Firash  yang seperti hendak bunuh diri. Adakah mungkin ada rasa kasih didalam hati Isya? Tak! TAK MUNGKIN!

"Kenapa kau selamatkan aku? Aku nak mati...Kenapa kau tolak aku?...biarlah aku ikut dia... Dia tengah tunggu aku.Kau tahu tak!! "Seketika Firash menangis dan ada ketika dia menengking Isya dengan keras. Isya hanya memandang Firash lalu menggelengkan kepalanya. Buruk benar rupanya orang mabuk nie.

Firash bangun dengan sendiri lalu tersenyum kepada Isya.Kemudian dia menapakkan kakinya ke bangku yang disediakan di taman itu dengan terhuyung-hayang. Isya mengikuti langkah kaki Firash sehinggalah Firash duduk dan menangis sekali lagi.Isya semakin pelik, kenapa semenjak dua menjak ini Firash sering menangis.Setahunya, Firash adalah lelaki yang kuat. Tetapi kenapa dia boleh senang menangis seperti ini?

Isya mula melabuhkan punggungnya disebelah Firash dan melemparkan pandangannya di hadapan. Pada masa yang sama, dia masih mendengar tangisan halus Firash disebelah.Tiba-tiba hatinya berasa sebak apabila mendengar lelaki itu menangis. Mungkin hati Isya lembut dan senang tersentuh.

"Kau tahu tak... Aku benci dia.... Kenapa dia tinggal aku ...Aku... Benci semua orang yang....."

"Aku rindukan dia...Dia tak rindu aku ke? Sakit kau tahu tak?Kenapa dia tinggalkan aku dengan perempuan tua tu.."Sambung Firash lagi dengan emosinya yang tidak stabil itu. Isya lansung tidak dapat menangkap siapa yang dimaksudkan oleh Firash sampaikan Firash boleh menangis beria seperti ini.

Isya hanya senyap dam cuba untuk mendengar luahan Firash walaupun dia tahu Firash masih mabuk.Tetapi mungkin ada betulnya apa yang diluahkan oleh Firash. Mungkin dia mempunyai masalah.

Tanpa sedar Firash melentokan kepalanya dibahu Isya dan menangis dengan tangisan yang lebih halus.Dia hanya membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh lelaki itu.Pada mulanya ingin sahaja dia menolak tetapi apabila mendengar tangisan halus Firash,hatinya tersentuh dan merasakan jika dia ditempat Firash.

"Ya Allah, apapun masalah Firash kau tabahkanlah hatinya untuk menerima segala dugaanmu."

◆◆
Sorry guys buat korang semua tunggu lama. Sebenarnya tak ada idea and tak ada masa. PT3 MINGGU DEPAN GUYSS.Sorry makin boring sebab lambat sangat dorang kahwin.

Kalau ada typo ke faham2 lha yee?! Saya memang malas nak betulkan. Ngeee..

#votecommentsupport
#05102016
#EncikPlayboy

Encik PlayboyWhere stories live. Discover now