Perbualan telefon antara Alieya dengan seseorang didalam handphone mencurigakan aku.Dengan suara yang sengaja dimanjakan,nak sahaja aku menerjah masuk kedalam biliknya.Tapi sabar Isya!
"Baby,ambilklah I malam ni.I bosan lah.Lama dah kan kita tak 'enjoy' sama-sama."Aku hanya mendengar sahaja kata-kata Alieya daripada luar.Baby?Ouh please!Gediknya kakak aku sorang ni!
"Janji you ambik?I nak 'enjoy' puas-puas dengan you malam ni."
"Okeyh baby.I tunggu."
Terus tiada perbualan antara mereka.Dah tutup ke?Alieya ni memang tak serik ke kena tampar dengan ayah?Aku masuk kedalam bilik ku lalu menutup pintu.Novel yang diatas meja aku ambil dan aku kembali merebahkan badanku diatas katil.
Tidak lama selepas itu,pintu bilik ku dibuka dan Alieya masuk kedalam lalu menutup pintu itu semula.
"Aku nak keluar.Jangan bagitahu ayah aku keluar.Kalau ayah tanya jawab je aku ada dalam bilik.Kau bagitahu ayah,siap kau!"Warning Alieya sambil menunding jari kepada ku.Aku memandangnya atas bawah melihat pakaian yang dipakainya.Ni baju ke hapee?Ketat semacam je.Setahu aku ibu tak pernah belikan dia baju yang ketat-ketat macamnie.
"Kau nak pergi mana?"
"Aku nak enjoy lah.Bosan aku duduk rumah ni.Asyik tengok muka kau,ibu dengan ayah je.Bosan tahu tak? Baik aku enjoy dengan diorang.Lagi bagus."Kata Alieya.Semakin hari semakin kurang ajar mulut dia.
"Kau nak minum air kencing syaitan tu kan?"Aku cuba meneka.
"Kau boleh tak jangan menyibuk hal aku?Baik kau tidur,tak payaj nak sibuk."Marahnya lalu melangkah keluar daripada bilik ku.Pintu bilik dihempas kuat.Nasiblah pintu ni kukuh!
Bunyi hon kereta dibawah telah menarik perhatianku untuk melihat lelaki yang membawa Alieya keluar sepanjang malam.Aku menjenguk kan sedikit wajahku ditingkap sambil menutup separuh wajahku dengan kain langsir.Macam penyiasat pun ada aku ni!
Betul sangkaan aku.Playboy tu!Aku ingat bila aku dah perli dia haritu,tak adalah dia nak angkut anak dara orang.Sama je.Lantak kau lah Alieya,buatlah apa yang kau suka.Malas aku nak ambik tahu pasal kau dengan playboy tu!
Iphone di atas meja belajarku tiba-tiba berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.Aku cepat-cepat mencapai iphone ku.Aku tersenyum sendiri apabila melihat nama pemanggil.Dengan cepat,aku menjawab panggilan nya.
"Assalamualaikum."Aku memulakan panggilan walaupun bukan aku call Faiq ni!
"Waalaikumusalam.Tengah buat apa tu?"
"Dating.Kenapa?"
"Dating?Patutlah awak tak terima saya.Okeyh saya faham."Ayat pasrah mula keluar daripada mulut Faiq.Aceyhh!Dia ni!"Awak sendiri yang cakapkan kalau saya ada hati dengan awak pun,saya ni mungkin dah tak ada dalam hati awak."
"Cuba ulang balik ayat tu.Awak tak perasan ada perkataan 'MUNGKIN' ke?"
"So awak dah ada hati dengan sayalah ni?Macamtu?"Muka ku bertukar merah dengan sendiri.Kenapa aku perlu malu ni?
"Awak nak apa call saya malam-malam buta ni?"Aku cuba menukar topik.
"Awak dah jatuh cinta dengan saya kan?"
"Tak!"
"Ya!"
"Tak!
"Ya!"
"Ya!"Eh apa yang aku cakap ni?Aku meng.....ngaku?
"HAHAHAHA.Kan dah kantoi.Lain kali cakap awal-awal.Tak adalah susah-susah saya nak cari IBU kepada anak-anak saya nanti."Kata Faiq sambil tergelak besar.Perkataan 'ibu' itu sengaja ditekankan .Malunya aku!
![](https://img.wattpad.com/cover/71122071-288-k332397.jpg)
YOU ARE READING
Encik Playboy
RomansaHanya kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia ialah Playboy Malaya yang sejati,dia menerima cabaran seorang rakannya untuk mempermainkan salah seorang gadis yang dipilih. Semuanya telah diatur semata-mata ingin membuktikan yang dia...