"Assalamualaikum"Susuk tubuh itu memberi salam kepada Isya yang membuka pintu tersebut.Isya berdiri kaku betul-betul dihadapan lelaki itu.Lidahnya kelu untuk menjawab salam itu.
"Fa... Faiq... "Isya seperti tidak percaya siapa dihadapannya sekarang ini.Matanya masih tidak lepas memandang mata Faiq yang juga turut memandang Isya tanpa berkelip.
Firash yang daripada tadi melihat Faiq memandang isterinya tanpa berkelip terus menarik tangan Isya ke belakangnya.Dia memandang Faiq atas bawah seperti tidak puas hati.Dia lansung tidak terkejut dengan kehadiran Faiq kembali kerana dia sudah tahu setelah beberapa kali Faiq cuba menghubungi Isya.Nasiblah ketika Faiq menghubungi Isya,Iphone nya bukan berada ditangan.
"Faiq!Ya Allah anak papa.Kamu pergi mana Faiq?"Datuk Amier terus memeluk tubuh Faiq apabila dia melihat susuk tubuh Faiq di luar.Datin Hanim yang baru sahaja turun tadi terus tersenyum melihat anak lelakinya sudah kembali.
"Ya Allah rindunya mama dengan kamu."Kata Datin Hanim memeluk tubuh anak lelakinya itu.Tangan Faiq terus ditarik masuk kedalam.
Firash masih lagi memegang tangan Isya lalu sama duduk di ruang tamu itu.Sebenarnya dia mahu mengetahui kenapa abangnya itu kembali lagi setelah lama menghilang.Itu sahaja!Kalau tak memang tidaklah dia mahu duduk berkumpul seperti ini.
"Lepasni walau apa pun yang jadi,kamu jangan nak tinggalkan mama dengan papa ya?Cukuplah sekali papa kehilangan kamu."Kata Datuk Amier menepuk peha Faiq.Faiq mengangguk sambil tersenyum.
Firash memandang Isya disebelahnya yang sesekali memandang Faiq dihadapan.Mata Faiq juga masih memandang Isya dan juga sesekali dia memandang Firash disebelah.Jelas kelihatan Firash bengang dengannya tetapi dia boleh buat apa?Sampai bila dia mahu menyembunyikan diri seperti ini.
"Firash dah kahwin,kamu bila lagi Faiq?"Soalan cepumas daripada Datuk Amier itu menyekat kata-katanya.Faiq memandang Isya dihadapannya lalu pantas Isya melarikan matanya daripada bertembung dengan mata Faiq apabila sudah masuk bab kahwin.
"Faiq ni girlfriend pun tak ada pa."Jawab Faiq sambil tersenyum hambar.
"Patutlah daripada tadi asyik pandang isteri orang!"Perli Firash lalu mengatur langkah meninggalkan mereka yang berada di ruang tamu.Faiq tersentak dengan perlian daripada adiknya itu sendiri.Ya dia tahu memang patut pun Firash marah kerana dia daripada tadi memandang Isya.
Hempasan pintu daripada bilik Firash mengejutkan semua yang berada diruang tamu itu.Faiq mula rasa bersalah kerana dia,Firash bermasam muka kembali.
"Isya naik tengok Firash dulu."Pamit Isya.
Pintu dibuka perlahan-lahan lalu dia melabuhkan punggungnya di atas peha Firash yang sedang duduk di atas sofa biliknya.Muka Firash jelas berang dengan abangnya itu.
"Ash ni kenapa?Salah ke Faiq nak pandang Sya?Dia pandang je Ash,bukannya dia buat benda tak senonoh dengan Sya."Kata Isya sambil merangkul leher Firash.Firash memandang Isya dengan pandangan yang tajam.Sangkanya Isya naik untuk menyejukkan hatinya tetapi tahu-tahu buat sakit hati sahaja.
"Sampai bila Ash nak masam macamni?Tadi baru kita okay and now Ash dah mula masam balik."Kata Isya mencebik.
"Ash tak akan masam macamni kalau Sya tak buat Ash cemburu macam tadi."Kata Ash ringkas.
"Sebenarnya Ash cemburukan Faiq sebab Faiq tu bekas tunang Sya kan?Sebabtu Ash tak suka Sya pandang Faiq.Kan?"Firash senyap mendengar Isya berkata.Memang tidak dinafikan dia memang cemburu dengan Faiq disebabkan Faiq pernah berhubungan dengan Isya sebelum ini.Dia takut perasaan sayang Isya kepadanya akan berpindah kepada abangnya itu.
"Okeyh macamni lah Ash.Apa kata Ash cucuk je mata Sya.Ni kan senang.Tak adalah nak Sya nak pandang Faiq and Ash pun tak adalah nak jealous macamni."Kata Isya sambil memandang tepat kedalam mata suaminya.
YOU ARE READING
Encik Playboy
RomanceHanya kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia ialah Playboy Malaya yang sejati,dia menerima cabaran seorang rakannya untuk mempermainkan salah seorang gadis yang dipilih. Semuanya telah diatur semata-mata ingin membuktikan yang dia...