◆Chapter 29 (Full)◆

5.5K 149 37
                                    

Saya baru dapat tahu bab nie separuh.Jadi saya publish balik. .
.
.
.
Dengan angin yang bertiup pada malam itu membuatkan hati yang sakit menjadi tenang.Begitu  jugalah dengan Isya yang sedang terluka dengan Firash.Sakit hatinya hanya allah swt sahaja yang tahu.Firash lebih pentingkan Yani berbanding dirinya.Entah apalah yang terjadi kepadanya jika dia melahirkan anak dalam kandungannya.Pasti dia dibiarkan begitu sahaja menjaga anaknya itu.

"Kau ada masalah ke?"Isya menoleh ke arah suara itu lalu dia menarik tangan kakaknya itu untuk duduk disebelahnya.

"Biasalah masalah rumahtangga."Jawab Isya lemah kemudian tersenyum kelat.Macam inikah rasanya perasaan Alieya semasa Firash menjadi miliknya?

"Cuba cerita apa lagi yang lelaki tak guna tu dah buat dekat kau?"Tanya Alieya cuba untuk mengorek apa yang sudah terjadi kepada rumahtangga adiknya itu.

"Tak ada apa-apa.Aku cuma bagi ruang untuk dia dengan Yani.Itu je."Jawab Isya lemah sambil memandang ke langit.Matanya melihat bintang-bintang yang berkelip menerangi angkasa.

Hatinya kembali sakit apabila otaknya mengimbas kembali bagaimana Firash menengkingnya disebabkan Yani sahaja.Salahkah dia hendak membela wanita tua yang tidak bersalah itu.Entah apa yang Yani ada sampaikan Firash cintakan dia lebih dari dirinya sendiri.

"Kau rasa dengan kau bagi ruang untuk diorang,Firash akan cinta dan sayang kau macam dulu?Tak Sya!Kau yang buat dia jatuh cinta dengan Yani.Kau sepatutnya ambil semula hak kau."

Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Alieya itu.Jika dia pergi jauh daripada Firash sama juga seperti dia kalah dan memberi haknya kepada Firash.Ya!Dia harus mempertahankan dan juga merampas kembali haknya.

"Apa yang aku kena buat untuk Firash jatuh cinta balik dengan aku?"Tanya Isya untuk meminta cadangan daripada Alieya.Dia tahu Alieya ada sahaja idea-idea yang boleh membantunya.

Alieya menarik nafas panjang sebelum dia membisikkan sesuatu ditelinga Isya.Isya teragak-agak sama ada mahu ikut ataupun tidak cadangan kakaknya itu.Alieya pun satu,nak bagi cadangan pun agak-agaklah!
**
Sedang Isya ralik dengan Iphone ditangan,tiba-tiba sahaja pintu biliknya diketuk beberapa kali.Dengan malasnya dia melangkah menghampiri pintu itu kerana pintu itu terkunci.Jika tidak pasti dia tidak payah susah bangun.

Tidak tahu perasaannya sekarang ini apabila melihat orang yang berada dihadapan pintu biliknya itu.Rasa rindu tetapi dalam masa yang sama hatinya sakit apabila teringatkan tentang madunya itu.Memang mahu dipeluknya erat tubuh lelaki dihadapannya itu tetapi ada satu suara seperti menyuruhnya untuk tidak mempedulikan Firash dihadapannya itu.

"Jangan masuk!Abang nak cakap abang cakap dari situ je."Kata Isya dengan tegas apabila kaki kanan Firash mahu melangkah masuk kedalam biliknya.Firash sedikit terkilan apabila dia dilayan begitu oleh isterinya sendiri tapi dia tahu dia patut dapat semua itu atas apa yang dia sudah lakukan terhadap Isya.
"Okay,kalo Sya marahkan abang pasal haritu.Abang minta maaf."

"Abang nak cakap apa sebenarnya?Bukan benda ni yang buat abang jumpa Sya kan? Jadi Sya hanya bagi abang 1 minit untuk abang cakap dengan Sya."Kata Isya dengan tegas sekali lagi.Dia tidak mahu nampak dia lemah dihadapan Firash dan juga Yani sekarang.Dia tidak mahu nampak kalah dengan musuhnya sendiri.

"Sampai hati Sya buat abang macamni kan?"Tangan Isya diraihnya tetapi belum sempat apa-apa Isya menepis tangan suaminya.Sekali lagi Firash terasa hati dengan isteri pertamanya itu.

Encik PlayboyWhere stories live. Discover now