PROLOG (1)

938 9 0
                                    

'Isy,kusut kepala aku. Lepas satu,satu masalah yang timbul. Lama kelamaan boleh biul kepala aku ni!' bisik Anieyssa.

"Woi!" Sergah satu suara. Tersentak Anieyssa dengan sergahan misteri itu. Bagaikan slow motion dia berpaling demi melihat siapa yang menyergahnya tadi.

"Isy,kau ni suka sangat buat aku terkejut kan? Nasib baik aku ni tak ada sakit jantung. Kalau tak dah lama aku arwah." Ujar Anieyssa dengan nada suara yang bergetar.

"Kau ni suka sangat cakap pasal mati. Aku tak suka la. Aku sayangkan kau. Aku tak nak kau tinggalkan aku. Aku dah tak ada kawan sebaik dan sesetia kau lagi. Please, lepas ni kau jangan cakap pasal mati ni lagi,okey?" Pinta Fara.

"Hmm.... okey." Jawab Anieyssa sepatah. Dia mencebik. Malas mahu melayan karenah rakannya itu. Makin dilayan makin menjadi lah perangai dia tu. Tangannya lincah mengemas mejanya yang agak berselerak. Fara yang menyedari Anieyssa yang sedang khusyuk mengemas mejanya segera bertanya.

"Kau nak pergi mana,Anieyssa?" Soal Fara. Nampaknya Fara ni masih belum perasan akan waktu yang telah ditunjukkan pada jam di dinding pejabat mereka itu.

"Kau ni. Jam depan mata pun kau tak perasan lagi? Kita nak lunch la. Dah pukul satu kot. Takkan perut kau tak rasa lapar? Perut aku dah menyanyi dangdut dah ni." ujar Anieyssa.

"La... ya ke?!" Fara bergegas ke arah mejanya yang berada agak jauh dari meja Anieyssa untuk mengambil telekung dan pursenya.

Anieyssa berjalan menuju ke pintu lif sambil menunggu Fara yang sedikit lambat.


HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now