BAB 14

228 3 0
                                    

Rose mundar mandir di ruang tamu rumah sewanya itu. Sya mendengus geram. Mana tidaknya, dia nak tengok tv pun tak senang. Asyik pusing-pusing depan tv tu. Rimas rasanya!

"Rose, kalau ye kau serabut, jangan la mundar mandir depan aku ni. Aku nak tengok tv la." Tegur Sya.

Rose pantas berpaling.

"Biar aku la! Sekarang ni aku nak cari cara untuk aku dapatkan Izz. Anieyssa da Izz akan berkahwin! Aku kena halang diorang!" Rose bertempik.

Tiba-tiba kepalanya terasa berpusing. Sya yang perasan akan perubahan pada rakannya itu segera memaut lengan Rose lalu menuju ke bilik tetamu di tingkat bawah. Ye la! Takkan nak bawak naik atas pulak kan? Tak pasal-pasal dua-dua jatuh kalau naik tangga. Tambah-tambah dengan keadaan Rose yang masih pening-pening lalat.

Dengan penuh hati-hati dia membaringkan Rose di atas katil.

"Kau ni kenapa, Rose? Tiba-tiba kau pening macam ni. Macam nak pitam aje aku tengok. Kau sakit ke?"

"Aku tak sakit la. Aku pregnant."

Jawapan Rose betul-betul membuatkan Sya terperanjat.

"Kau pregnant?! Anak siapa? Kau buat lagi kerja terkutuk tu?! Kau ni dah hilang akal ke, hah!!" Jerit Sya kepada Rose. Rose akan tidur dengan sesiapa sahaja yang mengajaknya di club. Lagi satu, Rose ni memang kaki clubbing.

"Aku tak pasti. Aku tak nampak siapa orang tu. Mata aku kabur sangat."

"Orang tu tahu tak kau mengandung?"

"Tahu. Tapi dia cakap dia tak nak ambil tahu pasal anak dalam kandungan aku."

Tiba-tiba Rose membulatkan matanya.

"Aku tahu!! Aku tahu, Sya!!" Jerit Rose.

"Tahu apa bendanya lagi?!"

"Aku dah jumpa cara untuk memastikan Izz takkan kahwin dengan Anieyssa. Aku akan pergi ke rumah mama Izz tu."

"Macam-macam la kau ni. Idea jahat kau mencurah-curah. Kenapa la kau tak nak bertaubat? Sedar sikit kejahatan kau ni dah sampai tahap bahaya tahu tak?! Nak meruntuhkan masjid yang akan dibina. Sampai bila kau akan jadi macam ni?!" Berang Sya. Entah kenapa. Pada kali ini dia seperti tidak mahu menyokong tindakan jahat Rose.

Rose mengerutkan dahi. Apa kena dengan minah ni? Gila ke apa?

"Takkan aku nak buat sorang diri. Tolong la aku Sya... Sekali ni aje. Lepas ni kalau kau tak nak tolong lagi, tak apa. Kali ni aje. Please..." rayu Rose.

"Ni! I won't help you anymore! Aku dah letih nak layan kau. Kalau kau nekad jugak, kau buat la sendiri." Ujar Sya sebelum berlalu ke biliknya di tingkat atas.

...

"Assalamualaikum!"

Puan Rozana mengerutkan dahi apabila kedengaran suara seorang perempuan memberi salam. Dia yakin bukan rumah jirannya. Suara itu kedengaran begitu hampir dengan rumahnya.

"Wa'alaikumsalam! Anak ni nak cari siapa?" Puan Rozana bertanya lembut.

"Err.. saya nak cari Zaquan. Dia ada tak makcik?"

"Zaquan kerja. Petang nanti dia balik. Ada hal penting ke?"

"Penting jugak mak cik. Soal maruah saya."

'Apa perempuan ni nak? Dengan pakaian yang tak cukup kain. Boleh pulak dia cakap pasal maruah.' Bisik hati kecik Puan Rozana dengan sinis.

Pakaian perempuan itu sungguh seksi. Dengan dress singkat paras paha, terdedah di bahagian dada dan dilitupi dengan sehelai selendang yang sangat nipis. Rambutnya yang kerinting halus pula dibiarkan lepas. Solekan pada wajah sangat menakutkan Puan Rozana. Tebal sangat.

"Oh ya! Lupa pula mak cik nak tanya. Nama anak ni siapa?"

"Saya Rose."

"Rose masuk dulu ye. Nanti mak cik call Zaquan dulu."

Rose mengangguk kepalanya.

...

"Awak boleh ambil resit di kaunter ubat. Ok. Assalamualaikum.." ujar Zaquan dengan ramah kepada pesakit terakhirnya di kliniknya itu.

Sedang dia ingin merehatkan mindanya seketika, dia teringat akan perbualannya dengan mamanya tadi.

~flashback~

Zaquan sedang keluar untuk makan tengah hari ketika mamanya menelefonnya.

"Wa'alaikumsalam mama. Ye mama, ada apa? Kenapa macam lain aje suara mama ni? Apa yang berlaku?" Soal Zaquan dengan hati yang risau akan keselamatan mamanya di rumah.

"Mama tak ada apa-apa pun. Ni mama nak suruh kamu balik tengah hari ni. Boleh tak?" Soal mamanya berhati-hati.

"Zaquan tak boleh balik hari ni. Patient ramai kat klinik tu. Ni pun Zaquan mintak tolong Aidil rawat sementara Zaquan makan tengah hari kejap. Kenapa mama?"

"Ni ada sorang perempuan ni. Katanya nak jumpa kamu. Dia jugak kata berkait dengan maruahnya. Apa yang Zaquan dah buat kat anak dara orang ni nak oi!" Pada mulanya Puan Rozana hanya menjelaskan perkara sebenar namun di akhirnya dia memarahi Zaquan tanpa mengetahui perkara sebenar. Aduhai mamaku sayang!

"Perempuan mana pulak ni, mama?" Belum sempat mamanya membalas, satu panggilan lain masuk dari Aidil. Pasti ada sesuatu terjadi dekat kliniknya itu.

"Err.. mama. Ada call. Mama letak dulu eh? Balik nanti kita bincang. Okey, assalamualaikum.."

~End flashback~

...

Zaquan memandu keretanya dengan sangat perlahan. Walaupun malam telah kian larut, tetapi masih banyak kenderaan yang sedang berlegar-legar di ruang kota Kuala Lumpur ini.

Setibanya dia di rumah, dengan pantas dia mematikan enjin keretanya dan bergegas masuk ke rumahnya.

Di dalam rumah, dia terlihat mamanya sedang menonton televisyen bersama Anieyssa.

"Err... mama. Assalamualaikum?" Zaquan memberi salam untuk menandakan bahawa dia telah pulang.

Puan Rozana dan Anieyssa berpaling lalu menjawab salam Zaquan hampir serentak.

"Anieyssa, awak buat apa kat sini? Malam pulak tu?" Prihatin sungguh hati Zaquan pada hari ini.

"Saja aje. Lagipun saya bosan kat sana. Fara dengan family diorang pergi mana entah." Jelas Anieyssa.

"Diorang tak ajak awak ke?"

"Diorang ada ajak. Tapi saya yang tak nak pergi. Biar la diorang spend time sesama family diorang aje. Saya yang bukan ahli ni pandai-pandai la hiburkan diri. Sebab tu saya datang sini. Boleh lepak dengan mama awak kejap. Err... awak tak marah kan?" Soal Anieyssa takut-takut.

"Buat apa saya nak marah? Lagipun ni kan rumah bakal mak mertua awak jugak. So, apa salahnya?" Zaquan mengusik Anieyssa dengan menekankan perkataan 'mak mertua'.

Anieyssa tersipu-sipu. Zaquan tersengih.

"Awak tidur kat sini ke?" Soal Zaquan.

"Haah. Fara balik lambat lagi. Diorang pergi Paris. Takkan nak balik hari pulak. Naik flight pun ambil masa beberapa jam. Nak rehat lagi." Ujar Anieyssa dengan sejelas-jelasnya.

Zaquan mengangguk.

"Anieyssa, saya nak naik dulu. Nak mandi. Nanti kita borak balik eh?"

"Hmm... ye la!"

Zaquan berlalu dengan pantas dia menaiki tangga ke biliknya. Hatinya betul-betul girang sehingga dia sendiri terlupa akan perkara yang membelenggu fikirannya tadi.

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now