BAB 1

506 7 0
                                    

Lewat petang itu perut Anieyssa tiba-tiba meragam. Senak terasa. Dia memicit-micit perutnya untuk mengurangkan sedikit rasa sakit itu. Sudah la minyak panas tertinggal dirumah pagi tadi. Minyak panas yang memang digunakan ketika Anieyssa mengalami gastrik.

"Eh,Anieyssa? Kau kenapa ni? Sakit ke?" soal Fara apabila melihat wajah pucat rakannya itu. Bimbang hatinya.

"Tak tahu la kenapa. Kau tolong drive hari ni boleh tak? Perut aku sakit sangat ni. Tak boleh nak drive." Pinta Anieyssa.

"Err... b...boleh. Tapi aku hantar kau ke klinik dulu eh. Bimbang hati aku ni." kata Fara.

"Hmm... okeylah." hanya sepatah yang dijawab Anieyssa.

Fara memandu kereta Anieyssa menuju ke klinik yang berdekatan.

...

"Assalamualaikum!" kedengaran suara seseorang memberi salam.

"Wa'alaikumsalam!" Puan Zurania menjawab salam.

Anieyssa muncul di muka pintu dengan wajah yamg pucat. Puan Zurania bimbang melihat wajah pucat Anieyssa. Dia sudah tidak mampu membendung persoalan-persoalan yang berlegar-legar di ruang mindanya.

"Yana? Are you okay?" soal Puan Zurania dengan prihatin.

"I'm okay,Umi.." ujar Anieyssa dengan lemah. Sakit di perutnya semakin mencucuk.

"Kalau okey kenapa muka pucat ni?" Puan Zurania masih tidak berpuas hati akan jawapan ringkas Anieyssa.

"Umi,Yana sakit perut je. Fara dah bawa pergi klinik tadi sebelum balik rumah. Doktor kata gastrik je." Fara mencelah.

"Yana dah solat?"

"Belum lagi. Nanti Yana solat. Nak naik mandi dulu."

"Lepas mandi,solat Yana turun eh. Umi ada masak nasi arab tadi. Nanti kita makan sama-sama. Fara pun. Jangan lupa. Mandi cepat tau. Umi tunggu." gesa Puan Zurania.

"Okey Umi." jawab Anieyssa dan Fara serentak.

Oh! Lupa pulak nak kenalkan bahawa Puan Zurania ni umi Fara. Mama Anieyssa ada kat kampung. Jadi Anieyssa tumpang la kat rumah Fara ni.

Sementara menunggu dua anak daranya itu bersiap dia menonton rancangan yang disiarkan di televisyen.

Sedang asyik menonton, tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam.

"Wa'alaikumsalam!" Laung Puan Zurania.

"Eh. Abang rupanya. Duduklah dulu,bang. Saya ambilkan air untuk abang." ujar Puan Zurania mesra kepada suaminya,Encik Razak.

Encik Razak hanya mengangguk. Puan Zurania bagai lipas kudung ke dapur untuk mengambil air kosong kepada suaminya.

"Abang. Ni airnya." Lembut Puan Zurania menegur suaminya.

"Budak berdua tu mana?" Soal Encik Razak.

"Ada kat atas. Saya suruh diorang bersiap sebab saya nak ajak Yana makan sekali dengan kita. Selama 3 bulan Yana duduk dengan kita tak pernah sekalipun dia makan dengan kita. Segan katanya." Puan Zurania memulakan perbualan.

"Hmm... elok la tu. Sekurang-kurangnya tak ada la dia rasa bosan duduk dengan kita." Encik Razak menyambung kata isterinya.

Sedang Puan Zurania dan Encik Razak sibuk berbual,Anieyssa dan Fara turun dengan gelak ketawa. Sikap Anieyss yang aneh pada mata Puan Zurania itu menimbulkan tanda tanya pada benaknya.

'Tadi bukan main monyok aje muka. Sekarang elok pulak. Dah hilang kot rasa sakitnya itu.' Puan Zurania berbicara sendirian.

Encik Razak yang perasan akan mulut isterinya itu terkumat-kamit segera bertanya." Awak cakap apa?"soal Encik Razak.

"Err.... ta.... tak de apa-apa," ujar Puan Zurania agak gugup.

Encik Razak hanya membiarkan isterinya itu melayan perasaannya sendiri.

"Yana dengan Fara dah makan ke?" Soal Encik Razak.

"Belum lagi ,abi." Fara menjawab.

"Kalau macam tu marilah kita makan. Abi dah lapar ni." Encik Razak mencuit isterinya yang masih melayan perasaannya itu.

Puan Zurania tersentak. Dia menjeling marah kepada suaminya. Suaminya hanya tersengih. Suka benar dia mengusik isterinya. Fara yang melihat adegan itu tersenyum. Gembira hatinya melihat kemesraan ibu bapanya. Dia pun melangkah ke meja makan untuk menjamu selera. Anieyssa yang turut melihat adegan itu berasa sendu. Dia hanya boleh melihat kemesraan ibu bapa orang lain. Ibu bapa sendiri di kampung. Bukan hendak menyombong tetapi ada 'sesuatu' yang menghalang niatnya untuk bertemu ibu bapanya di kampung.

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now