BAB 12

233 3 0
                                    

"Kau kenapa Anieyssa? Dari tadi asyik termenung je aku tengok. Ingat Zaquan eh?" soal Fara.

Anieyssa tersentak. Dalam hati berbakul-bakul sumpah seranah dia kepada Fara. Siapa tak marah kalau main sergah macam tu. Nasib baik dia ni panjang umur.

"Kau ni memang tak sayang mulut kan? Nak je aku ganyang mulut kau tu dengan sambal belacan mama aku. Pedas tau. Sehari semalam aku tak boleh duduk diam. Kalau kau nak rasa kau cakap macam tu lagi, baru aku bagi!" Marah Anieyssa kepada Fara.

Fara hanya terkebil-kebil memandang Anieyssa. Takkan tu pun nak marah? Akhirnya Fara memgambil keputusan untuk membiarkan Anieyssa menenangkan fikirannya seketika. Dia melangkah ke taman sayuran di belakang rumah.

Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia melihat pada skrin telefonnya untuk melihat siapa yang menelefonnya, namun hanya nombor sahaja yang timbul. Dengan hati yang berbelah bagi dia menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum?"

"Wa'alaikumsalam. Err... Fara ke ni?" Suara di talian bertanya.

"Ya, saya Fara. Siapa di talian?" Wah! Begitu formal ayat Fara.

Suara itu kedengaran menghembus nafas lega sebelum dia memberitahu satu perkara yang boleh membuatkan jantung Anieyssa berdegup kencang jika diberitahu.

"Tolong cakap pada Anieyssa yang Zaquan kemalangan. Dari tadi dia asyik meracau memanggil nama Anieyssa. Tolong datang ke rumahnya di kawasan perumahan elit Taman Jaya di Damansara. Tolong cepat sikit ye!" Suara itu kedengaran cemas pula. Tapi siapa yang menelefonnya? Kenapa dia tidak menelefon Anieyssa sahaja? Pelbagai persoalan berlegar-legar di ruang fikirnya.

"Err.. ya. Tapi boleh saya tahu siapa yang sedang bercakap dengan saya sekarang?"

"Saya Amirul Idhan. Kawan Zaquan. Tolong cepat ye! Assalamualaikum!" Safwan memutuskan panggilan.

"Wa'alaikumsalam.." jawab Fara sebelum dia bergegas ke atas untuk memberitahu perkara itu kepada Anieyssa.

...

Anieyssa masih meneliti kad di tangannya. Hatinya berbelah bagi untuk ke sana. Separuh hatinya menyuruh dia ke sana. Namun separuh lagi melarang. Hendak menggunakan akal, akal sudah blur. Akhirnya dia mencampak kad itu ke tepi dan mengambil telefonnya untuk melihat sebarang mesej. Dia menekan punat on, tapi tak on jugak. Dua kali dia melakukan perkara yang sama tetapi tetap tak on. Akhirnya dia berfikir bila kali terakhir dia charge telefonnya itu. Kalau tak silap dua hari lepas. Patutla tak hidup. Bateri dah habis rupanya. Segera dia mencapai powerbank di atas meja lalu telefonnya itu dicas.

Sedang dia berkira-kira untuk mandi, kedengaran ketukan di pintu. Dengan perasaan yang malas dia membuka pintu. Tersembul wajah cemas Fara.

"Kau ni kenapa, Fara? Cemas semacam je aku tengok muka kau?" Anieyssa pantas bertanya.

"Za...Zaquan.. Di...dia..." Fara gugup.

"Kenapa dengan Zaquan. Dia ada masalah ke? Ada perkara buruk menimpa dia ke?" Anieyssa menggoncang bahu rakannya.

"Zaquan accident. Sekarang dia ada kat rumah dia. Idhan call aku tadi. Dia cakap Zaquan meracau asyik sebut nama kau aje. Jom lah kita pergi sana. Bimbang aku!" Fara pulak yang cemas melebih.

Anieyssa mencapai baju labuh ala muslimah gitu(sebab tu memang pakaian wajib Anieyssa kalau hendak keluar dari rumah walaupun ke halaman depan rumah) lalu dia mencapai telefonnya dan kunci kereta.

"Cepat la Fara. Yang kau tercegat lagi kat situ tu kenapa?" Anieyssa melaung dari bawah.

Fara cepat-cepat mencapai tudung lalu turun ke bawah. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati.

Anieyssa menghidupkan kereta lalu memecut ke rumah yang di mesej oleh Idhan tadi.

...

Zaquan dan Idhan ketawa besar selepas panggilan kepada Fara tamat. Sengaja Idhan berkata begitu kepada Fara atas arahan Zaquan kerana ingin memberitahu sesuatu. Kalau dia tidak membuat cerita mencemaskan seperti tadi sudah pasti Anieyssa dan Fara tak akan datang.

"Jahat la idea kau ni. Buat risau anak dara orang aje kerja kau. Kerja kat pejabat berlambak, kat hospital selalu tak muncul. Nasib baik ada Khairul yang tolong." Bebel Idhan. Dalam pada dia membebel tapi tetap juga dia tolong Zaquan ni. Kawan la katakan..

Sedang mereka berdua berborak, mama Zaquan, Puan Rozana muncul sambil membawa dukang berisi air untuk menjamu tetamu anak terunanya itu.

"Bincang pasal apa ni? Ha! Tangan kamu tu Izz dah letak ubat ke?" Soal Puan Rizana dengan prihatin terhadap anak sulungnya itu.

"Tak bincang apa pun mama. Saja je gurau senda dengan Idhan ni. Tangan ni dah letak ubat dah. Jap lagi baik la tu. Alah.. sikit aje pun calarnya. Izz kan lelaki, takkan tak boleh tahan!" Zaquan bergurau pula dengan Puan Rozana. Idhan pula sudah tersenyum melihat gelagat dua beranak itu.

"Tu la. Nasib baik sikit aje calarnya. Lain kali kalau nak bawak motor tu, hati-hati la sikit. Jalan depan tu memang licin kalau lepas hujan macam ni." Tegur Puan Rozana.

Tiba-tiba kedengaran suara seorang gadis memberi salam.

"Assalamualaikum!"

"Wa'alaikumsalam! Anak ni cari siapa?" Puan Rozana pelik melihat dua orang gadis memberi salam di hadapan pintu rumahnya. Dah la dia sendiri tak kenal. Kawan anaknya barangkali.

"Err.. mak cik ni mak Zaquan ke?" Penuh kesopanan Anieyssa menyoal.

"Ye! Ni rumah Zaquan. Anak ni dari mana? Nama apa?" Hmm.. tak habis lagi rupanya soalan Puan Rozana ni.

"Oh ya! Lupa nak kenalkan nama. Nama saya Anieyssa. Kawan saya ni pulak Fara. Kami datang ni sebab Idhan call. Katanya Zaquan accident. Betul ke mak cik?" Anieyssa menjawab sambil menyoal sekaligus.

"Ye, memang Zaquan ada kemalangan. Tapi calar sikit aje. Tak teruk pun. Eh! Borak kat pintu pulak. Masuk la dulu. Nanti mak cik bawakkan air." Tergesa-gesa Puan Rozana ke dapur.

"Eh, tak payah la mak cik! Kami datang ni pun sebab Idhan yang call. Kalau tak teruk kami balik dulu ye, makcik? Assalamualaikum." Anieyssa meminta izin.

"La! Cepatnya kamu berdua nak balik. Duduk la dulu. Borak-borak dulu ke?" Saran Puan Rozana.

"Err.. macam ni mak cik. Saya tak selesa kalau duduk kat rumah orang lelaki. Takpe la mak cik ye? Kami balik dulu. Ada masa kita jumpa lagi. Assalamualaikum!"

"Wa'alaikumsalam" jawab Puan Rozana sambil memerhati lenggamg dua orang gadis itu. Sejuk hatinya melihat tingkah laku gadis itu.

"Mama! Dah-dah la tu tengok diorang." Zaquan menegur.

"Eleh! Biarla mama nak tengok diorang pun. Bukan guna mata kamu. Dan mama tak perlukan izin kamu nak tengok dia. Ke kamu suka dengan gadis tu?" Puan Rozana mula merisik anak terunanya.

Zaquan gelisah. Macam mana mamanya boleh tahu ni.

"Kalau ye?"

"Kalau ye, kamu masuk la meminang cepat! Tunggu lama-lama nanti orang lain kebas pulak. Dia pun sopan apa mama tengok. Sejuk mata memandang. Macam mana la agaknya sikap orang tua diorang ye?"

"Ni, kiranya mama dah bagi green light la ni?"

"Eh! Of course la. Kalau yang berbaju labuh tu lagi mama suka. Lembut tutur katanya. Ayu wajahnya."

Zaquan bersorak girang. Selama ini betapa dia gelisah untuk mengatur ayat demi memberitahu mamanya tentang niatnya ini. Akhirnya kebahagiaan bakal menjadi miliknya!

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now