BAB 16

250 3 0
                                    

Zaquan meraup wajahnya. Sudah merata-rata tempat dia cari. Langsung tak jumpa. Dah call si Fara, pun tak ada jugak. Manalah minah ni pergi.

Zaquan memberhentikan keretanya di sebuah gerai makan yang terdapat di tepi jalan itu. Gerai itu kelihatan sudah hampir tutup. Masakan mahu buka, dah pukul 12 tengah malam! Kalau kedai 24 jam tu boleh diterima pakai lagi.

Hajat di hati ingin melelapkan matanya sebentar. Baru sahaja matanya terlelap beberapa saat, kedengaran bunyi tingkap kereta diketuk. 'Siapa pulak ni?' Hati Zaquan berteka-teki. Dengan perlahan matanya dibuka. 'Ouh! Pak cik gerai ni rupanya!' Zaquan membuka tingkap keretanya.

"Kenapa anak tidur di sini?" Soal pak cik itu.

"Saya sedang cari tunang saya pakcik." Jawab Zaquan.

"Tunang kamu hilang ke?"

"Ye pak cik. Tadi kami bergaduh kecik aje. Tapi dia silap faham." Separuh berbohong separuh benar cerita yang disampaikan oleh Zaquan.

"Kalau nak tidur, jangan tidur di sini, nak. Bahaya! Anak ni nampaknya macam orang kaya. Baik berhati-hati. Zaman sekarang ni macam-macam cara orang boleh buat untuk hidup senang." Kata-kata pak cik itu penuh dengan maksud yang mendalam.

"Ye pakcik. Nanti saya cari tempat tidur. Pakcik balik naik apa?"

"Pak cik tumpang teksi aje nak."

"Eh, pak cik! Kebetulan saya dah ada ni, pak cik naik la kereta saya. Boleh saya hantarkan!" Bersungguh-sungguh Zaquan mempelawa pak cik itu.

"Tak apa ke?"

"Apa pulak tak bolehnya pakcik?"

"Biasanya orang kaya macam anak ni susah nak pelawa orang miskin macam pak cik ni nak. Terkejut jugak pakcik bila anak pelawa pakcik."

"Pakcik, apa yang saya ada sekarang adalah rezeki saya. Apa salahnya kalau saya berkongsi rezeki saya dengan orang lain? Tambah-tambah orang macam pak cik. Tentu pak cik pun teringin nak naik kereta sendiri kan?"

"Memang la pak cik nak kereta sendiri. Cuma tak tahu bila pak cik boleh beli kereta,nak."

"Haa! Kalau macam tu pak cik naik kereta saya. Boleh saya hantarkan. Pak cik pun tak perlu keluarkan duit."

"Hmm... ye la nak. Tapi boleh ke? Pak cik bukan sorang diri. Pak cik ada isteri dengan anak-anak pakcik kat sini."

"Alah.. tak apa. Naik aje." Fuhh!! Baik giler Zaquan ni. Tadi bukan main melenting lagi.

"Ye la. Kejap pak cik panggilkan diorang."

Setelah pakcik tadi bersama isteri dan anak-anaknya sudah selamat masuk ke dalam keretanya, dia memandu dengan penuh berhati-hati menuju ke rumah pak cik itu.

"Kat sini aje, nak." Ujar pak cik itu.

"Mana satu rumah pak cik?"

Soalan Zaquan dibalas dengan senyuman hambar pak cik itu sambil jarinya terarah pada sebuah pondok yang agak uzur. Zaquan beristighfar dalam hati. Betapa selama ini dia beruntung dilahirkan dalam sebuah keluarga yang cukup serba-serbi.

Zaquan keluar dari keretanya sambil kakinya melangkah ke arah pondok itu.

"Pak cik.." panggil Zaquan.

Pak cik itu berpaling.

Zaquan menghulur beberapa keping not 100 kepada pak cik itu.

Pak cik itu kelihatan terkejut.

"Banyak ni, nak! Tak payah la!" Pak cik tersebut menghulur semula duit kepada Zaquan.

Zaquan membalasnya dengan segaris senyuman.

"Anggaplah ia sebagai suatu hadiah kepada pakcik sekeluarga. Lagipun duit tu cukup untuk biaya pelajaran anak-anak pakcik dan keperluan lain. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumsalam.." jawab pakcik sekeluarga.

"Alhamdulillah.. ini rezeki kita hari ini. Aina, Aizat. Esok ayah daftarkan Aina dan Aizat untuk ke sekolah. Tapi, Aina dan Aizat kena belajar betul-betul tau. Jangan ponteng macam orang lain. Aina dan Aizat kena ubah nasib keluarga kita. Ayah tak nak keluarga kita disisihkan orang sebab selalu meminta. Ayah nak kita berjaya disebabkan usaha kita sendiri. Okey?" Panjang pak cik itu bercakap kepada anak kembarnya.

Anak kembarnya itu hanya mengangguk.

...

Anieyssa tergamam. Rumah yang bakal didiami sementara olehnya ini benar-benar cantik. Reka bentuknya seperti rumah ala inggeris. Dengan taman mini dan sebuah kolam renang sangat menarik perhatiannya. Kejakunannya tetap dikawal agar tidak malu di hadapan jejaka yang baru dikenalinya ini.

"Kenapa masih tercegat lagi tu? Masuk la.." ajak seorang wanita yang dianggarkan tua 5 tahun darinya mungkin.

Anieyssa berpaling sambil mengatur langkah untuk masuk ke rumah mewah itu.

Wanita itu tersenyum. 'Memang ramah wanita ni. Betul la apa yang Edry cakap tadi.' Bisik hati Anieyssa dengan perasaan yang lega.

"Jom la!" Wanita itu menarik tangan Anieyssa supaya masuk ke dalam rumah.

"Apa nama cik? Saya Suraya Arliawati. Cik boleh panggil saya Kak Aya je."

"Saya err... Anieyssa. Ni rumah Kak Aya ke?" Anieyssa cuba meramahkan diri dengan Kak Aya.

"Haah. Ni rumah Kak Aya. Cantik kan? Rumah ni akak bina dengan duit akak sendiri tau!" Ujar Kak Aya.

Anieyssa tercengang. 'Heeh, perasan pulak minah ni!' Ujar Anieyssa dalam hati.

"Anieyssa jangan fikir akak ni perasan eh? Maafkan akak. Perangai akak memang macam ni. Kalau orang yang rapat dengan akak aje boleh tahan dengan perangai akak ni." Kak Aya bersuara. Macam tahu-tahu aje apa yang Anieyssa fikir.

Kak Aya terus mengajak Anieyssa untuk naik ke bilik yang bakal didiaminya. Masalah yang membelenggu dirinya dilupakan seketika.

...

"Kau tak jumpa lagi ke dia tu?" Soal Zaquan.

"Belum. Aku dah cari serata KL ni tapi tak jumpa jugak. Hujan-hujan macam ni mana lagi dia nak lari. Kau dah cari ke? Fara tu kau dah call?" Soal Idhan.

"Aku dah call. Dia kata tak ada jugak. Isy! Anieyssa.. Anieyssa. Mana kau pergi?!" Zaquan memgusutkan rambutnya seperti kusutnya fikirannya sekarang.

Idhan menepuk bahu sahabatnya itu perlahan-lahan.

"Sabarlah. Mungkin dia perlukan ketenangan. Ya la, takkan dia nak senyum lagi lepas dia nampak kau dengan betina miang tu! Fikir pasal minah gila tu, aku pulak yang serabut. Kau pergila solat dulu. Mana tahu hati kau tu akan tenang sikit." Nasihat Idhan dengan lembut.

Sedikit sebanyak kata-kata Idhan itu diterima akalnya. Zaquan bangun dengan perlahan lalu mengorak langkahnya menuju ke biliknya.

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now