BAB 19

372 2 0
                                    

Peristiwa Zaquan ke rumahnya berlegar-legar di ruang kepalanya. Akhirnya Zaquan berjaya memujuknya untuk menyambung kembali ikatan yang terputus dahulu. Bagaimana Zaquan memujuknya?

~flashback~

Anieyssa duduk di bangku halaman rumahnya. Dadanya resah apabila diberitahu oleh Zaquan bahawa Rose ingin berjumpanya. Pelbagai persoalan bermain-main di kotak fikirannya.

'Rose nak buat apa lagi? Adakah masih mahu mengganggu hubungan yang sudah retak dan sedang menunggu masa untuk pecah? Atau... arghh!!' Fikirannya sudah mencapai tahap buntu apabila dia memikirkan tindakan Rose yang seterusnya.

Sedang dia menahan debaran di dadanya, sebuah kereta Mercedes berhenti di halaman rumahnya. Hati Anieyssa berdetak hebat. Kereta ini sangat dikenalinya. Kereta ini adalah kereta...

"Edry?!" Nama itu meluncur laju dari bibir comel Anieyssa.

Edry tersenyum ke arahnya sekilas. Dia melangkah ke pintu sebelah pemandu. Kelihatan seorang wanita yang agak sarat keluar dari kereta Edry. Wajah wanita itu cuba dicamkan oleh Anieyssa. Wanita itu....

"Rose?!" 'Apa perempuan tu buat dalam kereta Edry? Rancangan apa lagi yang diatur Rose?'

Rose menggelabah. Dia tahu kehadirannya bakal mengundang rasa tidak enak dalam hati mereka. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dia melangkah ke arah Anieyssa.

"Anieyssa..." Rose berjeda.

Anieyssa masih setia menanti perkataan yang bakal keluar dari bibir yamg tidak pernah lekang dari dicalitkan gincu merah pekat itu.

"Aku minta maaf. Aku tahu aku pernah buat salah kat kau. Aku juga pernah menghancurkan hati kau dengan kata-kata aku. Mungkin kau masih belum memaafkan aku. Aku faham perasaan kau. Maafkan aku Anieyssa." kata-kata Rose penuh dengan penyesalan. Mungkin saja dia sudah benar-benar menyesal akan perbuatannya selama ini.

"Sebenarnya apa yang kau dengar hari tu tak betul langsung. Aku sengaja mereka cerita supaya mama Izz akan percayakan aku dan memihak pada aku untuk memisahkan korang. Aku tahu aku jahat. Aku sedar. Tapi aku bagaikan orang gila masa tu. Kawan aku, Sya pun tak nak bersubahat dengan aku lagi. Aku sebenarnya sedang mengandungkan anak Edry." Ayat terakhir Rose benar-benar menyentakkan Anieyssa. Lelaki yang disangkakan baik selama ini rupanya...

"Masa tu kitorang sama-sama mabuk. Then, kitorang pun buatlah perkara yang jijik tu. Aku faham kalau kau tak nak dengar." Suara Rose semakin tenggelam dek air mata yang bercucuran.

Anieyssa memeluk Rose. Hatinya tidak lah keras sangat. Hanya ego yang mengeraskannya. Pabila runtuhnya ego itu, hatinya yang keras turut runtuh. Hanya tinggal yang lembut sahaja.

~end flashback~

"Hai! Termenung jauh nampak." Tegur Zaquan. Sejak dia mula berbaik dengan Zaquan semula, salah satu perangai baru yang Anieyssa perasan adalah suka mengusik dan makin gatal. Miang keladi.

Anieyssa menjeling.

"Biarlah termenung jauh pun. Awak apa kisah?"

"Saya kisah sebab saya cintakan awak."

Lagu yang berkumandang pada corong radio itu turut dinyanyikan oleh Anieyssa sementelah lagu ini sering dinyanyikannya sewaktu dia melarikan diri dahulu.

~ oh jahatnya kamu
mempermainkan aku
kata kau tahu
kau takkan pernah tahu
gara-gara kamu aku hilang arah
hingga terasa kesepian hariku

tak ku percaya
oh cintanya tak setia
manis mulutnya
bikin ku jadi gila
kalau dulu aku tahu kau tak setia
aku tak mahu
aku tak mahu
jadi pacarnya
Huwoo~

Setelah lagu itu tamat dimainkan, Zaquan bertanya.

"Macam kena pulak lagu tu."

"Kena? Apa yang kena?"

"Cuba perhati baik-baik lirik lagu tu dengan kisah kita. Macam berkait pulak."

"Memang berkait pun. Tapi saya suka lagu tu. Suara penyanyi dia pun best."

"Awaj jangan nak sindir saya pulak eh?" Ujar Zaquan dengan nada yang sengaja dikecilkan. Bunyi yang kelakar membuatkan Anieyssa menghamburkan tawanya.

"Gelak pulak. Dah..dah..dah. Jangan gelak kuat sangat. Kan terberak kat sini susah pulak awak nak basuh."

"Apa kaitan berak dengan gelak?"

"Tak ada kaitan pun. Saja ke nak usik awak.." Zaquan sudah tersengih.

Anieyssa mencubit pinggang Zaquan.

"Aduh! Sayang jangan la cubit. Sakit la!" Zaquan mengaduh manja.

"Ni sejak bila pulak awak panggil saya sayang ni?"

"Sejak....."

"Cepat la!" Gesa Anieyssa.

"Aik? Tak sabar nampak?" Usik Zaquan pula.

"Okey..okey. Erm.... sejak.... sekarang!" Kemudian Zaquan gelak dengan sekuat-kuatnya. Hati Anieyssa mula terbakar. Terasa seperti rentung sudah hatinya. Asap kebakaran hatinya makin meruap-ruap.

Anieyssa menarik muncung. Nak merajuk seminit. Err... mungkin 10 minit. Kot...

"Ha! Merajuk la tu. Muncung tu jangan panjang-panjang sangat. Cium kang!" Usik Zaquan lagi. Hatinya sungguh gembira melihat wajah cemberut Anieyssa.

"Dah la! Bawak kereta tu elok-elok sikit. Pandang depan! Orang kata pandang depan, boleh pulak dia pandang tepi. Macam mana la awak boleh ambik lesen kereta? Awak suap dia eh?" Gertak Anieyssa.

"Eh?! Tak main tau makan suap ni! Dia ada tangan, makan sendiri la!" Zaquan berloyar buruk.

Anieyssa mencebik. Malas mahu melayan perangai Zaquan yang dah serupa macam budak-budak. Asyik nak bergaduh aje.

"Haha... Okey..okey. Sorry. Saya takkan kacau awak lagi. Sorry again, okay?"

Anieyssa menghela nafas berat. Makin menjadi-jadi perangai Zaquan ni.

"Ye la!" Balas Anieyssa dengan nada kurang senang.

Zaquan terus memandu keretanya menuju ke butik pengantin untuk mencuba baju perkahwinan untuk kali keduanya setelah peristiwa Rose mencari Zaquan di butik itu tempoh hari.

...

"Anieyssa, awak marah saya lagi ke?" Zaquan menyoal lagi. Isy! Tak serik lagi ke?

"Awak rasa?"

"Err... tak kot."

"Hmm... saya ikut kata awak."

"Cik Anieyssa!" Laung seorang lelaki yang agak 'lembut'.

"Ye, saya! Kejap lagi saya datang. Saya tengah tengok baju akad nikah ni dulu." Baju ungu yang bersulam di hujung lengan dan di bahagian pinggang yang membentuk seperti tali pinggang diperhati tanpa rasa jemu. Baju itu memang menarik perhatiannya. Nampaknya cita rasa Zaquan memang kena dengan cita rasanya. Cantik baju tu.

Anieyssa melangkah ke bilik persalinan untuk mencuba baju majlis sambut menantu yang berwarna kelabu campur pic. Yang ni tak bersulam tetapi lebih ringkas dengan labuci di bahagian bawah gaun labuh tersebut. Baju untuk bersanding pula berwarna biru kehijauan. Berlabuci di bahagian hujung lengan dan hujung bawah gaun. Sulaman ringkas pula terdapat pada bahagian atas ke bawah. Ia memanjang di bahagian bawah ketiak hingga ke bawah. Pandai-pandai la korang imagine sendiri okey?

Zaquan hanya duduk menghadap telefon bimbitnya sambil menunggu Anieyssa yang sedang mencuba baju. Apabila Anieyssa keluar untuk memperagakan baju itu, dia mengabaikan telefonnya sekejap. Bajunya sudah siap, hanya baju Anieyssa yang mempunyai sedikit masalah. Kadang-kadang terlebih besar, lepas tu terlampau kecil pulak. Jenuh abang jambu tu baiki. Hai! Tengok aje la bajunya pada hari perkahwinan mereka nanti ye!

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now