BAB 15

266 3 0
                                    

Keesokan harinya, Rose datang semula ke rumah Zaquan. Niatnya hanya satu, iaitu untuk memisahkan Anieyssa dan Zaquan dan berkahwin dengan Zaquan. Jahat kan?

Ketika itu, Anieyssa telah pergi ke pasar untuk membeli barang-barang basah dan sedikit sayur-sayuran manakala Zaquan pula sedang membantu ibunya menguruskan pokok bunga orkid di belakang rumahnya.

Sedang Zaquan menyiram bunga-bunga itu, kedengaran bunyi loceng rumah ditekan.
Puan Rozana bergegas ke arah pintu.

Setelah pintu dibuka, alangkah terkejutnya Puan Rozana. 'Perempuan ni nak apa lagi datang sini. Sibuk nak mengurat anak teruna aku la tu. Menyampah aku tengok muka dia. Macam orang tak ada agama aje kalau tengok pakaian dia tu.' Bebel Puan Rozana dengan geram.

"Siapa tu mama?" Soal Zaquan yang baru menjengah ke ruang tamu.

"Perempuan yang datang semalam." Jawab Puan Rozana sambil memberikan laluan untuk anaknya melihat siapakah gerangan manusia tak tahu malu di hadapan pintu rumahnya ini.

Zaquan terpana. 'Apa minah gila ni buat kat rumah aku? Nak apa lagi ni?! Tak habis-habis nak ganggu aku'. Omel Zaquan dalam hati.

"Err...masuk la dulu. Nanti mak cik buatkan air." Ujar Puan Rozana sopan kepada perempuan tadi.

Setelah Puan Rozana lergi ke dapur, Zaquan menyoalkan maksud kedatangan perempuan itu.

"Kau nak apa datang sini?" Soal Zaquan dengan kasar.

"Alaa.. jangan la marah. I cuma datang sini nak cakap sesuatu dengan you and your mummy. Can I?" Soal Rose. 

"Hmm... tapi cepat sikit. I tak ada masa nak cakap lama-lama." Balas Zaquan dengan nada dan riak yang bosan.

Rose tersenyum segaris. Puan Rozana datang sambil menatang dulang berisi air oren.

"Borak apa ni?" Soal Puan Rozana tanpa mengetahui apa yang terjadi antara pasangan itu.

"Actually aunty, Rose nak cakap sesuatu yang mungkin akan membuatkan aunty terkejut. Sebenarnya saya pregnant!" Ujar Rose tanpa bersalah.

Puan Rozana membulatkan matanya. Zaquan berang.

"Hei, perempuan! Kau ni kenapa haa?!! Apa yang kau cakapkan ni?!! Kau ni dah gila ke apa?!! Bila masa aku buat kau mengandung?! Kalau kau nak buat kerja terkutuk jangan la libatkan aku sekali?!" Bergema rumah besar itu dengan suara petir Zaquan.

"I tak tipu sayang. Kalau boleh I nak you yang bertanggungjawab atas anak kita ni." Rose masih belum mengalah.

"Izz! Apa kau dah buat ni nak?! Kau dah musnahkan hidup anak orang nak, oi! Sekarang ni mama nak kau bertanggungjawab! No more excuses!!" Tegas sekali jawapan yang diberikan oleh Puan Rozana.

"Mama! How about Anieyssa. We're going to get married already!"

"I don't care! Kalau Izz nak jugak kahwin dengan Anieyssa, jangan datang lagi kat rumah ni! Kau ingat Izz! Selagi kau tak bertanggungjawab terhadap anak dalam kandungan Rose, selagi tu la kau jangan jejak lagi kaki kau kat rumah ni!!" Berang jawapan Puan Rozana.

Tiba-tiba kedengaran bunyi plastik jatuh. Mereka berpaling. Anieyssa sudah berendam air mata.

"Aku tak sangka begini perangai kau!! Dasar talam dua muka!!" Dengan dua ayat itu, Anieyssa keluar dari rumah itu.

Air mata yang merembes di pipi dibiarkan berlinangan. Biar semua orang tahu kedukaan di hati.

Zaquan tergamam. Air mata lelakinya tumpah perlahan-lahan. Cinta yang dipupuk untuk Anieyssa musnah hancur lebur disebabkan perempuan durjana ini.

"Kau keluar dari sini!!" Zaquan menarik tangan Rose.

"Cukup,Izz!! Mama nak kau kahwin jugak dengan perempuan ni!" Ujar Puan Rozana dengan nada yang masih tegas.

"Mama,Izz tak boleh kahwin dengan Rose. Izz tak buat pun semua benda tu. Izz masih ingat akan hukum hakam agama,mama! Kalau betul Izz nak lepaskan nafsu Izz, dah lama Izz ajak Anieyssa kahwin cepat-cepat. Anak dalam perut perempuan ni, Izz yakin bukan anak Izz. Maaf,mama. Izz minta maaf dengan mama dari hujung rambut sampai hujung kaki. Izz takkan balik selagi Izz tak jumpa Anieyssa. Izz pergi dulu mama, assalamualaikum.." salam Izz hanya dibalas perlahan oleh Puan Rozana sambil matanya dikaburi oleh air mata sebelum perlahan-lahan menitis di pipinya.

Rose tergamam. Tidak dia sangka bahawa Zaquan sanggup meninggalkannya begitu sahaja. Melihat keadaan yang sudah seperti sedang berkabung itu, dengan langkah yang penuh dendam dia meninggalkan Puan Rozana yang sedang teresak-esak.

...

"Assalamualaikum, Fara. Aku ni, Zaquan. Kau masih kat Paris ke?" Soal Zaquan.

"Wa'alaikumsalam. Haah, aku masih kat Paris lagi. Kenapa?" Soal Fara.

"Err.. aku nak beritahu kau ni. Anieyssa dah lari dari rumah aku. Di...." belum sempat Zaquan menghabiskan ayatnya, Fara memintas.

"Anieyssa lari dari rumah kau?!! Dia pergi mana? Apa kau dah buat kat dia? Oh my god!!" Fara panik. Anieyssa ni jenis mudah lupa jalan. Bimbang pulak kalau Anieyssa sesat. Dia pun tak biasa dengan jalan di Kuala Lumpur tu.

"Err.. aku takut dia ada kat sana. Kau cuba periksa kat sana, okey. Aku takut dia lari ke sana. Aku pulak cuba cari kat sini." Zaquan mengatur rancangan untuk mencari Anieyssa.

"Hmm.. ye la. Lain kali kau jaga la kawan aku tu baik-baik. Dia je kawan aku yang paling terbaik tahu?" Sempat lagi minah ni meluahkan isi hati.

"Isy, kau ni. Aku tahu la. Dia pun tunang aku jugak. Apa-apa rojer aku, okey? Assalamualaikum!" Zaquan memutuskan talian.

"Wa'alaikumsalam." Jawab Fara.

...

Anieyssa masih menunggu di pondok telefon. Hujan makin lebat. Macam mana nak jalan.

Anieyssa kalut. Pakaiannya makin basah dan melekat. Sungguh tidak selesa!

Sedang dia menunggu hujan reda, sebuah kereta Mercedes berhenti betul-betul di hadapan pondok telefon tempatnya berdiri. Nak intai, nampak macam tak tahu malu pulak. Akhirnya, Anieyssa hanya buat tak tahu.

Pintu sebelah pemandu terbuka. Keluar seorang lelaki yang tidak kurang kacaknya. Wajahnya yang sawo matang dengan kening yang lebat sedikit sebanyak menambahkan kekacakan pada wajahnya.

Lelaki itu membawa payung yang berukuran besar yang boleh menampung 3 orang di dalamnya. Lelaki itu berjalan mendekati Anieyssa. Anieyssa menelan liur. Jantungnya berdegup laju. Lelaki itu memayungkan Anieyssa.

"Awak tak perlu takut. Saya takkan buat apa-apa pada awak." ujar lelaki itu lembut.

"Awak siapa?"soal Anieyssa takut-takut.

"Saya Edry. Apa nama awak?"
"Err... awak boleh panggil saya Annieyssa."

"Tapi macam mana awak boleh ada kat sini? I mean macam mana gadis cantik macam awak boleh duduk dalam pondok telefon ni sorang-sorang. Awak ada tunggu someone ke?" Soal Edry dengan prihatin.

Anieyssa hanya mendiamkan diri. Masakan dia mahu bercerita hal peribadi dengan seseorang yang dia baru kenal.

"Err... biar saya bawa awak berteduh dulu. Mesti awak sejuk kan?" Soal Edry lagi.

'Isy! Mamat ni tak reti putus asa ke?' Hati Anieyssa berbelah bahagi untuk mengikutinya.

"Hmm... saya setuju untuk ikut awak. Tapi awak cakap dulu mana awak nak bawa saya." Ujar Anieyssa dengan tegas.

"Saya bawa awak balik ke rumah kakak saya. Dia rapat dengan saya. Dia pasti tolong awak. Jangan risau la. Saya takkan buat perkara yang awak tak suka." Panjang penjelasan Edry.

Anieyssa mengangguk kecil. Dalam diam dia menghidupkan telefonnya sebagai persediaan untuk sebarang malapetaka.

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now