BAB 18

412 2 0
                                    

Tiket ke Jerman ditempah. Kenapa tak pilih Paris? London? Sebabnya Paris tu kota cinta. Sedangkan fikirannya ingin menolak rasa cinta. London pulak ada ramai kenalan rapatnya. Bimbang banyak pulak soalan yang diorang tanya.

Flightnya pada hari ahad ini. Ini bermakna ada tiga hari lagi sebelum penerbangannya. Dia masih ada banyak masa untuk menyimpan pakaiannya da segala harta bendanya di sini. Dia juga akan berjumpa ibu bapanya untuk mohon restu untuk menjelajah. Walaupun tak nak orang lain tahu namun ini ibu bapanya. Masakan mahu berahsia jugak. Kan jatuh sakit orang tua tu dia jugak yang susah.

...

"Assalamualaikum, mama!" Anieyssa memberi salam.

Salam Anieyssa disambut oleh deruan angin yang agak kencang. Langit juga kelihatan mendung. Hujan mungkin akan membasahi bumi tak lama lagi.

"Assalamualaikum!" Anieyssa memberi salam buat kali kedua. Tetap tak ada orang sahut.

Namun salam ketiga Anieyssa disahut oleh seorang lelaki yang agak berusia. Mungkin dalam lingkungan 50-an.

"Papa!" Anieyssa tersenyum lebar.

"Lama papa dok tengok Yana. Koho gemuk Yana lening. Mesti makan banyok ni." Papanya membalas senyuman Anieyssa.

"Mana mama? Senyap je rumoh ni. Yana panggil tadi lagi. Tapi tak dok orang jawab." Anieysa menyuarakan perkara yang berlegar-legar di kepalanya sejak dia sampai di kampungnya.

"Mama ada. Ye dok masok dapur. Ni Yana dok tepom pon nok balik. Kejut papa tengok. Koho comel anok dara papa." Papa mengusik Anieyssa. Siapa tak rindu anak tunggal yang telah lama meninggalkan kampung halaman.

Anieyssa bergegas mencabut sandal ungu yang dipakainya untuk bertemu mama kesayangan. Papa di belakang hanya menggeleng kepala melihat gelagat Anieyssa. Namun matanya sempat menangkap air muka Anieyssa yang agak sugul. Mungkin ada perkara yang membelenggu fikirannya. Lantas beg pakaian Anieyssa yang tertinggal tadi diambil dan diletakkan di dalam bilik anaknya. Kalau Anieyssa tahu papanya yang mengangkat begnya, mesti dia marah. Anieyssa memang tidak suka apabila orang lain bersusah payah melakukan sesuatu untuknya.

"Mama!" Jerit Anieyssa apabila ternampak kelibat mamanya yang lincah menyiapkan bahan untuk memasak makanan tengah hari.

Puan Syuhada tersentak. Telinganya menangkap suara girang Anieyssa seperti setiap kali dia pulang dari sekolah seperti waktu kecil dahulu.

Air mata Puan Syuhada gugur jua di pipinya. Rindunya kepada anak dara tunggalnya makin menjadi-jadi. Malam tadi dia sudah bermimpi akan kepulangan Anieyssa ke kampungnya. Dia benar-benar berharap Anieyssa pulang ke kampungnya.

Tiba-tiba Puan Syihada terasa pelukan di pinggangnya. Pelukan itu makin kejap. Air matanya mengalir semakin laju.

Telinga Anieyssa dapat menangkap akan esakan kecil mamanya.

"Mama? Bakpe mama nangis? Mama dok suka ke Yana balik? Yana mintok maaf sebab lama doh Yana dok balik." Suara Anieyssa kedengaran sebak.

Puan Syuhada berpaling. Dia yakin bahawa dia tidak bermimpi. Wajah Anieyssa yang sembab diperhati. Rindunya seakan terlerai. Pelukan Anieyssa pada pinggangnya dibalas sambil air mata menjadi saksi.

"Mama nangis sebab mama macam dok caye Yana balik. Mama rindu dooh ke Yana. Mama bersyukur sangat Yana balik. Yana jangan gi KL lagi neh? Mama sokmo ingat ke Yana." Esakan Puan Syuhada semakin perlahan dan digantikan dengan senyuman yang semakin melebar.

Anieyssa membalas senyuman mamanya. Rindunya terlerai.

"Mama masok nape ni? Sedap bau! Rindu masokan mama! Buleh Yana tolong?"

Puan Syuhada mengangguk. Ikan goreng berempah diangkat dari kuali dan diletakkan di dalam pinggan. Ikan yang lain diletakkan dalam kuali. Anieyssa pula menggoreng sayur.

...

Hujan yang lebat menyukarkannya memandu dengan kelajuan yang tinggi. Signal kecemasan dibuka bagi mengatasi keadaan hujan yang terlampau lebat itu.

"Izz, hujan lebat sangat ni. Kalau nak balik KL sekarang pun berbahaya. Apa kata kalau kita singgah mana-mana homestay yang berdekatan." Saran Idhan.

"Haah. Betul juga tu. Kalau tak silap aku simpang ni ada satu homestay. Best jugak la homestay ni. Ada air-cond. Bathtub pun ada. Selesa kalau orang yang macam kau yang tak suka rumah kampung. Lagipun murah apa."

"Kalau kau kenal pemilik homestay tu lagi mudah. Tak perlu nak banyak songeh." Setuju Idhan.

Zaquan membelok keretanya masuk ke kawasan homestay berkenaan.

...

Sebuah kereta Audi hitam menjalar masuk ke kawasan rumahnya. Ketika itu papa Anieyssa terperasankan kenderaan itu.

'Mungkin ada orang nak sewa homestay agaknya.' Fikir Encik Ibrahim atau papa Anieyssa.

Encik Ibrahim bergegas naik ke atas rumahnya untuk memanggil Anieyssa supaya Anieyssa menguruskan homestay tersebut buat sementara waktu kerana dia ada hal.

"Yana!" Panggil Encik Ibrahim.

"Ye pa! Kejap! Yana tengoh kemas bilik ni!"

Encik Ibrahim masuk ke bilik anaknya lalu memberitahu tentang hajatnya itu.

"Hmm... tulis dalam buku tu je dok?" Soal Anieyssa meminta kepastian sebelum dia ke hadapan homestay berkenaan.

Sambil dia mengeluarkan buku untuk menanda nama orang yang ingin menyewa homestaynya, kedengaran suara seorang lelaki menyoal.

"Ni Homestay Yana's Family ke?" Suara itu bagaikan biasa didengari oleh Anieyssa. Lantas dia mengangkat wajahnya demi melihat gerangan yang bertanya tadi.

"Awak rupanya!" Zaquan sedikit terjerit. Dia diam seketika dan baru dia teringat bahawa rumah ini adalah rumah tunangnya iaitu...

"Anieyssa!" Panggil Zaquan.

Anieyssa diam membatu sambil tangannya sibuk membuka buku. Dia menghulur buku itu supaya diisi oleh Zaquan namun tangannya diraih oleh Zaquan.

"Anieyssa, please. Jangan tinggalkan saya lagi. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Please Anieyssa." Rayu Zaquan. Maruahnya ditolak ke tepi demi mendapatkan semula cinta Anieyssa. Dia ingin menggapai semula hati Anieyssa yang sudah pasti hancur berkecai setelah mendengar 'pengakuan' Rose.

"Encik tolong isi nama dan nombor telefon ye? Saya ada hal. Tolong cepat sikit Encik!" Nada suara Anieyssa seperti orang yang tidak berperasaan sahaja gayanya.

"Anieyssa..." berdasarkan gaya Anieyssa, Zaquan pasti hatinya telah tertutup. Hati orang yang sukar menerima cinta akan lebih sukar untuk menggapainya semula setelah dilepaskan.

"Maaf ye. Nampak gayanya encik tidak mahu menumpang. Hmm... terima kasih ye encik." Anieyssa berusaha untuk melarikan dirinya walaupun jantungnya berdegup kencang apabila dia terhidu wangian yang dipakai Zaquan dan lirikan mata redupnya yang menggoda.

Dengan langkah yang pantas dia cuba melarikan diri. Belum sempat dia melarikan diri dengan lebih jauh, tangannya digenggam oleh Zaquan.

"Idhan, kau tolong isi maklumat tu. Aku nak uruskan benda lain."

Idhan hanya mengangguk.

"Lepaskan saya! Kalau tak saya jerit!" Anieyssa meronta.

"Jeritlah. Bukan saya tak tahu awak nak mintak restu mak ayah awak sebab awak nak ke Jerman kan? Awak tak akan ke mana-mana lagi!" Zaquan bagaikan memberi arahan.

Anieyssa terkedu. Apa maksud Zaquan tu? Kadang kala fikiran Zaquan memang sukar ditebak.

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now