BAB 5

316 8 0
                                    

Anieyssa mengejutkan Fara untuk bersolat subuh. Kalau tidak mengejutkannya mungkin dia akan terbabas solat Subuh seperti sebelum ini.Fara terpisat-pisat bangun dari tidurnya.

"Kau bangun awal ni mesti sesaja nak ganggu aku tidur kan? Aku baru je nak bermimpi putera raja datang meminang aku." Fara sudah mula mengarut.

"Tak payah la kau berangan putera raja nak datang meminang kau. Bangun solat Subuh pun bukan main liat, ada hati nak berangan. Dah.
Dah..dah! Bangun , mandi pastu solat. Kalau aku tinggalkan kau sengsorang alamatnya memang kau sambung tidur balik." Anieyssa mula berceramah.

"Isy, ya la! Aku nak bangun la ni. Kau tu pergi la keluar dulu. Aku nak mandi ni!" Marah Fara. Bukan nak marah sangat sebenarnya , tapi disebabkan mulut Anieyssa yang pot-pet pagi-pagi buta macam ni memang buat mood orang yang ok jadi k.o.

"Okey, aku keluar." Anieyssa buat muka sambil mengangkat dua jarinya yang bermaksud ' I always watching you! ' ke mata Fara sebagai tanda isyarat sebelum melangkah ke arah pintu biliknya.

Setelah Anieyssa keluar dari biliknya, Fara cepat-cepat mengunci pintu bilik supaya mak nenek mulut murai a.k.a Anieyssa tak datang mengendap.

Hehehe...kalau Anieyssa tahu dia menggelarnya begitu konfem dia kena pukul. Sakit woo....

Fara mengambil tuala yang tersedia dalam bilik itu lalu berlalu ke bilik mandi.

...

Di dapur, Anieyssa melihat Mak Nah sedang bertungkus-lumus menyiapkan bahan untuk memasak sesuatu.

"Mak Nah buat apa tu?" Anieyssa menyoal lembut.

"Mak Nah nak masak bihun goreng. Tapi dari tadi Mak Nah cari cili padi tapi tak jumpa. Mak Nah silap letak agaknya." Mak Nah buka laci dapur, tak jumpa juga. Dalam peti tak jumpa juga. Mak Nah menggaru-garu kepalanya.
Anieyssa mengintai di belakang bakul kunci di atas peti sejuk tersebut. Jumpa!!

"Mak Nah, ni cili padi. Ada kat belakang bakul kunci ni haa!!"

"Nasib baik jumpa. Puan Sheila dan Encik Adam suka makan makanan pedas. Kalau tak ada cili padi ni mesti tak makan punya.."

"Oh ya ke? Sekarang ni dah lewat kalau nak masak bihun goreng. Kalau saya tolong mungkin boleh masak cepat sikit." Anieyssa menawarkan diri untuk membantu Mak Nah.

"Boleh jugak tu. Lagipun kejap lagi mesti Puan Sheila dan Encik Adam bangun." Mak Nah bersetuju.
Mereka memulakan proses memasak bihun goreng stail cepat tapi sedap...

...

"Nek Nah! Cedapnya bau... Nek Nah masak apa ni?" Nurin memuji.

"Alaa cucu Nek Nah dah bangun. Nek Nah masak bihun goreng pagi ni. Nurin dah mandi?" Mak Nah menjawab soalan Nurin tanpa melihatnya.

"Nek Nah ni.. syok sangat memasak sampai tak pandang langsung Nurin ni. Nurin dah mandi la. Nek Nah tengok ni. Wangi dah. Pakai baju Frozen lagi." Nurin merajuk.

"Alolololo... sorry Nurin. Nek Nah kena masak betul-betul. Kalau tak nanti hangit, siapa nak makan. Membazir je. Membazir tu amalan siapa?" Mak Nah pura-pura menyoal. Sengaja dia menyoal
sebegitu kepada Nurin untuk mengajarnya serba sedikit tentang Islam ni.

"Syaitannn!!" Nurin menjawab. Macam yang dia belajar kat tadika.
Mak Nah tersenyum. Pandai anak majikan yang dianggap seperti cucunya sendiri itu.

"Pandai cucu Nek Nah. Mama mana?"

"Mama tengah bersiap. Nurin turu dulu sebab Nurin dah lapar..." ujar Nurin manja sambil menggosok-gosok perutnya.

"Kejap Nek Nah ambilkan." Mak Nah berlalu ke ruang dapur untuk mengambil bihun goreng yang dimasak berasingan tadi. Nurin tak suka pedas.

Anieyssa membawa air nescafe yang dibancuhnya tadi ke ruang makan. Tanpa dia sedari, Nurin memandangnya dengan pelik.

"Eh? Kak Yana dah bangun? Mana kawan Kak Yana? Belum bangun lagi eh?"
Ramah pulak budak ni. Semalam bukan main monyok lagi muka dia. Baru kenal kot.

Anieyssa melemparkan senyuman sambil menggeleng perlahan.

"Oh! Nurin kejutkan eh?" rajin betul anak Sheila.

"Tak apa. Nanti Kak Yana pergi kejutkan. Atau Nurin nak pergi jugak?" Soal Anieyssa. Orang kata apa..... err.... oh ya! Sesi suai kenal!

"Nak..nak..nak!" Nurin pantas mengangguk.
Anieyssa memimpin tangan kecil Nurin menuju ke bilik tumpangannya. 'Fara..Fara.. buat malu je kau ni. Budak kecik pun boleh bangun awal. Kau ni?... arghh!' Sempat lagi anieyssa membebel dalam hati.

Tokk...tokk...tokk....

"Kak Fara! Ooo... Kak Fara..
Dah bangun ke belum?" Nurin memanggil Fara.
Fara mengeluh. Baru nak sambung tidur balik. Dia berjalan malas ke arah pintu biliknya. Pintu bilik dipulas. Tersembul wajah polos si kecil Nurin dan wajah sahabatnya Anieyssa.

"Nak apa?" Soalnya malas.

"Tak nak apa-apa pun. Cuma nak kejutkan kau aje. Ingatkan belum bangun lagi. Si kecik ni haa yang nak sangat kejutkan kau. Nanti terlepas solat subuh la apa la katanya tadi." Jelas Anieyssa.
Fara mencebik. Walaupun ni rumah kawan baik sendiri, tapi dia buat rumah ni macam rumah dia je. Ada orang tolong masakkan, boleh bangun lewat. Isy! Bila la kau nak berubah Fara...

"Ye la! Aku nak turun la ni.. Sibuk je kau." Marah Fara.
Anieyssa menyimpan senyum. Rakan baiknya itu memang akan marah kalau ada orang yang mengganggu niatnya.

"Lagi satu, Mak Nah ada masakkan bihun goreng pedas. Aku tahu tu makanan favourite kau. Cepat turun." Arah Anieyssa lagi.
Fara mengangguk malas. Sibuk je kau ni Anieyssa!

...

Di dapur, Sheila dan Adam menunggu tetamu-tetamunya dan anaknya turun. Sambil itu sempat dia berborak kecil dengan suaminya.

"Cuba abang tengok Yana dan Izz tu. Rapat semacam aje saya tengok. Kalau kita rapatkan hubungan diorang tu abang setuju tak?" Shrila menyoal suaminya. Perkara ini sudah lama difikirkannya.

"Abang okey aje. Lagipun elok jugak tu. Fara kita pasangkan dengan kawan abang yang sorang lagi. Nama dia apa ehh... abang lupaa!" Adam cuba mengingati nama rakan yang masih mencari jodoh tetapi lupa akan namanya.

"Takpe la. Pasal Fara kita fikirkan kemudian pula. Sekarang ni main topic dia pasal Anieyssa. Anieyssa ni susah nak berkawan dengan lelaki. Kalau dia berkawan dengan lelaki tu maknanya lelaki tu boleh dibuat kawan atau yang paling betulnya teman hidup. Tetapi, walau Anieyssa pandai memilih teman hidup tak bermakna dia tu suka kawan rapat. Dengan Zaquan tu dia bertegur kalau perlu je. Kalau tak perlu diorang tu membisu macam orang tak kenal aje la. Sebab tu saya cadangkan macam tu. Abang tolongla saya. Saya tak tahu nak buat macam mana ni." Jelas Sheila panjang lebar sambil meminta pertolongan suaminya.

"Abang tahu macam mana nak buat. Jap lagi kita bincang balik sebab Anieyssa, Fara dan Zaquan dah turun." Ujar Adam.

Sheila hanya mengangguk. Bimbang juga dia sekiranya rahsia mereka pecah. Bukan bimbang pasal lain. Bimbang Anieyssa akan marah pada dirinya.

Kalau rajin,vote ye!

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now