BAB 17

333 3 0
                                    

Bibirnya mengukir senyuman kemenangan sambil tangannya mengusap perut yang sedikit membukit. Fikirannya tertumpu pada hari Anieyssa melarikan diri.

"Woi, Rose! Kau ni dah pekak ke apa? Aku panggil berkali-kali kau tak dengar ke? Sakit tekak aku!" Keluh Sya apabila panggilannya tidak bersahut.

"Eh, ye ke! Sorry la. Aku tak dengar." Rose tersengeh seperti orang yang tidak bersalah.

"Ye la. Mana kau nak dengar kalau fikiran kau tu dah melayang kat orang lain.." Sya mengusik. Bila lagi nak mengusik Rose kalau bukan sekarang sebab Rose sedang berada dalam keadaan baik dan gembira.

Rose tersentak. 'Siapa yang aku fikirkan? Mana Sya tahu aku tengah fikirkan Izz?' Rose tersenyum sendirian.

"Tengok tu. Dah senyum-senyum tu. Mesti betul tekaan aku." Sya masih berteka-teki.

"Maksud kau aku tengah fikirkan siapa?" Rose mula berasa pelik.

"Alah.. siapa lagi kalau bukan Edry. Ye tak?" Soal Sya. Bibirnya mengukir senyuman.

Rose mula tidak sedap hati. Edry? Edry Rahim? Siapa Edry? Mana aku kenal dia? Pelbagai persoalan berlegar-legar di ruang fikirnya.

"Edry?"

"Haah. Takkan kau tak kenal Edry? Dia cakap dia kenal kau zahir dan batin lagi. Takkan kau tak kenal dia?" Sya mula bertanya. Keadaan ini terasa bahang. Takkan Rose tak kenal Edry? Habis tu mana Edry kenal Rose?

"Aku rasa kau ni dah silap orang la. Aku mana kenal dia? Lagipun mana kau jumpa dia? Macam  mana kau kenal dia?" Rose bertanya bertubi-tubi.

Sya mengerutkan dahi. Tiba-tiba telefonnya berdering. Nama 'Edry' tertera di skrin telefonnya. Sya kaget. Mana mamat ni dapat nombor telefonnya. Setahu dia nombornya adalah private number. Hanya orang terdekat sahaja yang mengenal nombornya.

Dengan tangan yang terketar-ketar dia menjawab panggilan tersebut.

"Err... helo?" Sya bersuara.

"Hai! Kenapa ni? Takkan kau tak kenal nombor aku? Bukan hari tu kita bertukar phone number ke? Takkan dah lupa?" Edry tergelak kuat. Bingit bunyinya.

"O..ouh. Edry! Hai! So, pehal kau call aku ni?" Sya cuba mengawal nada suaranya.

"Aku call sebab aku tahu kau tinggal serumah dengan Rose. Kau pass phone ni kepada Rose. Aku ada benda nak cakap dengan dia." Arah Edry. Nada suaranya tiba-tiba kedengaran tegas.

Dengan perasaan takut, Sya tetap menghulur telefonnya kepada Rose. Rose mengerutkan dahi.

'Edry nak cakap', beritahu Sya tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

"Err.. hello Ed?"

"Wow! Rose? Apasal kau diam aje lepas balik dari clubbing haritu? Camne malam tu? Syok tak?" Edry bertanya.

"A..ap..apa kau cakap ni, ha?! Kau jangan nak buat benda bodoh pulak eh?" Rose gagap.

"Rose, kau ingat aku tak tahu ke haa yang kau sedang mengandungkan anak aku! Sekarang aku nak bertanggungjawab atas anak aku tu. Aku nak jumpa kau. Aku nak kahwin dengan kau. Kalau boleh lagi cepat lagi bagus!" Edry mula mengugut Rose.

Rose mula gugup. Bukan dia tak tahu Edry boleh melakukan apa sahaja yang dia nak. Tapi??

"Kau cakap apa tadi? Kau tahu aku mengandung? Pastu kau tanya aku syok ke tak? Apa maksud kau sebenarnya? Aku tak faham la!" Bertubi-tubi soalan yang dikeluarkan dari bibir merah itu.

"La! Kau tak tahu lagi ke siapa ayah pada anak dalam kandungan kau tu? Hahaha..." Edry berjeda seketika sebelum menyambung semula.

"Aku la ayah pada anak kau tu! Sebab tu aku nak bertanggungjawab! Kenapa la kau ni susah nak paham! Kalau tak reti minum tu jangan la minum. Kan dah jadi bengap!" Lancang sungguh mulut lelaki itu berbicara.

"Aku nak jumpa kau! Petang ni aku ambik kau! Aku nak kau bersiap sekarang!" Arah lelaki itu.

"Ba..." belum sempat Rose memghabiskan kata-katanya panggilan tersebut sudah pun ditamatkan.

Dengan perasaan yang bercampur baur dia menghulur semula telefon itu kepada Sya. Sya mengerutkan dahinya.

"Apa yang Edry tu cakap?" Soalan Sya hanya dibiarkan sepi. Sengaja dia bertanya untuk melihat mood kawannya itu. Namun kelihatan sugul sahaja wajahnya. Mungkin berita buruk.

"Edry la ayah pada anak aku. Sekarang dia nak bertanggungjawab. Tapi... aku tak nak! Aku nak Izz. Hanya Izz yang layak bertakhta dalam hati aku!" Rose mula bertempik. Wajahnya merah padam. Mungkin menahan perasaan yang sedang bercampur baur.

Sya gelabah. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk menenangkan Rose.

"Sya! Aku nak kau keluar dari rumah ni! Aku serabut tengok muka kau!" Rose mula hilang kawalan.

Dengan langkah yang tergesa-gesa, Sya melangkah menaiki tangga menuju ke biliknya untuk mengambil beg dan kunci kereta lalu keluar dari rumah itu. Niatnya untuk membiarkan Rose menenangkan dirinya terlebih dahulu.

...

Edry menutup telefonnya sambil tersenyum puas. Tanpa sedar, dirinya diperhatikan oleh seseorang.

"Aik? Senyum sorang-sorang ni kenapa? Boleh share?"

"Tak.. tak ada apa la. Tak kerja ke hari ni?" Edry menyoal sekadar ingin melarikan dirinya dari disoal oleh Anieyssa.

"Dah lama saya berhenti. Malas nak kerja lagi. Duit gaji saya dulu banyak lagi. Boleh kot tampung hidup saya selama beberapa bulan lagi. Buat masa ni saya nak segarkan minda saya dulu lepas tu baru saya nak cari kerja. Okey la. Saya nak naik dulu." Anieyssa meminta diri. Dadanya mula terasa sebak apabila memikirkan tindakan Zaquan dulu. Dasar talam dua muka!

Di dalam biliknya, dia ternampak sekeping kad. Macam kad perkahwinan. Cantik sangat! Tangannya pantas mencapai kad yang berada di bawah katilnya.

"Nur Anieyssa Emylyana dan Muhammad Izz Zaquan." Anieyssa membaca patah-patah perkataan yang terdapat pada kad itu. Tanpa sedar air matanya gugur ke pipi mulusnya.

"Sampai hati kau buat aku macam ni! Aku percayakan kau tapi ini balasan kau! Selama ni aku ingat kau seorang yang berbeza dari lelaki lain yang pernah aku kenal, rupanya kau lebih teruk! Aku benci kau, Zaquan!!" Tempik Anieyssa. Perasaannya begitu berkecamuk. Hatinya bagaikan hancur apabila melihat Zaquan dan Rose di rumah Zaquan hari itu. Bencinya dia pada Zaquan makin bercambah dari hari ke hari. Akhirnya setelah penat meluahkan perasaan, dia telah membuat keputusan. Dia harus pergi lebih jauh dari ini. Ya! Pergi lebih jauh supaya tiada sesiapa mampu menjumpainya lagi. Tempat ini bagaikan sebuah tempat yang asing baginya. Mereka bagaikan orang yang tidak dikenalinya. Semua telah memandang serong terhadapnya. Tetapi?? Mana mahu diletakkan mama dan papanya di kampung. Sudah tentu mereka kecewa. Anak yang selama ini dibanggakan akhirnya kecundang dalam percintaan. Sudah pasti hati mama dan papanya sakit. Ah! Kusutnya fikiran!

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now