PROLOG (2)

517 8 0
                                    

"Payah pulak nak cari parkir hari ni. Biasanya tak ramai pun kedai ni." Keluh Fara.

"Hmm.... betul kata kau tu Fara. Agaknya sebab bangunan yang baru dibangunkan semalam tu kot. Pekerja-pekerja kat situ agaknya yang datang sini. Takpe lah. Kita letak kereta kat sebelah surau sana tu." Ujar Anieyssa merujuk kepada surau yang terdapat di tepi restoran tersebut.

"Anieyssa,aku keluar dulu sebab nak cari meja kosong." Kata Fara.

"Okey!" Jawab Anieyssa sepatah.

Fara bergegas mencari meja kosong. Dalam matanya liar mencari meja kosong, matanya terpandang susuk tubuh seorang jejaka.

Anieyssa yang perasan akan Fara yang ralit memerhatikan sesuatu,segera bertanya.

"Kau dah jumpa meja kosong ke?" soal Anieyssa.

"Err....t...tak." jawab Fara gugup yang terkejut dengan kehadiran Anieyssa yang tiba-tiba itu.

"Habis tu kau tengok apa sampai aku datang pun kau tak sedar?" soal Anieyssa pelik.

"Err...... aku tengah tengok mamat tu." Fara memuncungkan mulutnya ke arah yang dimaksudkan.

"Kenapa dengan mamat tu. Aku tak kenal pun. Siapa dia tu? Crush kau ehh...." usik Anieyssa.

"Isy, kau ni. Kesitu pulak. Bukan la. Aku mana ada crush. Nak kena hempuk dengan mak ayah aku tu."

"Habis tu siapa jejaka tu. Kau kenal ke?" soal Anieyssa tak sabar.

"Macam kenal tapi aku tak tahu betul ke tak jejaka tu adalah dia." ujar Fara.

"Hmm.... kalau macam tu apa kata kalau kita makan dulu. Waktu Zuhur dah dekat ni. Kat sebelah sana tu ada meja yang baru je dikosongkan. Jomlah!" ajak Anieyssa. Fara hanya menurut langkah Anieyssa.

"Eh! I kenal you ke? Sebab I macam pernah tengok you berdua ni. Err.. You Anieyssa kan? Dan you pulak Fara?" soal seorang jejaka yang disebut Fara tadi setelah pelayan mengambil pesanan mereka.

"Err.. ya. Saya Anieyssa dan ni pulak Fara. Encik ni siapa ya? Boleh saya kenal?"

"Siapa kata tak boleh. Saya Zaquan. Budak lelaki yang selalu ganggu awak berdua semasa sekolah menengah dulu. Tak sangka yang korang berdua ni kekal bersahabat sampai sekarang. Mana yang lain?" soal Zaquan.

"Yang lain?" soal Anieyssa pula.

"Yang mana?" sambung Fara.

"Ala.. buat tak tahu pulak. Kawan-kawan baik awak yang lain la. Takkan tak ada sorang pun." ujar Zaquan.

Mereka mendiamkan diri apabila budak pelayan menghantar makanan yang dipesan mereka tadi.

"Tak jumpa sorang pun. Kalau boleh saya nak jumpa dengan Sheila je. Orang lain tu takpe la. Sebab saya tak rapat pun dengan yang lain tu." ujar Anieyssa ikhlas.

"Oh! Er... saya kacau awak berdua lunch ke?" Zaquan menyoal dua gadis di hadapannya.

"Eh,tak lah. Takpe." Fara menjawab.

"Serba salah pulak saya rasa. Awak makan lah dulu. Nanti lambat pulak awak nak solat. Saya pergi dulu. Assalamu'alaikum." Zaquan mengundur diri setelah menyedari dia telah mengambil banyak masa dua gadis tersebut.

"Wa'alaikumsalam" jawab mereka serentak.

Mereka terus menghabiskan makanan mereka kerana waktu rehat mereka semakin suntuk.

...

Zaquan memandu keretanya menuju ke pejabatnya yang terletak dua blok dari restoran tadi.

"Izz,kau pergi restoran mana tadi? Aku cari kau kat restoran yang selalu kau makan tu tapi takde pulak. Kau makan kat mana hari ni?" soal Idhan setelah Zaquan melangkah masuk ke biliknya.

"Aku makan kat restoran sebelah kedai buku tu. Saja aku nak tukar selera hari ni." ujar Zaquan sambil menyengih.

"Macam-macam lah kau ni Izz. Hmm.. okeylah aku keluar dulu. Aku cuma nak tanya kau tentang tu je. Eh! Nasib baik aku teringat. Kau ada meeting pukul 2.30 nanti. Kau jangan lupa pulak. Nanti tak pasal-pasal aku yang kena marah." Idhan mengimbau semula memori dulu dimana Zaquan lupa waktu mesyuarat mereka. Tak pasal-pasal dia yang kena gantikan Zaquan tu. Zaquan masuk jugak bilik meeting tu tapi mesyuarat dah nak habis pun.

"Dah lah. Jangan kau nak ungkit kisah lalu. Buat malu aku je kau ni. Tadi kata nak keluar sangat,tapi tak keluar-keluar jugak. Asyik termenung je kau ni depan pintu bilik aku." marah Zaquan apabila kesilapan memalukannya itu dibangkitkan semula oleh Idhan.

"Ye la. Aku nak keluar la ni. Kau tu ingat mesyuarat kita jap lagi." Idhan sekali lagi mengingatkan Zaquan.

"Ye la. Aku ingat. Dah la. Pergi la keluar. Aku ada kerja sikit nak buat ni." arah Zaquan.

Idhan melangkah keluar dari bilik pejabat rakan baiknya itu dengan wajah yang tersengih. Gembira hatinya dapat mengenakan Zaquan tu. Sekali sekala apa salahnya kan?

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now